Pages

Wednesday, December 4, 2013

Kursus Ketrampilan Diri dan Tatarias Wajah ke Pejabat dan Majlis Rasmi bagi Wanita


.............................

Assalammualaikum..

Saya hendak berkongsi pengalaman saya setelah menghadiri Kursus Ketrampilan Diri dan Tatarias Wajah ke Pejabat dan Majlis Rasmi bagi Wanita yang bertempat di Beruang Hills Resort, Bukit Beruang Melaka pada 20 dan 21 November 2013. Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM).

Peserta kursus seramai 28 orang terdiri daripada kakitangan Kerajaan Negeri Melaka, Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka dan Luar Melaka. Yang terbaik di dalam kursus ini, kami semua diajar bagaimana :

Antara peserta-peserta kursus

Bergambar bersama penceramah

1. Untuk menjadi seorang wanita yang beretika.Kami diajar bagaimana untuk menjaga adap-adap sebagai seorang wanita yang kadang-kala kita selalu lakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita yang beretika. Sebagai contoh : memanggil orang yang jauh dari kita. Kadang-kala tanpa kita sedar, kita menjerit untuk memanggil orang yang lebih jauh dari kita. Cara yang terbaik bagi seorang wanita yang beretika adalah tunggu sehingga orang itu berada hampir dengan kita atau kita sendiri pergi kepada nya, barulah memulakan bicara. 

2. Cara berjalan yang betul bagi seorang wanita yang beretika. Kami juga diajar cara berjalan yang betul supaya setiap langkah kita sentiasa menunjukkan ciri-ciri kewanitaan yang penuh dengan etika. (macam kaum kerabat diraja). Untuk mendapatkan keseimbangan yang sempurna ketika berjalan, cuba ambil sebuah buku dan letakkan ke atas kepala. Cuba berjalan dengan mengimbangi buku tersebut supaya tidak jatuh. Buat latihan sekerap yang mungkin untuk mendapatkan keseimbangan badan dan langkah yang sempurna. Adalah lebih cantik sekiranya setiap wanita memakai kasut tumit tinggi untuk membantu mendapatkan langkah dan postur tubuh yang cantik ketika melangkah.

3. Cara penjagaan diri dan wajah. Tip-tip juga diberikan bagi mengekalkan wajah yang berseri. Antara tip-tip yang diberi adalah :

     a) Sentiasa membersihkan wajah dua kali sehari bagi membersihkan kotoran-kotoran yang melekat di                muka tanpa kita sedar kerana kotoran-kotoran inilah yang membuatkan pori-pori kita tersumbat dan            membentuk jerawat. 

     b) Jeragat terbentuk bagi wanita yang berkulit kering. Penting bagi setiap wanita mengetahui jenis-jenis              kulit sendiri supaya produk kecantikan yang dibeli bersesuaian dengan kulit. 

     c) Bagi yang berkulit kering, sentiasa gunakan pelembab yang bersesuaian. 

     d) Lakukan scrub sehari dalam seminggu. Pastikan scrub yang dilakukan tidak terkena pada kawasan 
         mata yang boleh mengakibatkan sekitar mata menjadi hitam.

     e) Guna foundation yang bersesuaian dengan kulit sama ada neutral ataupun satu tona lebih cerah. 

     f) Minum air sebaik sahaja bangun dari tidur sebelum melangkah ke bilik air untuk mandi / buang air. Ini           bagus untuk menghilangkan toksin-toksin yang terkandung di dalam badan.

    g) Yang penting minum air 2 liter sehari bagi mendapatkan kelembapan kulit yang sekata dan bagus untuk         kesihatan diri.   

4. Etika di meja makan.


Penerangan oleh penceramah Y.Bhg, Puan Maizom bin Yahya. Memang cantik sangat-sangat dan beri ceramah pun bagus. 
5. Cara pergaulan yang menampak ciri-ciri bagi seorang wanita.
6. Bimbing wanita tentang imej dan ketrampilan diri. 

