Pages

Wednesday, December 4, 2013

Kursus Ketrampilan Diri dan Tatarias Wajah ke Pejabat dan Majlis Rasmi bagi Wanita


.............................

Assalammualaikum..

Saya hendak berkongsi pengalaman saya setelah menghadiri Kursus Ketrampilan Diri dan Tatarias Wajah ke Pejabat dan Majlis Rasmi bagi Wanita yang bertempat di Beruang Hills Resort, Bukit Beruang Melaka pada 20 dan 21 November 2013. Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM).

Peserta kursus seramai 28 orang terdiri daripada kakitangan Kerajaan Negeri Melaka, Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka dan Luar Melaka. Yang terbaik di dalam kursus ini, kami semua diajar bagaimana :

Antara peserta-peserta kursus

Bergambar bersama penceramah

1. Untuk menjadi seorang wanita yang beretika.Kami diajar bagaimana untuk menjaga adap-adap sebagai seorang wanita yang kadang-kala kita selalu lakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita yang beretika. Sebagai contoh : memanggil orang yang jauh dari kita. Kadang-kala tanpa kita sedar, kita menjerit untuk memanggil orang yang lebih jauh dari kita. Cara yang terbaik bagi seorang wanita yang beretika adalah tunggu sehingga orang itu berada hampir dengan kita atau kita sendiri pergi kepada nya, barulah memulakan bicara. 

2. Cara berjalan yang betul bagi seorang wanita yang beretika. Kami juga diajar cara berjalan yang betul supaya setiap langkah kita sentiasa menunjukkan ciri-ciri kewanitaan yang penuh dengan etika. (macam kaum kerabat diraja). Untuk mendapatkan keseimbangan yang sempurna ketika berjalan, cuba ambil sebuah buku dan letakkan ke atas kepala. Cuba berjalan dengan mengimbangi buku tersebut supaya tidak jatuh. Buat latihan sekerap yang mungkin untuk mendapatkan keseimbangan badan dan langkah yang sempurna. Adalah lebih cantik sekiranya setiap wanita memakai kasut tumit tinggi untuk membantu mendapatkan langkah dan postur tubuh yang cantik ketika melangkah.

3. Cara penjagaan diri dan wajah. Tip-tip juga diberikan bagi mengekalkan wajah yang berseri. Antara tip-tip yang diberi adalah :

     a) Sentiasa membersihkan wajah dua kali sehari bagi membersihkan kotoran-kotoran yang melekat di                muka tanpa kita sedar kerana kotoran-kotoran inilah yang membuatkan pori-pori kita tersumbat dan            membentuk jerawat. 

     b) Jeragat terbentuk bagi wanita yang berkulit kering. Penting bagi setiap wanita mengetahui jenis-jenis              kulit sendiri supaya produk kecantikan yang dibeli bersesuaian dengan kulit. 

     c) Bagi yang berkulit kering, sentiasa gunakan pelembab yang bersesuaian. 

     d) Lakukan scrub sehari dalam seminggu. Pastikan scrub yang dilakukan tidak terkena pada kawasan 
         mata yang boleh mengakibatkan sekitar mata menjadi hitam.

     e) Guna foundation yang bersesuaian dengan kulit sama ada neutral ataupun satu tona lebih cerah. 

     f) Minum air sebaik sahaja bangun dari tidur sebelum melangkah ke bilik air untuk mandi / buang air. Ini           bagus untuk menghilangkan toksin-toksin yang terkandung di dalam badan.

    g) Yang penting minum air 2 liter sehari bagi mendapatkan kelembapan kulit yang sekata dan bagus untuk         kesihatan diri.   

4. Etika di meja makan.


Penerangan oleh penceramah Y.Bhg, Puan Maizom bin Yahya. Memang cantik sangat-sangat dan beri ceramah pun bagus. 
5. Cara pergaulan yang menampak ciri-ciri bagi seorang wanita.
6. Bimbing wanita tentang imej dan ketrampilan diri. 

Kursus yang diberikan memang sarat dengan ilmu yang bermanfaat kepada semua wanita. Lepas habis kursus, masa untuk bergambar bersama dengan consultant produk kecantikan mary kay :)

Bergambar bersama Consultant produk kecantikan Mary Kay




Program penilaian diri. 






No comments:

Post a Comment