Pages

Thursday, November 14, 2013

Sebelum dan Selepas Kahwin :)

Alangkah bahagianye hidup bila berumah tangga. Betul.. Aktiviti dan tanggungjawab dah berganda-ganda and kita akan rasa perbezaannya. Masa bujang dulu, saya tak kisah pun tidur pukul berapa, and bangun pukul. Kadang-kadang tidur awal pukul 10 malam, bangun nye pula pukul 10 pagi.. huhu.. Over limit waktu tidurnye.. Sekarang nie kalau tidur awal ke, lambat ke, tetap juga kena bangun awal. Kalau setting jam pukul 5.30 am, kadang-kadang tak tentu juga sebab dah ada “alarm” original. Pagi-pagi anak dah bangun minta manja. Wahhh..  memang lah rasa tidur tu terganggu, tapi bila fikirkan anak, kena lah bersabar yer. Tapi bila anak sebelah pagi2 dah menangis confirm saya ngadu pada mr asben “anak sebelah nie bising jer,asyik nangis jer” hahaha.. anak sendiri nangis kuar boleh tahan lagi, boleh sabar lagi.

Sekarang nie kalau masak pula, mesti nak Tanya pendapat mr asben. Nak tahu makanan apa yang dia suka. Kalau dulu masa bujang, ikut jer cakap mak.. “Kin, ikan tu masak asam pedas” “Baik mak”. “Kin, hari nie kau masak ayam, goreng sayur, ayam tu ko nak masak apa ikut suka kau lah” “ala mak, mana owg tahu nak masak apa, mak cakap jer lah nak masak apa, tie owg masak” sebab kalau bila jer mak saya cakap masak lah ikut saya punya suka, terus saya blur.. malas nak fikir nak masak apa sebenarnya. Kalau mak suruh goring masak sambal, terus wat masak sambal, Kalau mak suruh masak kari, terus masak kari. Lagi senang. Hehehe.. Sekarang dah kahwin, saya mesti Tanya “papa nak makan apa”. Kalau mr asben suruh saya masak benda yang saya tak tahu masak, sy terus tanye mr google..

Tapi setakat nie apa yang saya masak, mr asben mesti puji and cakap sedap. Lagi satu, disebabkan mr asben suka makan pedas, so saya pun dah terikut makan pedas. Kena lah tahan. Sampai air hingus pun meleleh. Tu dah tahap pedas lah tu. Mr asben tak kisah pun nak masak pedas ke tidak, tapi disebabkan hati seorang isteri nie tetap nak berikan yang terbaik untuk mr asben, tetap juga masak ikut selera suami J

Lagi satu, kalau apa yang saya buat, mesti saya fikirkan anak and husband. Kalau dulu kita fikir diri sendiri jer. Tapi tabiat kedekut saya nie dari dulu sampai sekarang tak berubah.  Untuk diri sendiri, memang kedekut berabis. Nak beli baju pun kena fikir banyak kali. Tapi untuk anak, berapa banyak duit keluar pun tak rasa banyak. Nasib dapat husband yang murah hati. Hehehe… Barang-barang saya, dialah yang tolong beli J

Kalau dulu, saya settlekan baju-baju untuk family.. bangun pagi terus ngadap mesin baju, masukkan baju-baju kotor dalam mesin.pastu baru buat kerja-kerja lain.kemas dapur,kemas rumah. So bila dah siap wat kerja-kerja lain, baju pun dah siap basuh. Tinggal nak sidai jer. Bila dah kahwin nie, basuh baju asben and anak pula. Baju asben pula, nak di iron/seterika. Yela, kadang-kadang waktu gi kerja tak sama. So, saya kena siap kan awal-awal baju mr asben. Tie kalau gi kerja, kai baju kedut2, macam orang tak ada isteri pula. Yang best nya, kadang-kadang mr asben yang tolong kemas rumah, basuh baju. Kredit to mr asben. Seorang yang rajin. Cuma manja berganda2. Selalu nya perempuan yang manja. Nie mr asben yang manja terlebih. J

Kalau dulu, sebarang keputusan boleh buat sendiri. Tapi sekarang, mesti kena Tanya mr asben. Hal kecil pun saya confirm kena Tanya dia dulu. Hendak minta pendapat dia. Ok ke tak, baik ke tak. Sebab orang lelaki nie kalau dari segi pemikiran berbeza dengan orang perempuan. So, saya leh dapat dua opinion yang berbeza dan boleh dapat result J



No comments:

Post a Comment