Pages

Tuesday, June 17, 2014

Selamat Hari Bapa


Assalammualaikum.
Selamat Hari Bapa diucapkan kepada semua insan yang bergelar bapa. Alhamdulillah sehingga ke hari ini kita bertuah masih diberi kesempatan untuk memanggil dan mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada bapa kita dan tidak lupa juga kepada suami kita yang telah bergelar bapa kepada anak-anak kita. Alhamdulillah. Kepada mereka yang telah kehilangan bapa, sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada bapa yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat Allah hendaknya. 

kredit gambar dari mr. Google
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa yang tercinta En. Yusof bin Rasol yang kini telah berusia 60 tahun. Terima kasih kerana membesarkan kami anak beranak. Semoga Allah memberi berkat sepanjang usia abah.

kredit gambar dari mr Google

Tidak lupa juga kepada suami tercinta, Muhamad Roszaidi bin Abdul Kadir yang telah menjadi suri hati dan papa kepada Muhamad Zulhairi. Semoga Allah memberkati usia papa dan dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan sejuta kasih sayang. Amin...


Tuesday, May 6, 2014

Hadapi Tekanan

Rasa sakit hati, sakit jiwa bila kena hadap benda yang kita tak tahu nie. Tak tahu macam mana urus. Susah kalau kerja makan gaji nie. Semua terbeban kat kita. Orang senang-senang jer bagi arahan. Jangan ingat kalau kerja macam nie senang. Bukan macam mengadap komputer main game jer. Kalau baru masuk kerja tahun 2013, tu pun hujung tahun, macam mana nak handle untuk kes tahun-tahun sebelum nie. Fuhhh..pening kepala juga nak jawab. Lebih-lebih lagi kalau kita tak jumpa apa-apa bukti untuk jawab or rungkai segala persoalan yang timbul. EMmmmmm.. Macam mana nak jawab????

Kalau dapat partner kerja yang ok, tu adalah satu kelebihan. Tapi kalau dapat partner yang jenis tak boleh sikit lebih kurang tu macam mana?

Baru berapa bulan bekerja dah boleh nampak pelbagai ragam yang ada dalam sesuatu organisasi tu. Ada yang ok dan ada juga yang terlampau ok. Bukan untuk mengata, tapi itu adalah hakikat yang akan kita jumpa walau kat mana sekalipun tempat kita berkerja. Dan apa yang paling penting adalah persediaan daripada segi mental dan fizikal. Lebih-lebih lagi apabila kerja yang perlu berhadapan dengan 'public' atau dalam erti kata melayu, 'orang awam'. Kalau 'public' tu faham skop kerja kita dan boleh sikit lebih kurang, memang selamat lah. Tapi kalau berdepan dengan 'public' yang tak boleh sikit lebih kurang, jahanam nak jawab.

Menangis dalam hati jer lah..

Tapi apa pun, saya dah cuba buat yang terbaik. Tetapi tetap juga nampak lambat di mata orang lain. Kadang-kadang dah mula rasa 'give up' dengan situasi macam nie. Kalau dapat ketua yang jenis lepas tangan, lagi longlai rasa. Semua kesalahan tu nanti terletak 100% atas bahu kita sedangkan kita tak tahu pun kes apa, bila, kat mana... Emmmm... macam mana nak jawab tu????

Betul kata orang, kita nie kalau dah kuli kena juga buat cara kuli. Sebab tu anak-anak sekarang, belajar bagus-bagus. Sekarang zaman yang terlalu mencabar. Siapa pandai, dia kat depan. Siapa lambat, macam nie lah gayanya.

Dah 'stress' macam nie, solution apa yang ada???

1. Bersabar
2. Ingat Allah
3. Zikir
4. Mandi (tapi kalau kerja pejabat nak mandi kat mana kan)

Tapi tip yang saya amalkan ketika menghadapi 'stree' senang jer,

Saya melihat wajah-wajah orang yang saya sayang
 terutama
anak dan suami...

hilang terus stress tu.. confirm....


Thursday, March 20, 2014

ASAS PENJAGAAN KULIT

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada sesiapa jua yang mengikuti perjalanan blog saya. InsyaAllah selepas ini, pengisian blog ini adalah berkisarkan kepada aspek-aspek kesihatan, sahsiah, kecantikan, dan lain-lain yang lebih bermanfaat kepada semua pengunjung blog saya.

