Pages

Friday, May 25, 2012

Miss my naughty cat

Assalammualaikum..

setiap kali malam aku selalu ingatkan dia...
setiap hari aku selalu belai dia..
tapi sekarang dah tak ada lagi..
dari dia kecil...
dari dia baru di lahirkan..
di tangan ini lah dia membesar..
tangan inilah yang memberi makan
tangan ini lah yang memberi minum..
tapi kini
bila dia dah pandai berlari
bila dia dah pandai bermain...
dia pergi dari pangkuan aku...
sedih....sangat-sangat.....

aku rindu sangat-sangat dengan kucing aku tu
sekarang dah jadi hak orang lain
aku dah tak dapat tengok dia berlari
aku dah tak dapat tengok dia berbunyi
aku dah tak dapat tengok dia memanjat
dan 
aku dah tak dapat tengok dia membesar di depan mata aku sendiri
dah berbulan aku dengan dia
kasih sayang aku susah aku nak lupakan
kenapa setiap apa yang aku sayang
harus dipisahkan dengan aku
tak layak kah aku untuk bersuara
kenapa aku sukar untuk bersuara
kenapa aku sukar nak meluahkan
supaya jangan jauhkan dia dari aku
jangan pisahkan aku dengan dia..
menitis air mata aku saat ku lihat dia pergi
menitis air mata aku saat aku dengar suara dia
mungkin minta dilepaskan
mungkin minta supaya tidak dibawa pergi
rindukah dia pada aku...

sukar untuk aku mengikis perasaan ini
setiap malam perasaan rindu ini pasti hadir
apatah lagi melihat kucing lain di depan mata
kenapa pisahkan aku dengan dia..
tak kasihankah melihat air mata yang mengalir di pipi aku ini...
:(
pulangkanlah kembali dia kepada aku...



Wednesday, May 23, 2012

Upset.upset...upset.......

Assalammualaikum...

Sayu sangat hati aku malam nie.. 
bila barang-barang yang aku sayang hilang
aku rasa macam nyawa aku yang ditarik
kalau nak dikira..
memang tak terkira...
kadang-kadang aku terfikir
kenapa tuhan menguji aku sebegini..
orang yang aku sayang tak pernah kekal bersama aku
barang yang bernilai pada diri aku
tak pernah terus menjadi milik aku
adakah pada masa akan datang juga aku akan terus kehilangan dan akan kehilangan?

tapi aku yakin setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..
walaupun aku meratapi dengan linangan airmata sekalipun
aku tidak akan dapat memiliki 
sekiranya itu bukan ditakdirkan untuk aku
biarlah aku hilang harta dunia..
asalkan aku tidak hilang harta akhirat..
aku tidak hilang keluarga..
dan aku tidak hilang si dia yang hadir mewarnai hidup aku kini
walaupun mungkin selalu terguris dengan sikap
dan tingkah laku aku,
aku harapkan si dia selalu dilindungi Allah...
dan tahu apa pun yang keluar dari mulut ini
baik atau buruk
manis atau pahit
aku tetap menyayanginya lebih dari aku mengasihi diri aku sendiri...

copy dari wall papa :)

terima kasih..
walaupun aku sedih dengan kehilangan barang yang aku sayang,
aku sapu dan hapuskan semua kesedihan itu
kerana aku yakin
si dia boleh menghilangkan segala kesedihan itu dengan
segala kebahagiaan dan kasih sayang yang si dia curahkan pada aku...

Monday, May 21, 2012

Lagi Kad Design

 Assalammualaikum..

Malam nie aku siapkan lagi 5 keping design kad kahwin..
hahahaha.
macam-macam gaya..
bukannye susah pun nak buat
guna microsoft office jer..
mudah dan cepat..
Kalau gajin nak guna adobe baru aku buka..
hehehehe...
Jom layan.
tunggu buah hati komen jer nanti...






yang no 4 tu sama dengan post sebelum nie..
tapi ada sikit perubahan..
jeng..jeng..jeng..
cepat cari ape perbezaannya.. 
:p

Design Kad Kahwin

Assalammulaikum...

bosan-bosan dok kt umah, aku design kad kahwin tok aku tie... 
yang nie mungkin aku print sendiri..
yang power2 tempah jer kat kedai..
boleh kan papa?
hehehehehehe
jom layan.......









