Pages

Friday, November 15, 2013

Its Friday

Assalammualaikum semua

Its Friday… biasalah kalau dah jadi kakitangan kerajaan nie, hari Jumaat memang ditunggu-tunggu. Almaklumlah, esok cuti. Hari ni hari kedua saya berpuasa bersama suami. Puasa As-syura. 10 Muharam. Menu apa pula ya untuk saya berbuka hari ini. Nak beli yang istimewa sikit boleh tak? Istimewa sikit untuk mr husband.

Pagi tadi bangun pukul 4 lebih untuk makan. Wow… bila dah bangun awal, anak pun ikut bangun juga. Dah satu hal nak kena layan dia. Tapi masa tu mata masih  segar lagi sebab malam tadi saya tidur awal. Pukul 9 dah masuk bilik. Bosan bila husband kerja ni. Anak pula dah tidur. Tengok Astro asyik siaran yang sama. On Facebook pun sampai dah naik jemu. So, tutup laptop, tutup tv, tutup lampu, terus masuk bilik tidur. Sedar-sedar jer tengok jam around 12.15am. dengar bunyi motor husband. Baru balik kerja lah tu.

Mr husband nie kalau balik jer kerja, mesti dia cari tab sebab nak main Candy Crush. Tapi disebabkan semalam mr husband bawa tab gi kerja, so puaslah dia main game kat pejabat dia tu. Balik kerja, dia tolong saya jaga anak sebab mata saya dah mengantok sangat. Tup2 saya tersedar jer tengok dia dengan si anak bukan main lena tidur.


Tu yang bangun pukul 4 lebih bila anak nak menyusu, bangun sekali untuk makan mee goreng mamak yang husband beli malam  tadi. Ada balance memang simpan untuk makan pagi sebab malas nak masak pagi2. Lagipun kalau masak, yang makan hanya saya seorang. My husband memang tak nak makan pagi-pagi nie. Kalau saya nak suruh makan, kena ajak ala-ala manja, pujuk sampai husband cair. Hehehe

So, hari nie balik jer pukul 5 pm nanti, tempat pertama saya hendak tuju adalah restoran makan. Hendak tapau makanan untuk berbuka nanti. Emm..juadah apa ya hendak beli...
Ayam goreng? tak nak lah. jemu dah makan ayam goreng sebab semalam dah makan ayam goreng. Husband pesan kalau ada sambal petai, dia suruh beli sambal petai. Harap-harap ada. :) saya nak beli daging black paper lah. macam sedap jer tengok semalam..

harap-harap ada..........

No comments:

Post a Comment