Di sini, ingin saya kongsikan kepada semua "Asas-asas Penjagaan Kulit" terutama kepada wanita-wanita di luar sana yang sentiasa inginkan penampilan dan gaya yang sempurna. Untuk pengetahuan semua, kulit muka yang bermasalah berpunca daripada penjagaan dan perapian kulit yang kurang dititikberatkan. Oleh itu, apa yang saya ingin kongsikan di sini, adalah beberapa tip hebat daripada seorang penceramah yang hebat ketika mengikuti kursus Ketrampilan Diri dan Tatarias Wajah ke Pejabat dan Majlis Rasmi bagi Wanita.

Sebelum kita mengulas dengan lebih lanjut, adalah penting untuk kita mengenalpasti dan mengetahui kriteria-kriteria kulit yang sihat. 

Kriteria-kriteria kulit yang sihat

  • Lembab
  • Lembut
  • Anjal/Elastik
  • Berseri
  • Sihat
Pengenalan

Aspek penjagaan kulit adalah sangat penting ataupun juga dikenali sebagai langkah pencegahan awal kepada kulit yang bermasalah. Dengan penjagaan kulit yang rapi ianya akan memperbaiki dan mengekalkan kehalusan dan keaslian kulit yang sihat kerana kulit adalah organ yang terbesar di badan manusia. Adalah penting untuk memulakan langkah pencegahan dan penjagaan kulit di usia remaja kerana pada usia ini, kulit lebih muda dan lebih muda untuk dijaga dan dikekalkan keaslian dan keserian wajah dengan cara dan langkah-langkah yang betul dan tepat.

Ketahui Jenis Kulit Anda

Penjagaan kulit yang sihat bergantung kepada jenis-jenis kulit. Setiap wanita harus dan perlu mengetahui jenis kulit muka sendiri sebelum memilih dan membeli mana-mana produk penjagaan kulit bagi memastikan setiap produk berfungsi dengan baik. Antara jenis-jenis kulit yang telah dikenalpasti adalah :-
  • Kulit yang berminyak
  • Kulit kering
  • Kulit normal
  • Kulit sensitif
  • Kulit kombinasi
  • Kulit yang rosak akibat daripada pancaran matahari/UV
Kulit Normal - Kulit yang sihat akan menunjukkan tekstur kulit yang halus. Tekstur kulit seperti ini mengandungi minyak dan kelembapan dan tidak mempunyai pori-pori yang tersumbat. Jika penjagaan rapi ini diteruskan, ianya akan merawat garis-garis penuaan yang pasti akan timbul mengikut peredaran umur dan persekitaran yang tidak sihat.

Kulit Kering - Untuk mengenalpasti kulit yang kering adalah terlalu mudah. Sekiranya kawasan kulit muka seseorang wanita mengalami bintik-bintik hitam/jeragat, golongan seperti ini dikategorikan sebagai golongan kulit kering. Selain itu, golongan kulit kering juga mempunyai pori-pori yang kecil dan wajah yang kusam. Kulit seperti ini kurang berminyak atau tidak berminyak dan kurang keserian kepada kulit. Pembentukan garis halus yang cepat terutama di sekitar mata dan mulut ketika ketawa.Boleh juga menjadi kasar seperti serpihan, pengelupasan.

Kulit Berminyak - Kalenjar sebaceous (terletak di dermis-bawah lapisan kulit) yang menghasilkan minyak terlalu banyak dan memberikan penampilan kulit yang berkilau. Ditambahkan dengan pori-pori yang lebih besar berbanding jenis kulit yang lain dan lebih terdedah kepada jerawat, pori-pori tersumbat atau noda. Walaubagaimanapun, kulit yang berminyak kurang berkedut berbanding dengan golongan yang kulit kering kerana minyak membantu lapisan atas kulit menahan air dan melindungi dari persekitaran yang kering. Tetapi harus diingatkan, kulit yang terlalu berminyak, boleh memberi kesan yang positif kepada pembentukan jerawat yang berlebihan dan tidak terkawal.

Kulit Kombinasi - kulit kombinasi adalah gabungan daripada kulit yang kering dan juga kulit yang berminyak. Kedua-duanya wujud di permukaan kulit. Bagi kulit kombinasi, jelas kelihatan berminyak di permukaan dahi, hidung, dagu atau lebih dikenali di kawasan T muka dan kawasan-kawasan sekitarnya agak kering. 