Dah genap sebulan Sayang...

Assalammualaikum.

wahh..bunyi tajuk macam sambut ulang tahun perkahwinan jer.. hehehehe...
Tapi sebenarnyer baru sebulan bertunang. ceh bunyi macam gempak jer..
Diam tak diam jer kan dan sebulan.
lagi tiga bulan jer lagi aku dan si dia bakal disatukan.
macam tak percaya jer.
Tapi apa pun terima kasih pada si dia..
yang sudi sunting aku nie..
nak kata baik, x baik pun...
nak kata cantik, xcantik pun...
Alhamdulillah..
Jodoh Allah itu semuanya indah :)

"Aku terima nikah Nurasyikin binti Yusof dengan mas kahwinnya .."

wahhh.xsabar aku nak dengar akad nie dilafazkan..
rasa-rasanya berapa kali si dia nie akan lafazkan..
sekali?
dua kali?
tiga kali?
hehehehehe. dah bersedia tak si dia aku nie?
Jangan tergagap-gagap yer nanti sayang :p

Sunday, May 20, 2012

Di sebalik lagu KENANGAN SEMALAM

Assalammualaikum..

Aku pernah tanya pada seseorang lagu kegemaran dia.
And dia cakap dia suka lagu "KENANGAN SEMALAM"
nyanyian OLAN..
Hari nie sambil aku duduk-duduk aku dengar lagu tu and hayati bait-bait lirik
dan aku rasakan lagu tu ada kaitan dengan kisah hidup dia sebelum nie..
Mungkinkah?
Atau hanya mainan perasaan aku?
Tapi apa yang aku rasa, apa yang terdetik di hati aku,
sedikit sebanyak adalah anugerah kepada aku yang
tuhan berikan
Kerana kadang-kadang itulah petunjuk buat aku...

Kalau benar lagu nie sedikit sebanyak berkaitan dengan kisah hidup dia dulu,
aku tumpang simpati..
Memang susah untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hati kan?
Apatah lagi seseorang itu telah bergelar lebih dari seorang kekasih...
Kenapalah hati nie tiba-tiba jadi sayu..

Oh kenangan...kenangan mengusik jiwa..ku terhempas..
Jauh di sudut mata..jiwa kian terpisah...
Makin sengsara..

Oh sesalan...sesalan datang meragut...hati pedih....
Tak mungkin dapat dilupa
Segala yang kita bina hancur akhirnya.....

Sampai masa ku teringat, segala pahit menikam rasa..
Hening semalam ku di pusara..cinta airmata

Oh semalam ku terbenam..di lubuk asmaraku...
Yang jauh ku kembara..Jauh perjalanan...Jauh destinasiku..
Namun tidak kesampaian..Ke arah tujuanku..

Sampai masa ku teringat..segala pahit menikam rasa...
Hening semalaman ku dipusara..cinta airmata...

Mendalam sangat maksud di sebalik lagu nie.. 
Kalaulah aku mampu menggantikan dia..
Kalaulah aku menjadi seperti dia...
Kalaulah aku mendapat kasih sayang seperti dia...
Kalaulah aku disayangi seperti dia..
Kalaulah aku diperlukan seperti dia...

Sibling.........Story........

Assalammualaikum..

