Pages

Tuesday, October 22, 2013

Welcome Back

Dah lama rasanya aku x update blog aku nie.. dari aku bujang, smpai skrg aku dah kawen. alhamdulillah..dah ada anak sorang dah pun.. best kan.. baru aku tahu pengalaman menjadi seorang ibu, perasaan menyayangi anak sendiri. memang lain dari yang lain. Susah nak gambarkan. Patutlah hati dan naluri seorang ibu terhadap anak, walaupun anak perangai buruk sekalipun, seorang ibu tetap mendoakan yang terbaik utk anak dia and tetap sayang anak dia.

Perasaan masa dalam labour room lagilah aku tak dapat nak ungkap. Macam-macam yang aku rasa. Nasib si suami ada dan sentiasa bagi semangat utk kelahiran permata pertama aku nie.

Sekarang aku bahagia sangat-sangat dengan hidup aku. dah pindah umah baru, dah ada kehidupan baru. Dah berdikari sendiri. Hidup dengan suami dan anak sendiri. memang bahagia.. Betul apa yang ditakdirkan Allah.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alhamdulillah.. Sekarang pun aku dah dapat kerja kat Pejabat Tanah Melaka Tengah. Walaupun mula-mula agak susah gak aku nak faham, tapi aku cuba belajar dari awal. Xkisah lah apa pun kerja, yang penting halal and boleh tolong aku dan keluarga.