.....bahagian 1

Thursday, March 13, 2014

Perjalanan 2014

Assalammualaikum..

Sedikit perkongsian untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Perasaan kecewa, sakit hati, sedih, semuanya bercampur baur sehinggakan saya tidak tahu pada siapa untuk saya mengadu kecuali kepada Yang Esa.

Perjalanan karier saya diuji apabila diarahkan untuk mengambil alih tugas lain. bermulanya karier saya sebagai pembantu tadbir pada bulan 8 2013. Pertama kali melangkah ke alam pekerjaan yang benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal apabila diarah untuk menyelesaikan beratus-ratus tugasan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberikan dalam kekalutan sebagai seorang pekerja baru. Tapi selesai sahaja semua tugasan, saya diarahkan untuk buat semula berpandukan format baru yang telah diberikan. Alangkah merundumnya jiwa dan raga saya pada ketika itu apabila melihat beratus tugasan yang telah saya siapkan, yang telah dihantar, dipulangkan semula kepada saya kerana perlu mengikut format baru. Kenapa setelah beratus tugasan yang telah saya selesaikan, baru saya diberi arahan untuk mengikut format baru? Saya terfikir, kenapa tidak dikeluarkan surat perintah yang mengatakan format itu perlu di ubah? Lemahnya struktur organisasi dan pentadbiran. Perlahan-lahan saya gagahkan diri juga untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Setelah menyiapkan semula tugasan mengikut format yang diberi, sekali lagi saya diarahkan untuk menukar lagi format tugasan. Pernah mereka berkata kepada saya "Banyaknya fail kin".... Saya hanya mampu tersenyum tetapi apa yang bersarang di dalam hati saya, hanya Allah yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tapi apakan daya saya untuk melawan suara itu? Setelah semua tugasan dihantar semula mengikur format yang ditetapkan, sekali lagi semua tugasan diserahkan semula kepada saya untuk mengubah lagi format tugasan. Kesemua fail dipulangkan semula kepada saya untuk disiapkan. Dalam sendu, dengan satu perasaan yang terlalu sedih, seolah-olah satu beban jatuh semula ke bahu. Kenapa mesti saya yang harus harungi semua ini. Tapi saya yakin ada hikmah yang saya terima. Dan selepas itu, rutin-rutin harian saya berjalan seperti biasa. Perjalanan dan tugas juga berjalan lancar. Tetapi saya diuji sekali lagi setelah saya diarahkan untuk melakukan tugasan lain.Kenapa setelah saya menyelesaikan kesemua tugasan ini, saya diarahkan untuk menyelesaikan tugasan lain pula? 

Dua bulan selepas berkhidmat, dua bulan selepas saya menyiapkan beratus-ratus tugasan, saya diarahkan lagi untuk memulakan tugasan lain. Saya hanya mampu bersabar, hanya mampu memandang kerana tugasan yang saya terima adalah tugasan yang saya tidak tahu dari mana hendak mula. Saya perlu mengkaji semula dari satu kerja ke satu kerja, dari satu nota ke satu nota. Beratus lagi tugasan yang perlu saya selesaikan. Yang terbengkalai. Tetapi pada masa ini saya masih mampu bertahan dan bersabar. Saya anggap ini adalah satu pelajaran untuk saya dan saya fikirkan satu tanggungjawab yang besar untuk saya. Saya menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh sekian lamanya dalam masa dua bulan juga. Kesemua tugasan saya kemaskini mengikut masa ke semasa. Alhamdulillah berjaya. Walaupun pada mulanya amat berat untuk saya berkayuh. Ibarat terlalu luas lautan yang perlu saya renang sehinggakan kadang-kala saya lemas untuk seketika. Kadang-kala saya bertanya kepada diri saya, sampai bila saya harus mengharungi semua ini. Lega hati apabila melihat semua laporan mengenai tugasan telah tersedia di depan mata. Saya mampu tersenyum dan saya boleh katakan saya bangga dengan apa yang saya lakukan.

tetapi sekali lagi di bulan Februari 2014, saya diuji apabila diarahkan untuk melakukan tugasan lain. Perasaan terlalu sedih mula menular dalam hati. Keluhan kepada suami, rakan-rakan, keluarga, dan hanya mereka penguat semangat saya. Kenapa mesti saya yang harus alami semua ini? Kenapa? Kenapa lepas satu, satu tugasan yang perlu saya lakukan? Kepada mereka yang mengambil alih semula tugasan saya sebelum ini, tidak ada masalah yang timbul kerana saya telah selesaikan semuanya. Semua laporan, semua tugasan yang hilang, semua tugasan yang terbengkalai, semuanya telah dikemaskini, dicari, diusahakan oleh saya. Saya dapat melihat mereka berehat dan tidak ada apa yang perlu difikirkan. Tetapi kenapa mesti saya? Satu lagi tugasan yang terlalu berat untuk saya lakukan. Terpaksa membuat laporan semula, terpaksa menyemak semula, terpaksa..dan terus terpaksa.. 