Kursus yang diberikan memang sarat dengan ilmu yang bermanfaat kepada semua wanita. Lepas habis kursus, masa untuk bergambar bersama dengan consultant produk kecantikan mary kay :)

Bergambar bersama Consultant produk kecantikan Mary Kay




Program penilaian diri. 






Thursday, November 28, 2013

Cara Elak Gangguan Syaitan

Antara Tips bagaimana mahu mengatasi gangguan Jin, Syaitan dan Sihir dalam kehidupan seharian :-

1) Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan.
2) Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman
3) Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
4) Membaca Tiga (3) Qul Selepas Solat
5) Merapatkan Saf Solah Berjemaah
6) Membaca Surah Baqarah Di dalam Rumah
7) Melaungkan Azan
8 ) Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu
9) Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur


Huraiannya :

1) Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan.

 Jabir Radhiallallahu Anhu berkata: 
Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 
“Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut ‘Bismillah’ ketika masuk (ke dalam rumah) dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini. “ Dan bila masuk tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: “Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini”.(Hadis riwayat Muslim)


2) Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman 

Rumah yang dibaca Bismillah sebelum ditutup pintu tidak dimasuki syaitan, (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak akan masuk). Begitu juga minuman yang ditutup dan dibaca Bismillah. Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah.(Hadis Riwayat Muslim)


3) Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur.

Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu.
Dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)


4) Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir. 

Daripada ‘Uqbah bin Amir,dia berkata: 
“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”


5) Merapatkan Saf Solah Berjemaah. 

Saf yang rapat tidak akan dimasukki syaitan, 
(walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.”
 (Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa’i dan Ahmad.


 6) Membaca Surah Al-Baqarah Di dalam Rumah.

 “Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.”
(HR Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)


 7) Melaungkan Azan.

Selain itu syaitan juga lari bila azan yang mengandungi lafaz takbir itu dilaungkan. Sesungguhnya syaitan apabila dikumandangkan azan, ia akan berpaling dan berlari dengan pantas.(Muslim). Daripada Abu Hurairah r.a katanya :

Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali.


8) Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu.

Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (al-Bukhari)  

Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa. Mujadilah [19] Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah;


9) Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur.

 Apabila Rasulullah s.a.w. jatuh sakit kerana disihir, Malaikat Jibril telah menjampi Baginda dengan membaca 2 Qul iaitu Surah An-Nas (Qul a’uzubirabbinnas) dan Al-Falaq (Qul a’uzubirabbil falaq) dan ditiup pada seluruh tubuhnya.

Menurut riwayat al-Imam al-Bukhari dari ‘Aisyah r.a. katanya : 

adalah Rasulullah SAW apabila beliau berada di tempat tidurnya setiap malam beliau menemukan dua tangannya kemudian menghembuskan pada kedua-duanya dan membaca (Qul a’uzubirabbinnas) dan (Qul a’uzubirabbil falaq) kemudian beliau sapukan dengan kedua-dua tapak tangannya semua bahagian tubuhnya yang dapat disapukan olehnya, beliau mulakan di atas kepala dan mukanya dan bahagian hadapan badannya. 

Semoga sama-sama kita mengamalkannya. 


Wednesday, November 27, 2013

Ke Arah Kebaikan

Assalammualaikum..

Entri di pagi selasa. Mungkin sesetengah daripada kita merasakan sudah tiba masanya untuk berubah ke jalan Allah. Jalan yang diredhai Allah. Mungkin sesetengah daripada kita sudah berada di jalan Allah (Hidup berlandaskan Islam yang sebenar). Mungkin juga sesetengah daripada kita, masih juga belum nampak jalan ke syurga. Itu semua adalah pendirian dan pendapat individu itu sendiri. Begitu juga dengan saya. Tidak mahu Islam cuma sekadar di nama. Rukun Islam ada lima perkara. Inilah yang menjadikan kita sebagai seorang Islam. Kalau hilang satu rukun ini, maka munafiklah  kita sebagai seorang Islam. Apa yang dimaksudkan dengan rukun? Rukun adalah perkara yang wajib bagi kita sebagai seorang Islam. Sama juga dengan solat. Ada rukun-rukun yang perlu kita ikut. Sekiranya tertinggal satu rukun, maka tidak sahlah solat yang kita kerjakan. Berbalik kepada Islam, bagaimana sekiranya kita tidak melaksanakan salah satu rukun Islam. Apa status diri kita? Apa agama kita?

