Pages

Thursday, March 20, 2014

ASAS PENJAGAAN KULIT

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada sesiapa jua yang mengikuti perjalanan blog saya. InsyaAllah selepas ini, pengisian blog ini adalah berkisarkan kepada aspek-aspek kesihatan, sahsiah, kecantikan, dan lain-lain yang lebih bermanfaat kepada semua pengunjung blog saya.

Di sini, ingin saya kongsikan kepada semua "Asas-asas Penjagaan Kulit" terutama kepada wanita-wanita di luar sana yang sentiasa inginkan penampilan dan gaya yang sempurna. Untuk pengetahuan semua, kulit muka yang bermasalah berpunca daripada penjagaan dan perapian kulit yang kurang dititikberatkan. Oleh itu, apa yang saya ingin kongsikan di sini, adalah beberapa tip hebat daripada seorang penceramah yang hebat ketika mengikuti kursus Ketrampilan Diri dan Tatarias Wajah ke Pejabat dan Majlis Rasmi bagi Wanita.

Sebelum kita mengulas dengan lebih lanjut, adalah penting untuk kita mengenalpasti dan mengetahui kriteria-kriteria kulit yang sihat. 

Kriteria-kriteria kulit yang sihat

  • Lembab
  • Lembut
  • Anjal/Elastik
  • Berseri
  • Sihat
Pengenalan

Aspek penjagaan kulit adalah sangat penting ataupun juga dikenali sebagai langkah pencegahan awal kepada kulit yang bermasalah. Dengan penjagaan kulit yang rapi ianya akan memperbaiki dan mengekalkan kehalusan dan keaslian kulit yang sihat kerana kulit adalah organ yang terbesar di badan manusia. Adalah penting untuk memulakan langkah pencegahan dan penjagaan kulit di usia remaja kerana pada usia ini, kulit lebih muda dan lebih muda untuk dijaga dan dikekalkan keaslian dan keserian wajah dengan cara dan langkah-langkah yang betul dan tepat.

Ketahui Jenis Kulit Anda

Penjagaan kulit yang sihat bergantung kepada jenis-jenis kulit. Setiap wanita harus dan perlu mengetahui jenis kulit muka sendiri sebelum memilih dan membeli mana-mana produk penjagaan kulit bagi memastikan setiap produk berfungsi dengan baik. Antara jenis-jenis kulit yang telah dikenalpasti adalah :-
  • Kulit yang berminyak
  • Kulit kering
  • Kulit normal
  • Kulit sensitif
  • Kulit kombinasi
  • Kulit yang rosak akibat daripada pancaran matahari/UV
Kulit Normal - Kulit yang sihat akan menunjukkan tekstur kulit yang halus. Tekstur kulit seperti ini mengandungi minyak dan kelembapan dan tidak mempunyai pori-pori yang tersumbat. Jika penjagaan rapi ini diteruskan, ianya akan merawat garis-garis penuaan yang pasti akan timbul mengikut peredaran umur dan persekitaran yang tidak sihat.

Kulit Kering - Untuk mengenalpasti kulit yang kering adalah terlalu mudah. Sekiranya kawasan kulit muka seseorang wanita mengalami bintik-bintik hitam/jeragat, golongan seperti ini dikategorikan sebagai golongan kulit kering. Selain itu, golongan kulit kering juga mempunyai pori-pori yang kecil dan wajah yang kusam. Kulit seperti ini kurang berminyak atau tidak berminyak dan kurang keserian kepada kulit. Pembentukan garis halus yang cepat terutama di sekitar mata dan mulut ketika ketawa.Boleh juga menjadi kasar seperti serpihan, pengelupasan.

Kulit Berminyak - Kalenjar sebaceous (terletak di dermis-bawah lapisan kulit) yang menghasilkan minyak terlalu banyak dan memberikan penampilan kulit yang berkilau. Ditambahkan dengan pori-pori yang lebih besar berbanding jenis kulit yang lain dan lebih terdedah kepada jerawat, pori-pori tersumbat atau noda. Walaubagaimanapun, kulit yang berminyak kurang berkedut berbanding dengan golongan yang kulit kering kerana minyak membantu lapisan atas kulit menahan air dan melindungi dari persekitaran yang kering. Tetapi harus diingatkan, kulit yang terlalu berminyak, boleh memberi kesan yang positif kepada pembentukan jerawat yang berlebihan dan tidak terkawal.

Kulit Kombinasi - kulit kombinasi adalah gabungan daripada kulit yang kering dan juga kulit yang berminyak. Kedua-duanya wujud di permukaan kulit. Bagi kulit kombinasi, jelas kelihatan berminyak di permukaan dahi, hidung, dagu atau lebih dikenali di kawasan T muka dan kawasan-kawasan sekitarnya agak kering. 

.....bahagian 1

No comments:

Post a Comment