"Ya Allah, seandainya ini adalah satu ujian yang Engkau berikan kepada ku, maka kuatkanlah semangat ku Ya Allah. Aku bermohon Kau permudahkanlah urusanku. " dan sehingga kini, saya masih terus mencari tugasan yang hilang, tugasan yang terbengkalai, tugasan yang tidak tahu apa statusnya, tugasan yang perlu dikemaskini, dan lain-lain yang berkaitan dengan tugasan saya sekarang. 

Monday, March 10, 2014

Jom Mendaftar sebagai Agent/Dealer Topup

Assalammualaikum..

Post kali ini membuka peluang kepada semua rakan-rakan yang berminat dan ingin menjadi agen jualan topup. kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen jualan topup, di sini saya memberi dua pakej istimewa kepada anda. yuran yang murah dan komisen yang tinggi.



Pakej pertama : Dealer Topup
Yuran Keahlian : RM50
Komisen keuntungan : Maxis (4.00), Digi (4.00), Celcom (5.00), Tunetalk (5.00), Umobile (5.00), dan XOX (5.00)

Pakej Kedua : Agent Topup
Yuran Keahlian : RM20
Komisen keuntungan : Maxis (3.00), Digi (3.00), Celcom (4.00), Tunetalk (4.00), Umobile (4.00), dan XOX (4.00).

Kenapa anda harus menjadi agent topup?

Di sini saya kongsikan beberapa alasan dan sebab kenapa anda harus menjadi agent topup?

1. Menjimatkan masa anda ( anda boleh topup pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, tanpa perlu hidupkan enjin motosikal/kereta anda untuk ke kedai)

2. Harga topup yang lebih murah ( dengan berdaftar sebagai agent topup, anda layak membeli topup dengan harga yang lebih murah dari kedai jualan topup. satu contoh kiraan sekiranya anda berdaftar sebagai agent/dealer topup. Sekiranya anda berdaftar sebagai dealer topup, keuntungan komisen celcom adalah 5.00 dan sekiranya anda membeli topup rm30, anda hanya membeli topup dengan harga rm28.50 sahaja! jimat kan? 

3. Anda tiada risiko kerugian (setiap modal yang anda mulakan akan terjamin, tanpa menggangu kredit telefon anda.

4. Anda boleh mengurusakan perniagaan anda sendiri.

5. Anda juga mendapat komisen keuntungan jualan topup anda.

6. Dan satu kelebihan kepada anda-anda yang berdaftar sebagai dealer topup, anda boleh mendaftarkan seramai mana agent di bawah naungan anda, dan anda boleh mendapatkan komisen keuntungan daripada setiap agent-agent yang berdaftar di bawah anda.

Jom..sertai saya sebagai agent/dealer topup. jangan lepaskan peluang anda.. berdaftarlah sekarang.

Pm/Wahatsapp saya di talian 017-6133940

Saturday, January 4, 2014

Tahun Baru 2014

 Assalammualaikum semua..

Diam tak diam dah tamat tahun 2013. Mengimbas kembali tahun 2013.
1. Kelahiran anak sulung 06.08.2013
2. Dapat berkhidmat sebagai penjawat awam 01.07.2013
3. Mula berpindah ke rumah baru 25.08.2013
4. First time beraya bersama suami dan anak 
Rezeki yang paling besar Allah kurniakan untuk 2013. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.

Sekarang nie dah tahun 2014.
Bermulanya tahun baru dan azam.
1. pertama sekali nak baiki kelemahan diri.
2. aku nak hiaskan rumah dengan landskap dan perabot.
3. nak ada duit simpanan sendiri
4. nak kuruskan badan.

Harap2 impian dan azam untuk tahun 2014 nie tercapai. 
amin.. :)