Pages

Saturday, May 12, 2012

Wahai Si Tunang


Assalammualaikum...

Wahai si tunang..
percayalah setiap detik jantung ini
sentiasa belajar untuk menyayangi
sentiasa belajar untuk mengasihi
tanpa mengenal erti jemu

Wahai si tunang..
sekiranya aku mampu menggegar dunia
akan ku gegar untuk membuktikan perasaan ini
sekiranya aku mampu membeli dunia
akan ku beli kerana ikhlasnya hati ini
mengasihi kamu..
tapi aku sedar
semua itu aku tidak mampu
aku cuma ada sekeping hati
yang mungkin pernah diisi insan lain satu tika dulu
tapi kini
hanya kamu yang layak 
hanya kamu yang boleh mengisi
setiap ruang di dalam hati

Wahai si tunang
fahamilah setiap isi hati ini
walaupun bukan dengan kata-kata
tapi lihatlah jauh ke dalam mata ini
sebagaimana bayang-bayang kamu 
yang ada di mata hitam ku
begitulah kamu tersemat indah di dalam hatiku


P/S : Malam ini saya merajuk dengan si TUNANG

1 comment: