Pages

Tuesday, November 26, 2013

Kemuliaan Ibu Mengandung di dalam Islam

Kemuliaan Ibu Mengandung dan Melahirkan Dalam Islam

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti meginginkan cahaya mata sendiri. Dan pastinya akan menjadi khabar gembira kepada si isteri apabila mengetahui dirinya kini berbadan dua. Ada lagi satu nyawa yang perlu di jaga. Walaupunbagaimanapun, setiap peringkat kehamilan bagi setiap wanita adalah berbeza. Mungkin ada yang mengalami alahan yang teruk (morning sick) pada peringkat permulaan kehamilan dan ada juga yang tidak mengalami sebarang alahan.

Jadi kepada semua wanita yang sedang berbadan dua, jangan tertekan dengan situasi ini tetapi bersyukurlah kerana anda kini bakal bergelar ibu. Dan janji Allah itu pasti kepada semua wanita yang hamil dan melahirkan bayi.

Berikut adalah antara beberapa ganjaran yang dijanjikan Allah kepada ibu-ibu yang mengandung, yang melahirkan, yang menjaga anak tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.

1.   Dua rakat solat wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2.    Wanita yang hamil dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

3.    Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.


4.    Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira sebagai mati syahid.

5.    Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6.    Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa.

7.    Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8.    Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


9.    Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati kerana anaknya, Allah akan member 12 tahun pahala ibadat.

No comments:

Post a Comment