Hanya dalam blog tempat aku meluahkan apa yang berada di dalam kotak fikiran aku. Mungkin bukan semua 
aku luahkan tapi sedikit sebanyak dapat juga mengurangkan apa
yang aku rasakan and apa yang aku tak puas hati.
Mungkin pada zahirnya aku banyak berdiam diri sebab pertama aku malas nak bising-bising.
Tapi kadang-kadang kalau aku tak tahan sangat, memang mulut aku bising juga.
Memang best kalau adik beradik ramai. Menghiburkan. Tapi kena ada sifat bantu membantu antara satu
sama lain. Tu yang penting. Kadang-kadang bila sorang buat kerja,
sorang duduk, boleh menimbulkan iri hati. Salah ke kalau ringan tulang antara satu sama.
Apa yang aku terkilan sangat, kalau orang lain yang minta tolong,
kalau kawan-kawan yang panggil, 
semua ringan tulang.
Tapi kalau dengan adik beradik sendiri sampai boleh bercakar.
Memang aku terkilan sangat-sangat,
Kadang-kadang bila bercakap dengan kawan-kawan, lembut gigi dari lidah.
Tapi bila dengan akak sendiri hilang rasa hormat.
Bila ditegur cakap kita macam-macam.
Tapi as a human yang telah diberikan pelajaran,
susah ke nak faham semua ni.
Kenapa semua tak fikir macam apa yang aku fikir.
Kenapa semua tak rasa macam apa yang aku rasa..
Memang kadang-kadang aku nangis sowang-sowang mengenangkan perangai
masing-masing..
Apa lagi  yang aku nak buat supaya semua boleh tunaikan tanggungjawab masing-masing
and membantu antara satu sama lain?
Apa lagi yang aku nak buat supaya semua boleh bertolak ansur?
Saling sayang menyayangi?

Entahlah..puas aku berfikir. Puas aku bercakap. Tapi result tetap juga sama. 
Aku kena didik diri aku juga untuk semua nie.
Kalaulah korang boleh buat benda yang sama...

Dan lagi satu tolong lah jangan buat hati mak dengan abah susah. 
Kalau nak balas dengan apa yang korang ada sekarang nie memang tak kan cukup..
Kalau korang kumpulkan harta sedalam lautan pun memang tak mampu tok balas..
tapi cuma satu jer yang kita boleh tolong sebagai seorang anak..
Hiburkan hati mereka..
Jaga hati mereka..
Jangan bagi mak ayah kita risau dengan kita....
Jangan menjawab.. Jangan melawan..
Boleh tak?
Pernah tak korang terfikir kenapa dowang marahkan kita?
Pernah tak korang terfikir kenapa dowang tegur kita?
Tu semua sebab dowang sayangkan kita....
SAYANGKAN KITA SEMUA...
tahu tak.....
Korang fikirlah kalau korang melawan cakap dowang 
dan ditakdirkan tuhan mengambil nyawa dowang pada masa yang sama,
Korang nak cerita apa pada orang ramai?
Nak cakap yang kali terakhir korang melawan cakap dowang?
Tu ke kenangan terakhir korang?
Tak rasa sedih?
Tak menyesal?
Susah nak cakap dengan korang nie..
Fikirlah sendiri.. Tolong lah fikir....
Semua dah besar panjang..
Kalau dulu masa lahir belum pandai berjalan,
ditatih, dipimpin tangan supaya pandai berjalan.
Kalau dulu belum pandai makan,
disuap perlahan-lahan..
Kalau dulu belum pandai cebok kencing berak,
Dibersihkan, dikemaskan, dimandikan..
supaya nampak comel...
suka bila orang cakap "comel anak kau, comel adik kau"....
Kalau dulu tak pandai bercakap,
diajar satu persatu sebutan sehingga pandai...
Tapi kenapa sekarang bila dah ada kesempurnaan itu,
tak mampu berfikir...
Tolong lah... macam mana lagi aku nak cakap.... 

Ingat satu perkara, 
" belajarlah menghormati orang supaya orang dapat menghormati kita "

Tolonglah faham di sebalik kata-kata nie..
Takkan ada orang luar yang boleh membahagiakan keluarga nie
melainkan kita sendiri sebagai rumpun keluarga....
Wassalam... 

