Pages

Monday, July 6, 2015

Isteri

Assalammualaikum...

Coretan dari hati nurani aku sendiri yang kadang kala khilaf dan alfa dengan percaturan hidup sebagai seorang isteri. Lebih-lebih lagi bergelar seorang isteri dan ibu. Walaupun baru mempunyai seorang anak tetapi kudrat, kesabaran, mental dan fizikal perlu kuat untuk memastikan keluarga aku sempurna dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu dilaksanakan dengan sempurna.

Aku, seorang wanita biasa. Seorang wanita yang kadang kala hatinya tidak dapat diduga. Seorang wanita yang cuba untuk menjadi yang terbaik untuk suami, anak dan keluarga. Tetapi masih juga tewas dan tidak dapat memberikan yang terbaik untuk keluarga. Perasaan letih dan penat untuk menguruskan keluarga, rumah, anak, suami dan ke tempat kerja terpaksa ditelan sendiri. Walupun aku sentiasa untuk berfikiran positif, tetapi aku masih tewas.

Aku yang dulu sentiasa bergantung harap kepada ibu dan bapa, kini mengalas tanggungjawab yang sama. Dalam kesedaran yang menebal,, beginilah yang dirasai oleh emak aku yang membesarkan kami 13 orang adik beradik. I love you mom!

Kini aku sedar, bukan mudah untuk menjadi seorang isteri dan seorang ibu. Besar tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Makan, pakai, rumah, anak, suami, semua perlu sempurna. Bekerja di pejabat dan bekerja di rumah. Dua perkara yang menjadi rutin harian setiap hari.

Aku salute dgn semua isteri dan ibu kat dunia.

Anda hebat..

Jika aku juga boleh hebat seperti korang semua..

Monday, June 8, 2015

Selamat Hari Lahir Zulhairi

Assalammualaikum semua.

08.06.2015. Genap dua tahun umur anak mama hari ini. 



"Allah selamatkan kamu"
"Allah selamatkan kamu"
"Allah selamatkan Muhamad Zulhairi"
"Allah selamatkan kamu"

"Selamat hari lahir"
"Selamat Hari Lahir"
"Selamat Hari Lahir Zulhairi"
"Selamat Hari Lahir"


Alhamdulillah. Sekejap jer kan masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah besar dah anak mama. Ish..tiba-tiba jer rasa rindu kat Zulhairi. Anak mama dekat taska tu baik-baik yer sayang. Nanti pukul 5 mama jemput Zulhairi yer... Pastu mama dengan papa bawa Zulhari jalan-jalan.





Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Zulhairi. Semoga anak mama menjadi anak yang soleh dan perolehi kejayaan dunia dan akhirat. InsyaAllah.. mama akan buat yang terbaik untuk Zulhairi.




Friday, June 5, 2015

Event Marykay












Lamanya tinggal zaman blog

Wah..lamanya bersarang aku nye blogger nie. Aktif zaman politeknik jerk.. Sekarang nie langsung dah tak aktif. sampai password blog pun aku lupa.. hahahaha...
Almaklumlah, aku bukan depan komputer jer. Kalau depan komputer pun,
keje aku cuma taip surat.. hahaha
dah nama pun kerani kan... tak kan keja nak belagak macam bos plak kan..

Wow... best plak tetibe bile dapat log in balik dalam blogger nie.
macam-macam dah yang aku nak tulis nie. hahaha...
nak mula dari mana ek...

OK gengs.. pape pun aku nak war-warkan dulu kerjaya aku sekarang. 
hehehe.. selain daripada kerani kat pejabat,
aku sekarang dah bergelar perunding kecantikan bebas Mary Kay.
hehehehe...
best woo jadi perunding kecantikan nie
selalu jer dapat byk hadiah.
yang pasti aku pun dah pandai mekap2 orang. hahahaha..
dulu selekeh jer.. tapi sekarang kalau balik kampung,
semua dok pandang2.... hahahaha...
alamak.. perasan lebey..
nie kalau adik2 aku baca nie...
mau muntah hijau aku rasa..
hehehehehe..

so kawan-kawan, kalau rasa nak suwuh aku makeup kan ke, nak wat skincare class ke, makeup class ke. roger2 jer aku yer.. 
tie aku akan berikan perkhidmatan aku secara percuma jer.. 
hehehe.. sama-sama cantik..
pastu kalau korang nak rasa apa yang aku rasa bila jadi perunding kecantikan nie,
korang boleh jer sign up jadi beauty consultant..
Rm 200.00 jer... bukan mahal sangat pun kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang akan korang dapat nanti. nak cantik pun bukan orang lain kan.. diri sendiri jugak..
so, pejam mata jerk.. hehehe..
aku pun dulu buat macam tu... hahaha.. 
excited nak cantik.. 
hehehehe... 

nak belanja satu pic jap.. hehehe..
sisters dalam Mary Kay..lawa-lawa semua.. jeles aku.. hehehe
amacam?
ehehehehe..sebab tu lah aku join jadi beauty consultant..
best ape.. jumpa orang jer..pastu ajar mekap... hehehehe
kalau dowg nak beli, alhamdulillah..
kalau dowg xnak beli pun xpe.. sbb aku mmg suke buat kelas.. hehehehe...
so, hello2 jer aku yer..
kalau area melaka nie aku ok jer nk g umah korang..
stay tuned..and aku akan bebel banyak... 

blog dah aktif! yeahhhhh....