Pages

Monday, July 6, 2015

Isteri

Assalammualaikum...

Coretan dari hati nurani aku sendiri yang kadang kala khilaf dan alfa dengan percaturan hidup sebagai seorang isteri. Lebih-lebih lagi bergelar seorang isteri dan ibu. Walaupun baru mempunyai seorang anak tetapi kudrat, kesabaran, mental dan fizikal perlu kuat untuk memastikan keluarga aku sempurna dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu dilaksanakan dengan sempurna.

Aku, seorang wanita biasa. Seorang wanita yang kadang kala hatinya tidak dapat diduga. Seorang wanita yang cuba untuk menjadi yang terbaik untuk suami, anak dan keluarga. Tetapi masih juga tewas dan tidak dapat memberikan yang terbaik untuk keluarga. Perasaan letih dan penat untuk menguruskan keluarga, rumah, anak, suami dan ke tempat kerja terpaksa ditelan sendiri. Walupun aku sentiasa untuk berfikiran positif, tetapi aku masih tewas.

Aku yang dulu sentiasa bergantung harap kepada ibu dan bapa, kini mengalas tanggungjawab yang sama. Dalam kesedaran yang menebal,, beginilah yang dirasai oleh emak aku yang membesarkan kami 13 orang adik beradik. I love you mom!

Kini aku sedar, bukan mudah untuk menjadi seorang isteri dan seorang ibu. Besar tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Makan, pakai, rumah, anak, suami, semua perlu sempurna. Bekerja di pejabat dan bekerja di rumah. Dua perkara yang menjadi rutin harian setiap hari.

Aku salute dgn semua isteri dan ibu kat dunia.

Anda hebat..

Jika aku juga boleh hebat seperti korang semua..

No comments:

Post a Comment