Pages

Tuesday, October 11, 2011

Cinta Hati Aku

Kadang-kala aku sentiasa inginkan cinta. Aku cemburu bila orang bercinta. Aku cemburu bila melihat orang yang bercinta itu bahagia. Hehe... Kadang-kala aku inginkan dan aku berharap orang yang sentiasa bahagia itu adalah aku. Kadang-kala aku membayangkan di dalam drama-drama cinta heroinnya adalah aku. Hahahaha... Tapi aku tahu.Aku tidak akan mungkin dapat cinta yang sebegitu indah. Bagi aku cinta itu adalah laut. Ada pasang dan ada juga surutnya. Bila cinta itu pasang, aku rasakan dunia nie adalah aku yang punya.Tapi bila cinta itu tengah surut, emmm..aku rasakan lebih bagus aku sendiri.

Sekarang aku punya cinta hati. Kadang-kala menyenangkan hati. Tetapi kadangkala menyakit. Macam lagu sambal belacan.. Cinta itu boleh diibaratkan bagai makan sambal belacan. Walau pedas hingga mengalirkan airmata, masih mahu dimakan jua.

Sebut pasal cinta hati nie, siapa yang tidak sayangkan cinta hati sendiri kan. Walaupun mulut mengatakan benci tapi hati tetap akan ingat. Tetap akan fikir cinta hati aku makan atau tidak, sihat atau tidak. Itulah pertanyaan yang sentiasa bermain di kotak fikiran aku setiap kali aku tidak berhubung dengan cinta hati. Merajuk lah konon.

Tapi kalau orang yang betul-betul mengenali siapa aku yang sebenarnya, tentu dia akan faham apa yang aku suka, apa yang aku tidak suka. Pertanyaan apa yang boleh diterima dan juga pertanyaan apa yang tidak boleh diterima. Maklumlah orang perempuan nie, terkenal dengan sifat yang terlalu sensitif. Terutama yang berkaitan dengan diri sendiri. :)

No comments:

Post a Comment