Rukun Islam ada 5 perkara :

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Mendirikan solat 
3. Menunaikan zakat
4. Berpuasa di bulan ramadhan.
5. Menunaikan haji (bagi yang mampu)

Berpandukan rukun Islam di atas, maka renunglah diri kita sedalam-dalamnya. Sama ada kita sudah buat ataupun tidak. Kalau untuk berhujah bab agama, saya memang tidak layak langsung kerana saya sendiri masih terumbang ambing di dalam Islam. InsyaAllah, semoga niat saya untuk terus mendalami Islam dipermudahkan Allah dan diberikan hati yang tenang dan istiqamah. Bersama-samalah kita melakukan perkara yang diseru dan disuruh. Sekiranya kita mampu melihat syurga dan neraka, pasti kita akan berlumba-lumba untuk memasuki syurga walaupun apa cara sekalipun. Tetapi Allah ingin menguji keimanan kita, maka Allah pun berfirman berkaitan rukun-rukun Iman.

Rukun Iman ada 6 perkara : 

1. Beriman kepada Allah (Kalau kita percaya adanya Allah, maka kita akan lakukan perkara yang disuruh. Amal Ma'ruf Nahi Mungkar)

2. Beriman kepada Malaikat ( Kalau kita percaya adanya Malaikat, terutamanya dua malaikat yang sentiasa bersama kita, mencatit amal baik dan buruk kita, maka kita akan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan) 

3. Beriman kepada kitab suci ( Kalau kita percaya dengan Al-Quran, maka kita akan sentiasa belajar, mengkaji kerana sesungguhnya di dalam kitab ini tersembunyi terlalu banyak perkara yang di luar kemampuan akal fikiran manusia )

4. Beriman kepada para Rasul ( Kalau kita percaya adanya Rasul, maka kita akan ikut segala kebaikan, tingkah lakunya. Sesungguhnya syurga adalah tempat semua para Rasul )

5. Beriman kepada hari Akhirat ( Kalau kita percaya dengan adanya hari pembalasan, dengan adanya Syurga dan Neraka, dengan adanya hari kebangkitan, kita tidak akan sekali-kali melakukan kemungkaran di bumi Allah)

6. Beriman kepada Qada' dan Qadar ( Kalau kita percaya kepada segala ketetapan yang ditetapkan Allah, kita akan sentiasa bersyukur kepada Allah dan sentiasa menginsafi diri, bertakwa kepada Allah)


Renungan untuk kita bersama.
Tidak menjadi satu kesalahan kepada umat manusia yang ingin berubah ke jalan Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita. Allah sentiasa menerima taubat hambanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Amin.

Tuesday, November 26, 2013

Zikir Harian

Assalammualaikum.. Berkongsi zikir-zikir harian untuk diamalkan :)


Zikir Hari Jumaat ( Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah )

YA ALLAH....YA ALLAH...YA ALLAH


Zikir Hari Sabtu (Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya)

LAA ILA HA ILLALLAH


Zikir Hari Ahad (Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita)

YAAHAIIYU YAAQAIYUUM


Zikir Hari Isnin (Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadat)

LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A'LI YIL A'AZIM


Zikir Hari Selasa (Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasullah di dunia dan di akhirat)

ALLAH HUMMA SOLLI A'ALA MUHAMMAD WA A'ALAA AALII MUHAMMAD


Zikir Hari Rabu (Hilangnya satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan hambaNya)

ASTARGFIRULLAH HAL A'ZIM


Zikir Hari Khamis (Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah)

