Pages

Friday, May 25, 2012

Miss my naughty cat

Assalammualaikum..

setiap kali malam aku selalu ingatkan dia...
setiap hari aku selalu belai dia..
tapi sekarang dah tak ada lagi..
dari dia kecil...
dari dia baru di lahirkan..
di tangan ini lah dia membesar..
tangan inilah yang memberi makan
tangan ini lah yang memberi minum..
tapi kini
bila dia dah pandai berlari
bila dia dah pandai bermain...
dia pergi dari pangkuan aku...
sedih....sangat-sangat.....

aku rindu sangat-sangat dengan kucing aku tu
sekarang dah jadi hak orang lain
aku dah tak dapat tengok dia berlari
aku dah tak dapat tengok dia berbunyi
aku dah tak dapat tengok dia memanjat
dan 
aku dah tak dapat tengok dia membesar di depan mata aku sendiri
dah berbulan aku dengan dia
kasih sayang aku susah aku nak lupakan
kenapa setiap apa yang aku sayang
harus dipisahkan dengan aku
tak layak kah aku untuk bersuara
kenapa aku sukar untuk bersuara
kenapa aku sukar nak meluahkan
supaya jangan jauhkan dia dari aku
jangan pisahkan aku dengan dia..
menitis air mata aku saat ku lihat dia pergi
menitis air mata aku saat aku dengar suara dia
mungkin minta dilepaskan
mungkin minta supaya tidak dibawa pergi
rindukah dia pada aku...

sukar untuk aku mengikis perasaan ini
setiap malam perasaan rindu ini pasti hadir
apatah lagi melihat kucing lain di depan mata
kenapa pisahkan aku dengan dia..
tak kasihankah melihat air mata yang mengalir di pipi aku ini...
:(
pulangkanlah kembali dia kepada aku...



No comments:

Post a Comment