Pages

Saturday, April 14, 2012

Hati ini

Lama aku tak aktif dengan blog aku nie. Aku tidak tahu apa yang harus aku luahkan. Aku tidak mahu segala luahan hati aku memberi pandangan dan sering disalahertikan oleh segelintir "pihak" sehinggakan aku tawar hati untuk meluahkan apa jua perasaan yang bersarang di benak akal dan fikiran aku.

Aku pernah dipalitkan dengan pelbagai kata-kata "manis" oleh insan yang pernah hadir menyemai kasih dan sayang dalam diri aku, sehinggakan sampai ke satu tahap aku berasa benar-benar tidak mampu untuk bangkit dan hidup. Tapi keluarga sentiasa ada di sisi memberi semangat dan sentiasa menemani aku. Kadang-kala aku berasa menyesal mengenali insan itu, menyesal memberikan kasih sayang yang ikhlas terhadap dia tapi kerana pada saat itu dialah segala-galanya untuk aku, aku tepis perasaan negatif itu. Aku tidak mampu mengeluarkan kata-kata kesat pada dia kerana aku pernah menyayangi dan mencintai dia. Kerana dia pernah hadir mewarnai hidup aku. Cuma ditakdirkan bukan jodoh aku dengan dia. Aku pasrah demi masa depan dan keluarga. Segala kata-kata yang dia keluarkan aku hanya mampu telan. Aku tidak mahu melawan dan berbalah kerana aku pasti akan tewas. Walaupun herdikan demi herdikan menerjah masuk di telinga ini, aku hanya mampu menangis.

Masa yang terindah kini semua telah berakhir
Karena kau berubah tak seperti dulu lagi
Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya hatiku

Kau anggap diriku
Melihatmu dengan sebelah matamu
Dilema tuk diriku mencintai mengerti kamu

Biarkan aku bersalah di depan matamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namun ku terlanjur cinta

* Lirik lagu Aku Tidak Berdaya

Redhakan aku dengan kehidupan baruku. Walau apa jua kata-katamu, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dan ketenangan hati untukmu. Maafkan aku... 

No comments:

Post a Comment