Friday, May 18, 2012

Konvo Oh Konvo

Tak sampai lagi bape bulan aku nak konvo... Dulu aku selalu pikirkan aku gi konvo dengan family aku. But now, i have somebody important yang akn tmn aku gi knvo.. tak lain dan tak bukan adalah bakal suami aku nanti. Tapi itu semua bergantung juga kepada rezeki. Kita hanya merancang but whatever happened adalah kerana tuhan dan tentukan. Kalau ada rezeki adalah aku gi konvo tu nanti...

Konvo tetap konvo but sometimes mmg aku jeles dgn kawan-kawan aku yang dah bekerja. Even goverment or what, dowg dah ada punca rezeki and pengalaman dowg sendiri. Rezeki aku tak tahu lagi bile. Rezeki tu dah ada cuma kadang-kadang masalah pengangkutan yang menjejaskan hasrat aku untuk pergi kerja.So i need to be more patient.. aku yakin dengan rezeki Allah..

Mmg aku nak sangat gi konvo. First xperience as a graduation wat aku x sabar sgt. lebih-lebih lagi aku rindu sangat pada kawan-kawan aku kat sana. kawan-kawan sebatch and seIT dengan aku. kawan-kawan yang giler-giler and sentiasa ada waktu susah and senang kitaorang. walaupun pernah bergaduh, pernah bermasam muka, pernah rasa sakit hati... tapi aku tetap kangan banget and sayang sama semua.....

Kalau aku dah bekerja mungkin aku boleh guna duit aku sendiri untuk segala pembiayaan aku gi sarawak. tak payah susahkan sapa-sapa. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Memang sedikit sebanyak sedih juga coz of what? aku memang impikan tok belanja family aku kat sana. but yg berlaku sbaliknya.. :( sebab kat sana tie banyak function. dah lah aku nie jenis susah nak minta dwet dengan orang.. aduhaiiiiiiiiiiiiii...

" KONVOKESYEN "
POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
( PENGATURCARAAN )



Saturday, May 12, 2012

Wahai Si Tunang


Assalammualaikum...

Wahai si tunang..
percayalah setiap detik jantung ini
sentiasa belajar untuk menyayangi
sentiasa belajar untuk mengasihi
tanpa mengenal erti jemu

Wahai si tunang..
sekiranya aku mampu menggegar dunia
akan ku gegar untuk membuktikan perasaan ini
sekiranya aku mampu membeli dunia
akan ku beli kerana ikhlasnya hati ini
mengasihi kamu..
tapi aku sedar
semua itu aku tidak mampu
aku cuma ada sekeping hati
yang mungkin pernah diisi insan lain satu tika dulu
tapi kini
hanya kamu yang layak 
hanya kamu yang boleh mengisi
setiap ruang di dalam hati

Wahai si tunang
fahamilah setiap isi hati ini
walaupun bukan dengan kata-kata
tapi lihatlah jauh ke dalam mata ini
sebagaimana bayang-bayang kamu 
yang ada di mata hitam ku
begitulah kamu tersemat indah di dalam hatiku


P/S : Malam ini saya merajuk dengan si TUNANG

Majlis Sambutan UMNO ke 66

Assalammualaikum to all my muslim friends and salam sejahtera for non...

Happy to see u all again in my blogger... Hopefully u all semua sihat-sihat hendaknya ok... Today aku nak kongsi kenangan aku masa aku gi Stadium Bukit Jalil bagi majlis Sambutan UMNO yang ke 66. Firstly pendapat aku sebelum aku gi sana memang membosankan. Tapi bila aku dan sampai fuhhhhhhhhhh..memang meriah sangat-sangat... Berhimpuan bersama ratusan pejuang dan penyokong UMNO make me proud to be rakyat malaysia... 

