Pages

Wednesday, May 9, 2012

Diri Aku Sehingga 9 May 2012

Alhamdulillah.. Sekarang aku telah bergelar tunangan orang. Hari bersejarah dalam hidup aku. Tanggal 21 April akan bersemadi dalam kotak fikiran aku sebagai tunangan orang. InsyaAllah aku akan melakukan yang terbaik dan memberi yang terbaik sepanjang perhubungan ini. InsyaAllah dengan rezeki yang tuhan berikan, aku akan bergelar isteri kepada insan yang sudi menerima aku, EDDY dalam tahun ini juga. Dan apa yang aku harapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.

Tempoh perkenalan kami amat singkat tapi cukup bermakna. Lebih-lebih lagi apabila dia dengan tekad tetap ingin menjadikan aku suri dalam hidupnya. Dia adalah jodoh yang telah ditetapkan untuk aku. Untuk bersamanya dan berkongsi hidup dengannya satu hari nanti, aku harus mempersiapkan rohani aku supaya ikhlas dalam setiap apa yang aku lakukan. Ikhlas dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Apa yang aku harapkan dia tidak akan menyesal memperisterikan aku.

Aku bukan wanita yang sempurna, yang mampu menjadi penghuni syurga bila tibanya ajal aku. Kerana aku tahu betapa daifnya aku sebagai seorang Islam. Semoga dia dapat memimpin aku ke arah itu dan bersama-sama dapat melangkah ke pintu syurga. Aku bersyukur dengan setiap apa yang aku lalui kerana menjadikan aku seorang wanita yang cekal dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Sayang...seandainya tuhan telah merencanakan untuk 
aku berjumpa dan mengasihi kamu
maka kau titipkan sedikit rasa kebahagiaan di
dalam diri ini
Supaya aku sentiasa merasakan bahawa
aku masih layak untuk disayangi..

Sayang..seandainya aku pernah
meminta kau meninggalkan aku dulu
kerana insan yang pernah hadir dalam hidup aku
sehingga mengecewakan kamu
maafkan aku..

Sayang...seandainya aku pernah
melukakan hati kecil mu
kerana aku tidak menerima kehadiranmu
satu ketika dulu
maafkan aku..

Tapi kini, aku sedar..
tuhan telah mempertemukan kita dengan caraNya 
yang tersendiri
Dan menunjukkan betapa indahnya
sesuatu perhubungan yang didirikan
atas dasar kasih tanpa membelakangkan cara Islam..
Izinkan aku untuk mengasihi dan 
menyayangi dirimu..
Dan izinkan aku untuk mengemis setitis kasih sayang
darimu..

p/s : Terima kasih kerana sudi menerima diri ini.. :)

No comments:

Post a Comment