Pages

Thursday, February 4, 2016

Rezeki 2016

Alhamdulillah...
Syukur...syukur... masih lagi dapat bernafas di tahun 2016 bersama keluarga tercinta.
Syukur sekali lagi kerana diberi rezeki dan sekiranya diizinkan akan dipertemukan dengan muka baru bulan lapan nie. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aku kena kuat semangat demi dia. Walau apa pun yang terjadi, kena kuat dan redha. Alhamdulillah, aku mempunyai suami yang amat memahami dan ambil berat. Segala urusan rumah dan anak semua diuruskan oleh suami buat masa ini. Doa selalu supaya aku cepat sihat dan dapat buat rutin harian aku seperti biasa. 

Semalam baru check up Hospital Melaka. So far, about my cyst, doctor masih belum dapat memberi apa-apa keputusan. Aku kena tunggu lagi dua bulan and my second appointment on 7th April 2016. Harap-harap sangat ada result yang positive sebab kalau boleh aku nak avoid dari operation. Tapi aku yakin semuanya akan berakhir dengan happy ending. :)

Sebab so far doctor bagitahu buat masa nie cyst yang ada dalam rahim aku tidak mengganggu my baby. Maybe sebab my baby and that cyst masih lagi kecil. Ada yang cakap cyst nie akan mengecut bila baby semakin membesar. Ada yang cakap pula, cyst nie akan hilang sendiri. Hopefully perkara tu terjadi pada aku. Sebab based on my sister's experience, dia kena operation sebab cyst tu semakin membesar. Aku memang rasa sakit and kadang-kadang rasa bisa seperti ada benda yang mencucuk-cucuk, tapi tahan jer sebab doctor pesan buat masa ini aku tidak dibenarkan mengambil sebarang ubat bagi mengelakkan apa-apa kecacatan pada bayi sebab bayi masih di dalam proses untuk membentuk. 

So, kalau sakit tu kenalah tahan. Seorang ibu tu kuat tau.. :) 

No comments:

Post a Comment