Aku nak berkongsi sikit gambar-gambar aku.. Tak banyak...ada 5 keping jer gambar yang ada muka aku.. sad... very2 sad.. selebihnyer semua gambar adik aku.. hehehehe.. tapi gambar tu aku tak upload in this blog k... :p



Nie gambar mase kitaorang tengah duduk sambil tunggu bas... Janji bas datang pukul 3 and ketua suruh berkumpul awal.. tapi pukul 3lebey baru bas sampai.. cehhh... lupa plak nak ambil gambar dalam bas tu.. memang buruk gile.. tempat duduk aku pun boleh bergerak-gerak.. punya lah ppower bas tu.. dia jer yg ada tempat duduk yang boleh terangkat-angkat... ahahahaha...




Nie gambar kitaorang ambil selepas turun dari bas.. Perkarangan letak bas di stadium.. Tapi belum lagi tiba stadium masa ini. Kitaorang kena berjalan about 20minutes tok sampai kat stadium. Kalau yang muda nie boleh lah dikatakan kuat tok berjalan. Kalau yang dah tua-tua tu sampai semput tengah2 jalan. Aduh.. memang kecian aku tengok.. 


Sampai jer kat perkarangan stadium tu kitaorang duduk kejap lepas kan penat and tengok2 aktiviti yang dijalankan kat sana. Memang happening sangat-sangat... Sana sini penuh dengan aktiviti.. 


Dah puas duduk operasi seterusnya adalah mencari makanan.. Perut aku pun masa tu memang pedih sangat. Upset sangat bila gerai jualan makanan semuanya sold out. nak menangis jer rasa masa tu. Tunggu punye tunggu last2 ada juga ayam masak kurma. Aku pun tanpa menunggu sesaat dua terus ajak adik aku pergi serang.. Nasi dengan ayam kurma berharga RM4. lantaklah..yang penting aku kenyang. Tapi..bila aku dah bayar harga makanan yang aku ambil, baru favourite food aku keluar... Ayam goreng........... 

NAK AYAM GORENG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Sedapnye ayam goreng.. isk..iskk..iskkk... 

P/s : aku memang peminat setia ayam goreng.. hehehehe... betol..betol..betol..... 

Wednesday, May 9, 2012

Diri Aku Sehingga 9 May 2012

Alhamdulillah.. Sekarang aku telah bergelar tunangan orang. Hari bersejarah dalam hidup aku. Tanggal 21 April akan bersemadi dalam kotak fikiran aku sebagai tunangan orang. InsyaAllah aku akan melakukan yang terbaik dan memberi yang terbaik sepanjang perhubungan ini. InsyaAllah dengan rezeki yang tuhan berikan, aku akan bergelar isteri kepada insan yang sudi menerima aku, EDDY dalam tahun ini juga. Dan apa yang aku harapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.

Tempoh perkenalan kami amat singkat tapi cukup bermakna. Lebih-lebih lagi apabila dia dengan tekad tetap ingin menjadikan aku suri dalam hidupnya. Dia adalah jodoh yang telah ditetapkan untuk aku. Untuk bersamanya dan berkongsi hidup dengannya satu hari nanti, aku harus mempersiapkan rohani aku supaya ikhlas dalam setiap apa yang aku lakukan. Ikhlas dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Apa yang aku harapkan dia tidak akan menyesal memperisterikan aku.

Aku bukan wanita yang sempurna, yang mampu menjadi penghuni syurga bila tibanya ajal aku. Kerana aku tahu betapa daifnya aku sebagai seorang Islam. Semoga dia dapat memimpin aku ke arah itu dan bersama-sama dapat melangkah ke pintu syurga. Aku bersyukur dengan setiap apa yang aku lalui kerana menjadikan aku seorang wanita yang cekal dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Sayang...seandainya tuhan telah merencanakan untuk 
aku berjumpa dan mengasihi kamu
maka kau titipkan sedikit rasa kebahagiaan di
dalam diri ini
Supaya aku sentiasa merasakan bahawa
aku masih layak untuk disayangi..

Sayang..seandainya aku pernah
meminta kau meninggalkan aku dulu
kerana insan yang pernah hadir dalam hidup aku
sehingga mengecewakan kamu
maafkan aku..

Sayang...seandainya aku pernah
melukakan hati kecil mu
kerana aku tidak menerima kehadiranmu
satu ketika dulu
maafkan aku..

Tapi kini, aku sedar..
tuhan telah mempertemukan kita dengan caraNya 
yang tersendiri
Dan menunjukkan betapa indahnya
sesuatu perhubungan yang didirikan
atas dasar kasih tanpa membelakangkan cara Islam..
Izinkan aku untuk mengasihi dan 
menyayangi dirimu..
Dan izinkan aku untuk mengemis setitis kasih sayang
darimu..

p/s : Terima kasih kerana sudi menerima diri ini.. :)

Saturday, April 14, 2012

Hati ini

Lama aku tak aktif dengan blog aku nie. Aku tidak tahu apa yang harus aku luahkan. Aku tidak mahu segala luahan hati aku memberi pandangan dan sering disalahertikan oleh segelintir "pihak" sehinggakan aku tawar hati untuk meluahkan apa jua perasaan yang bersarang di benak akal dan fikiran aku.

Aku pernah dipalitkan dengan pelbagai kata-kata "manis" oleh insan yang pernah hadir menyemai kasih dan sayang dalam diri aku, sehinggakan sampai ke satu tahap aku berasa benar-benar tidak mampu untuk bangkit dan hidup. Tapi keluarga sentiasa ada di sisi memberi semangat dan sentiasa menemani aku. Kadang-kala aku berasa menyesal mengenali insan itu, menyesal memberikan kasih sayang yang ikhlas terhadap dia tapi kerana pada saat itu dialah segala-galanya untuk aku, aku tepis perasaan negatif itu. Aku tidak mampu mengeluarkan kata-kata kesat pada dia kerana aku pernah menyayangi dan mencintai dia. Kerana dia pernah hadir mewarnai hidup aku. Cuma ditakdirkan bukan jodoh aku dengan dia. Aku pasrah demi masa depan dan keluarga. Segala kata-kata yang dia keluarkan aku hanya mampu telan. Aku tidak mahu melawan dan berbalah kerana aku pasti akan tewas. Walaupun herdikan demi herdikan menerjah masuk di telinga ini, aku hanya mampu menangis.

Masa yang terindah kini semua telah berakhir
Karena kau berubah tak seperti dulu lagi
Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya hatiku

Kau anggap diriku
Melihatmu dengan sebelah matamu
Dilema tuk diriku mencintai mengerti kamu

Biarkan aku bersalah di depan matamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namun ku terlanjur cinta

* Lirik lagu Aku Tidak Berdaya

Redhakan aku dengan kehidupan baruku. Walau apa jua kata-katamu, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dan ketenangan hati untukmu. Maafkan aku... 

Sunday, April 1, 2012

Kehidupan Baru

Assalammualaikum..

Rasanya sudah lama aku tak update blog aku nie. Lepas aku balik dari Sarawak, aku jarang mengadap laptop. Kalau nak cerita sepanjang perjalanan kehidupan aku selepas balik dari Sarawak nie memang ada yang baik dan ada juga yang buruk... Banyak perkara yang telah mematangkan akal dan fikiran aku. 

Bila bercerita sesuatu yang berkaitan dengan pasangan hidup, jujur aku katakan aku tewas dalam mempertahankan cinta yang aku agungkan selama ini. Tetapi aku pasrah dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Dan aku harap sekiranya dia adalah jodoh aku, dia mampu menjaga aku sebaiknya dan bertanggungjawab ke atas aku..


Friday, March 23, 2012

ya Allah..seandainya ini adalah ujian dari Mu, Kau permudahkanlah segalanya ya Allah.. Aku buntu dalam mencari jawapan. Aku bingung dalam membuat keputusan. Mencari yang terbaik untuk aku dan masa depan aku..