SUBHANALLAH HIL A'ZIMI WA BI HAMDIH 




Kemuliaan Ibu Mengandung di dalam Islam

Kemuliaan Ibu Mengandung dan Melahirkan Dalam Islam

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti meginginkan cahaya mata sendiri. Dan pastinya akan menjadi khabar gembira kepada si isteri apabila mengetahui dirinya kini berbadan dua. Ada lagi satu nyawa yang perlu di jaga. Walaupunbagaimanapun, setiap peringkat kehamilan bagi setiap wanita adalah berbeza. Mungkin ada yang mengalami alahan yang teruk (morning sick) pada peringkat permulaan kehamilan dan ada juga yang tidak mengalami sebarang alahan.

Jadi kepada semua wanita yang sedang berbadan dua, jangan tertekan dengan situasi ini tetapi bersyukurlah kerana anda kini bakal bergelar ibu. Dan janji Allah itu pasti kepada semua wanita yang hamil dan melahirkan bayi.

Berikut adalah antara beberapa ganjaran yang dijanjikan Allah kepada ibu-ibu yang mengandung, yang melahirkan, yang menjaga anak tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.

1.   Dua rakat solat wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2.    Wanita yang hamil dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

3.    Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.


4.    Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira sebagai mati syahid.

5.    Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6.    Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa.

7.    Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8.    Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


9.    Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati kerana anaknya, Allah akan member 12 tahun pahala ibadat.

Friday, November 15, 2013

Its Friday

Assalammualaikum semua

Its Friday… biasalah kalau dah jadi kakitangan kerajaan nie, hari Jumaat memang ditunggu-tunggu. Almaklumlah, esok cuti. Hari ni hari kedua saya berpuasa bersama suami. Puasa As-syura. 10 Muharam. Menu apa pula ya untuk saya berbuka hari ini. Nak beli yang istimewa sikit boleh tak? Istimewa sikit untuk mr husband.

Pagi tadi bangun pukul 4 lebih untuk makan. Wow… bila dah bangun awal, anak pun ikut bangun juga. Dah satu hal nak kena layan dia. Tapi masa tu mata masih  segar lagi sebab malam tadi saya tidur awal. Pukul 9 dah masuk bilik. Bosan bila husband kerja ni. Anak pula dah tidur. Tengok Astro asyik siaran yang sama. On Facebook pun sampai dah naik jemu. So, tutup laptop, tutup tv, tutup lampu, terus masuk bilik tidur. Sedar-sedar jer tengok jam around 12.15am. dengar bunyi motor husband. Baru balik kerja lah tu.

Mr husband nie kalau balik jer kerja, mesti dia cari tab sebab nak main Candy Crush. Tapi disebabkan semalam mr husband bawa tab gi kerja, so puaslah dia main game kat pejabat dia tu. Balik kerja, dia tolong saya jaga anak sebab mata saya dah mengantok sangat. Tup2 saya tersedar jer tengok dia dengan si anak bukan main lena tidur.


Tu yang bangun pukul 4 lebih bila anak nak menyusu, bangun sekali untuk makan mee goreng mamak yang husband beli malam  tadi. Ada balance memang simpan untuk makan pagi sebab malas nak masak pagi2. Lagipun kalau masak, yang makan hanya saya seorang. My husband memang tak nak makan pagi-pagi nie. Kalau saya nak suruh makan, kena ajak ala-ala manja, pujuk sampai husband cair. Hehehe

So, hari nie balik jer pukul 5 pm nanti, tempat pertama saya hendak tuju adalah restoran makan. Hendak tapau makanan untuk berbuka nanti. Emm..juadah apa ya hendak beli...
Ayam goreng? tak nak lah. jemu dah makan ayam goreng sebab semalam dah makan ayam goreng. Husband pesan kalau ada sambal petai, dia suruh beli sambal petai. Harap-harap ada. :) saya nak beli daging black paper lah. macam sedap jer tengok semalam..

harap-harap ada..........

Thursday, November 14, 2013

Puasa Sunat

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..hari nie selesai satu hari saya and mr asben puasa sunat utk bulan muharam nie.. 10 muharam kan. sok tinggal lagi satu hari untuk lengkapkan puasa sunat kitaorang. Kat pejabat petang tadi dah mesej mr asben cakap ari nie saya berbuka sorang-sorang. Ayat minta suami balik umah berbuka sama-sama. Hehehehe.. Permainan orang perempuan. Tapi mr asben tak dapat janji sebab tengah kerja kan. tapi kalau habis kerja cepat, dia promise balik rumah berbuka sama-sama.

Tapi saya tak adalah mengharap. faham juga dengan kerja suami nie. Balik jer dari kerja terus singgah kedai tapau nasi bungkus untuk saya berbuka kat rumah. "budget berbuka sorang" dah ada dalam kepala dah nie. Saya pun pas parking jer kereta depan kedai makan, terus jer terjah kedai. Sekali tengok lauk, fuhhhhhhhhhhh.... naik nafsu makan saya. Macam-macam lauk ada. Tapi bila fikir makan sorang, ambil lauk pun tak berapa banyak. Tapi rm 7.50 juga melayang. hehehe..

Balik jer rumah mak mertua ambil anak. Mak mertua kebetulan nak gi gunting rambut. So, saya bawakan sekali mak ke kedai gunting. pastu baru saya balik krubong "rumahku syurgaku". Tup2 mr asben call.. cakap nak balik, tanya mak ada bagi lauk tak. Hehe.. yes!! balik juga mr asben..

So, balik jer rumah tengok pintu pagar dah stanby buka. tapi mr asben lesap ntuh ke mana. Rupa-rupanya mr asben gi kedai beli mee goreng mamak, nasi goreng kampung, and ayam goreng.. 
Saya pula ada bungkus nasi putih, gabu goreng cili, ayam sambal, syur kangkung goreng. apa lagi, makan sakan lah mrs wife and mr asben malam nie.. :)

yg penting, masa saya balik umah jer, umah bersih you olssss.. mr asben dah tolong kemas kn sebelum dia gi kerja kol 3 pm.. hehe... kredit to mr asben.. 

Love you sayang :)

Jalan-jalan bersama Keluarga

Assalammualaikum..

Hendak berkongsikan cerita, saya and mr asben nie jarang dapat spent time lama-lama hari minggu. Walaupun saya cuti sabtu ahad (standard gov), tp mr asben sabtu ahad pun kerja. Cuti dua kali jer dalam sebulan. So, bila dia cuti tu kadang-kadang balik kg. 

Masa nie pun kebetulan kitaorg gi rumah kenduri kahwin. So alang-alang tu kita singgah jalan-jalan tepi laut. Sebab saya memang suka gi laut pun.Makan pun suka makan tepi laut. Cuma malas nak mandi laut. Takot effect kulit muka. hehehe.. Saya lebih suka mandi air terjun. Sejuk and yang penting tak effect kulit :p

Jom... saja nak share gambar. Gelagat si anak bila bawa berjalan. nanti bila si anak dah besar, boleh lah dia flashback coretan saya masa dia kecil2 nie :) Yang best nye si anak nie tahu bila kita nak ambil gambar dia. Bila kita letakkan tab tu, mesti dia pandang jer :) 





Papa..papa... meh zulhairi tolong picitkan jerawat papa.. upss...  :)

Sebelum dan Selepas Kahwin :)

Alangkah bahagianye hidup bila berumah tangga. Betul.. Aktiviti dan tanggungjawab dah berganda-ganda and kita akan rasa perbezaannya. Masa bujang dulu, saya tak kisah pun tidur pukul berapa, and bangun pukul. Kadang-kadang tidur awal pukul 10 malam, bangun nye pula pukul 10 pagi.. huhu.. Over limit waktu tidurnye.. Sekarang nie kalau tidur awal ke, lambat ke, tetap juga kena bangun awal. Kalau setting jam pukul 5.30 am, kadang-kadang tak tentu juga sebab dah ada “alarm” original. Pagi-pagi anak dah bangun minta manja. Wahhh..  memang lah rasa tidur tu terganggu, tapi bila fikirkan anak, kena lah bersabar yer. Tapi bila anak sebelah pagi2 dah menangis confirm saya ngadu pada mr asben “anak sebelah nie bising jer,asyik nangis jer” hahaha.. anak sendiri nangis kuar boleh tahan lagi, boleh sabar lagi.

