Pages

Sunday, May 20, 2012

Sibling.........Story........

Assalammualaikum..

Hanya dalam blog tempat aku meluahkan apa yang berada di dalam kotak fikiran aku. Mungkin bukan semua 
aku luahkan tapi sedikit sebanyak dapat juga mengurangkan apa
yang aku rasakan and apa yang aku tak puas hati.
Mungkin pada zahirnya aku banyak berdiam diri sebab pertama aku malas nak bising-bising.
Tapi kadang-kadang kalau aku tak tahan sangat, memang mulut aku bising juga.
Memang best kalau adik beradik ramai. Menghiburkan. Tapi kena ada sifat bantu membantu antara satu
sama lain. Tu yang penting. Kadang-kadang bila sorang buat kerja,
sorang duduk, boleh menimbulkan iri hati. Salah ke kalau ringan tulang antara satu sama.
Apa yang aku terkilan sangat, kalau orang lain yang minta tolong,
kalau kawan-kawan yang panggil, 
semua ringan tulang.
Tapi kalau dengan adik beradik sendiri sampai boleh bercakar.
Memang aku terkilan sangat-sangat,
Kadang-kadang bila bercakap dengan kawan-kawan, lembut gigi dari lidah.
Tapi bila dengan akak sendiri hilang rasa hormat.
Bila ditegur cakap kita macam-macam.
Tapi as a human yang telah diberikan pelajaran,
susah ke nak faham semua ni.
Kenapa semua tak fikir macam apa yang aku fikir.
Kenapa semua tak rasa macam apa yang aku rasa..
Memang kadang-kadang aku nangis sowang-sowang mengenangkan perangai
masing-masing..
Apa lagi  yang aku nak buat supaya semua boleh tunaikan tanggungjawab masing-masing
and membantu antara satu sama lain?
Apa lagi yang aku nak buat supaya semua boleh bertolak ansur?
Saling sayang menyayangi?

Entahlah..puas aku berfikir. Puas aku bercakap. Tapi result tetap juga sama. 
Aku kena didik diri aku juga untuk semua nie.
Kalaulah korang boleh buat benda yang sama...

Dan lagi satu tolong lah jangan buat hati mak dengan abah susah. 
Kalau nak balas dengan apa yang korang ada sekarang nie memang tak kan cukup..
Kalau korang kumpulkan harta sedalam lautan pun memang tak mampu tok balas..
tapi cuma satu jer yang kita boleh tolong sebagai seorang anak..
Hiburkan hati mereka..
Jaga hati mereka..
Jangan bagi mak ayah kita risau dengan kita....
Jangan menjawab.. Jangan melawan..
Boleh tak?
Pernah tak korang terfikir kenapa dowang marahkan kita?
Pernah tak korang terfikir kenapa dowang tegur kita?
Tu semua sebab dowang sayangkan kita....
SAYANGKAN KITA SEMUA...
tahu tak.....
Korang fikirlah kalau korang melawan cakap dowang 
dan ditakdirkan tuhan mengambil nyawa dowang pada masa yang sama,
Korang nak cerita apa pada orang ramai?
Nak cakap yang kali terakhir korang melawan cakap dowang?
Tu ke kenangan terakhir korang?
Tak rasa sedih?
Tak menyesal?
Susah nak cakap dengan korang nie..
Fikirlah sendiri.. Tolong lah fikir....
Semua dah besar panjang..
Kalau dulu masa lahir belum pandai berjalan,
ditatih, dipimpin tangan supaya pandai berjalan.
Kalau dulu belum pandai makan,
disuap perlahan-lahan..
Kalau dulu belum pandai cebok kencing berak,
Dibersihkan, dikemaskan, dimandikan..
supaya nampak comel...
suka bila orang cakap "comel anak kau, comel adik kau"....
Kalau dulu tak pandai bercakap,
diajar satu persatu sebutan sehingga pandai...
Tapi kenapa sekarang bila dah ada kesempurnaan itu,
tak mampu berfikir...
Tolong lah... macam mana lagi aku nak cakap.... 

Ingat satu perkara, 
" belajarlah menghormati orang supaya orang dapat menghormati kita "

Tolonglah faham di sebalik kata-kata nie..
Takkan ada orang luar yang boleh membahagiakan keluarga nie
melainkan kita sendiri sebagai rumpun keluarga....
Wassalam... 

No comments:

Post a Comment