Sekarang nie kalau masak pula, mesti nak Tanya pendapat mr asben. Nak tahu makanan apa yang dia suka. Kalau dulu masa bujang, ikut jer cakap mak.. “Kin, ikan tu masak asam pedas” “Baik mak”. “Kin, hari nie kau masak ayam, goreng sayur, ayam tu ko nak masak apa ikut suka kau lah” “ala mak, mana owg tahu nak masak apa, mak cakap jer lah nak masak apa, tie owg masak” sebab kalau bila jer mak saya cakap masak lah ikut saya punya suka, terus saya blur.. malas nak fikir nak masak apa sebenarnya. Kalau mak suruh goring masak sambal, terus wat masak sambal, Kalau mak suruh masak kari, terus masak kari. Lagi senang. Hehehe.. Sekarang dah kahwin, saya mesti Tanya “papa nak makan apa”. Kalau mr asben suruh saya masak benda yang saya tak tahu masak, sy terus tanye mr google..

Tapi setakat nie apa yang saya masak, mr asben mesti puji and cakap sedap. Lagi satu, disebabkan mr asben suka makan pedas, so saya pun dah terikut makan pedas. Kena lah tahan. Sampai air hingus pun meleleh. Tu dah tahap pedas lah tu. Mr asben tak kisah pun nak masak pedas ke tidak, tapi disebabkan hati seorang isteri nie tetap nak berikan yang terbaik untuk mr asben, tetap juga masak ikut selera suami J

Lagi satu, kalau apa yang saya buat, mesti saya fikirkan anak and husband. Kalau dulu kita fikir diri sendiri jer. Tapi tabiat kedekut saya nie dari dulu sampai sekarang tak berubah.  Untuk diri sendiri, memang kedekut berabis. Nak beli baju pun kena fikir banyak kali. Tapi untuk anak, berapa banyak duit keluar pun tak rasa banyak. Nasib dapat husband yang murah hati. Hehehe… Barang-barang saya, dialah yang tolong beli J

Kalau dulu, saya settlekan baju-baju untuk family.. bangun pagi terus ngadap mesin baju, masukkan baju-baju kotor dalam mesin.pastu baru buat kerja-kerja lain.kemas dapur,kemas rumah. So bila dah siap wat kerja-kerja lain, baju pun dah siap basuh. Tinggal nak sidai jer. Bila dah kahwin nie, basuh baju asben and anak pula. Baju asben pula, nak di iron/seterika. Yela, kadang-kadang waktu gi kerja tak sama. So, saya kena siap kan awal-awal baju mr asben. Tie kalau gi kerja, kai baju kedut2, macam orang tak ada isteri pula. Yang best nya, kadang-kadang mr asben yang tolong kemas rumah, basuh baju. Kredit to mr asben. Seorang yang rajin. Cuma manja berganda2. Selalu nya perempuan yang manja. Nie mr asben yang manja terlebih. J

Kalau dulu, sebarang keputusan boleh buat sendiri. Tapi sekarang, mesti kena Tanya mr asben. Hal kecil pun saya confirm kena Tanya dia dulu. Hendak minta pendapat dia. Ok ke tak, baik ke tak. Sebab orang lelaki nie kalau dari segi pemikiran berbeza dengan orang perempuan. So, saya leh dapat dua opinion yang berbeza dan boleh dapat result J



Susu Snow Brand

Susu Snow Brand
Intai testimoni para ibu :)

Testimoni 1
sha_n posted on 7-11-2007 04:31 PM
so far yg sha tau..susu ni kandungan fat die tinggi skit...
sbb tu kebanyakan bb yg minum susu ni tembam2...

Testimoni 2
innova77 posted on 7-11-2007 04:33 PM
Reply #2 sha_n's post
1st baby saya minum ni... memang tembam...
so far tak der masalah dari kesihatan.. elok je sistem pencernaan dia..
tapi utk 2nd baby tak sesuai la pulak.. dia semelit...

Testimoni 3
luv_ma posted on 7-11-2007 04:46 PM
yup,
fat tinggi,tp kandungan DHA,AA bagai kureng skit dr yg lain.
ank sedara ma minum susu ni,tembom smpeilah dah 5 thn,x susut bodynyer.doc kategorikan obess dah.

Testimoni 4
potpuri80 posted on 28-11-2007 03:05 PM
anak puri yg second ni minum susu snow ... coz lepas je kuar dr perut mama dia .. terus doc kasi susu snow .... sampai le now dah 1 yr 3 mth..... memang tembam sikit le compare ngan si abg.:o


Testimoni 5
poison32 posted on 19-12-2007 04:53 PM
my baby masa lahir hingga la umur 8 bulan minum snow...sebabnya dia lahir tak cukup bulan so utk naik kan berat badan nurse yg suggest i try snow...tapi masalah sembelit tu memang ada..kalau blh bagi minum air lepas minum susu...i did tat alhamdullilah...she is fine now...memang tembam....


Testimoni 6
ibu_haritz posted on 21-1-2009 10:53 AM
anak adik ipar mnum susu snow tapi tak tmbam pun...
kurus kecik jer...
anak i yg tak mnum susu ni plak yg tembam n bulat...;P 

Ada komen positif, and ada komen negatif. So, apa pun keputusan kena tanya mr husband dulu sebab dia kalau bab-bab anak nie memang ada cerewet sikit. Biasalah... siapa tak sayang anak kan. semua nak yang terbaik untuk anak. :)






Karenah Anak Mama

Assalammualaikum semua

Hari nie disebabkan kurang kerja kat pejabat, saya curi2 masa and jelling kiri kanan untuk update saya punya blog.. dah lama tinggal takut bersarang tie.. huhu.. Semalam saya and husband bawa si anak gi check up.

Aksi si anak bila baring atas meja tu..baru je letak dia dah mula meniarap. Nurse pun sampai gelak-gelak tengok aksi si anak. Aktif sungguh. Kaki dengan tangan memang x reti duduk diam.

Seperti biasalah nurse akan lihat perkembangan si anak setiap bulan. So, si nurse nie pun bagilah si anak pegang barang, “mainan utk si baby”. Aksi si anak bila orang dah bagi barang kat dia, confirmlah dengan cepatnya dia amik. Saya dah cakap pada nurse, “sekejap jer nie dia pegang. Kejap lagi confirm dia baling”.. emmm… memang betol pun..sekejap jer kat tangan si anak. Tak sampai seminit dia dah baling mainan tu ke bawah. Menjerit si nurse tengok aksi si anak. Hahaha..

Dulu, mak sedara dia cakap anak saya nie pasif jer. Tak aktif macam anak-anak lain. saya pun akui juga mula-mula tengok anak saya macam tu. Senyum tak nak, asyik nangis jer. Bila orang sergah pun macam tak ada respon jer. Sekarang nie, saya sendiri pun larat nak layan. Aktif sangat. Sampai mak sedara dia pun tak nak mandikan dia. Takut jatuh masa mandikan sebab dia dah melonjak-lonjak. Riang sangat.

Bila mak mertua saya yang mandikan, lagi best. Nak2 pula, mak mertua saya mandikan dalam tab mandi. Anak saya nie jenis yang pantang dapat air. Dia punya suka mengalahkan perenang kebangsaan. Masuk jer dalam tab terus melonjak-lonjak kaki dia. Apa lagi, air dalam tab tu terus melimpah ke luar. Kasihan bila tengok baju si nenek basah and lantai pun penuh air dengan aksi si anak yang macam tu. Bila si nenek dah habis mandikan dia and nak angkat dia dari tab tu, terus dia merengek-rengek minta mandi lagi. Nasib lah si nenek suka melayan cucu.
Terima kasih mak tolong jaga kan anak saya J Kredit pada mak.. Sayang makkkk…

Yang paling best, bila mulut dia tak tahu diam. Ada jer benda dia nak cakap “bahasa baby”.  Walaupun aku tak faham, aku tetap juga layan. Best tau layan baby nie. Kadang-kadang geram pun ada. Sampai nak rehat pun tak dapat sebab nak kena layan dia jer. Tapi anak nyer pasal, semua sanggup..

Berbalik kepada situasi masa pergi check up tu, bad news nyer berat anak saya tetap tak naik. Emm.. saya dah agak dah.. tapi tinggi sentiasa naik. Cuma disebabkan tinggi si anak and berat tak ideal, BMI anak tetap juga kuning. Dah 3 bulan macam tu. Sob..sob..sob… Mulalah sesi soal jawab dengan nurse bila berat anak tak naik. Minum susu apa, berapa kali minum sehari, berapa oz.. Si anak memang kurang menyusu. Terus si nurse cadangkan guna susu lain. Sebab menurut kata si nurse tu, berkemungkinan susu yang si anak minum sekarang nie, kurang lemak nyer. Sebab tu si anak kurang menyusu. Amboi….. memilih juga si anak nie. Nak yang manis-manis je ye..

Patotlah bila saya try bagi mangga masak kat anak saya, bukan main lagi dia sedut. Rupanya sebab mangga tu manis sangat-sangat. Bila saya tarik jer mangga tu dari mulut dia, terus dia nangis. Comel anak saya. Huhu… Yela saying, pasni mama belikan susu lain untuk anak mama..

Masuk kali nie kalau saya tukar, dah 4 kali dah. Yang pertama guna S26. Anak tak nak sebab mungkin rasa soya kan. Pastu tukar susu lactogen. Kali nie memang si anak minum berabis. Yela, sedap..lemak manis. Tapi 3 hari sekali baru membuang. Terus si suami tukar guna susu mamil chearish. Susu nie baik untuk usus. Anak pun membuang sehari sekali. Tu yang kekal sampai sekarang guna. Tapi susu nie kurang lemak nya. Saya pun dah try minum. Memang tak sodap. Patutlah anak saya kurang menyusu. Pasnie tukar susu Snow pula. Cari2 maklumat kat google, ramai yang bagi komen positif. So, saya cuba. Tapi stok susu anak kat rumah ada lagi.. hohohohoh,…


Tuesday, October 22, 2013

Welcome Back

Dah lama rasanya aku x update blog aku nie.. dari aku bujang, smpai skrg aku dah kawen. alhamdulillah..dah ada anak sorang dah pun.. best kan.. baru aku tahu pengalaman menjadi seorang ibu, perasaan menyayangi anak sendiri. memang lain dari yang lain. Susah nak gambarkan. Patutlah hati dan naluri seorang ibu terhadap anak, walaupun anak perangai buruk sekalipun, seorang ibu tetap mendoakan yang terbaik utk anak dia and tetap sayang anak dia.

Perasaan masa dalam labour room lagilah aku tak dapat nak ungkap. Macam-macam yang aku rasa. Nasib si suami ada dan sentiasa bagi semangat utk kelahiran permata pertama aku nie.

Sekarang aku bahagia sangat-sangat dengan hidup aku. dah pindah umah baru, dah ada kehidupan baru. Dah berdikari sendiri. Hidup dengan suami dan anak sendiri. memang bahagia.. Betul apa yang ditakdirkan Allah.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alhamdulillah.. Sekarang pun aku dah dapat kerja kat Pejabat Tanah Melaka Tengah. Walaupun mula-mula agak susah gak aku nak faham, tapi aku cuba belajar dari awal. Xkisah lah apa pun kerja, yang penting halal and boleh tolong aku dan keluarga.