Pages

Wednesday, October 12, 2011

Aku masih bertanya

Aku kunci jam 5 pagi. Tapi aku bangun jam 630 pagi. Bangun jer dari katil terus aku ambil barang mandian aku. Konon hendak pergi mandi. Keluar je dari bilik, my roomate cakap air tadi. Aduh...first mengeluh untuk hari nie. Hahaha.. Aku pun turun gi aras bawah dengan roomate aku. Kelas aku dah lah jam 730. Menyesal juga bangun lambat tadi. Queue up juga k tunggu turn. Tungu punya tunggu sampai lah turn aku untuk mandi. Dah settle mandi aku naik bilik and bersiap-siap untuk turun kelas. Nasib ari nie hari rabu. Biasanya kalau hari rabu aku pkai baju korporat. Betol ker aku eja nie? Hentam je lah. Hahaha...

OK, sambung cerita. Bila dah bersiap semua and aku rasa aku memang dah cukup cun ( walaupun tak bape nak cun) dengan penuh semangat aku pun turun lah kelas. Kelas pertama untuk hari nie kelas web programming. Kelas tu memang best coz lecturer tu pun macam sporting lah. First-first masuk jer lecturer dah minta semua sofcopy dari lab 1 sampai lab 8.Aduhhhhh.... Keluhan aku yang kedua untuk hari ini. Dasyatkan aku. Pagi jer dah ada dua keluhan. Sebab aku lupa kat mana aku simpan semua softcopy aku tu. Dah lah coding tu semua aku wat sendiri. No copy and paste k mcm "orang lain". Usaha tangga jaya..

Pas abis kelas web, aku and member-member lain pun tunggu untuk second class jam 1030. Tunggu punya tunggu tup2 lecturer tipon kelas dibatalkan. Aduhhhhhhhh... keluhan yang ketiga. Kenapa lah tak inform awal-awal. Boleh aku terus balik jer. Hehehehe... The new tops news kami diberitahu bahawa ujian untuk kursus sun java yang tertangguh selama hampir sebulan nie akan diadakan pada esok hari!!!!!!!!!!!!!! Arghhhhhhhh tidak.. Dah lah aku lupa apa yang aku dah belajar.. Gile!!!

Banyak sangat aku nak pikir. Aku masih bertanya. adakah aku mampu bertahan semester ini? Ya Allah..kuatkan semangat aku ya Allah... 

Tuesday, October 11, 2011

Kadang-kala aku sentiasa inginkan cinta. Aku cemburu bila orang bercinta. Aku cemburu bila melihat orang yang bercinta itu bahagia. Hehe... Kadang-kala aku inginkan dan aku berharap orang yang sentiasa bahagia itu adalah aku. Kadang-kala aku membayangkan di dalam drama-drama cinta heroinnya adalah aku. Hahahaha... Tapi aku tahu.Aku tidak akan mungkin dapat cinta yang sebegitu indah. Bagi aku cinta itu adalah laut. Ada pasang dan ada juga surutnya. Bila cinta itu pasang, aku rasakan dunia nie adalah aku yang punya.Tapi bila cinta itu tengah surut, emmm..aku rasakan lebih bagus aku sendiri.

Sekarang aku punya cinta hati. Kadang-kala menyenangkan hati. Tetapi kadangkala menyakit. Macam lagu sambal belacan.. Cinta itu boleh diibaratkan bagai makan sambal belacan. Walau pedas hingga mengalirkan airmata, masih mahu dimakan jua.

Sebut pasal cinta hati nie, siapa yang tidak sayangkan cinta hati sendiri kan. Walaupun mulut mengatakan benci tapi hati tetap akan ingat. Tetap akan fikir cinta hati aku makan atau tidak, sihat atau tidak. Itulah pertanyaan yang sentiasa bermain di kotak fikiran aku setiap kali aku tidak berhubung dengan cinta hati. Merajuk lah konon.

Tapi kalau orang yang betul-betul mengenali siapa aku yang sebenarnya, tentu dia akan faham apa yang aku suka, apa yang aku tidak suka. Pertanyaan apa yang boleh diterima dan juga pertanyaan apa yang tidak boleh diterima. Maklumlah orang perempuan nie, terkenal dengan sifat yang terlalu sensitif. Terutama yang berkaitan dengan diri sendiri. :)

Cinta Hati Aku

Monday, October 10, 2011

Tabahkah Aku?

Hari ini merupakan hari yang begitu memberi tekanan kepada aku. Aku tidak tahu dari mana aku harus memulakan cerita. Setiap kesedihan yang terpalit di dalam diri aku membuatkan aku begitu tertekan. 17/10/2011 merupakan tarikh keramat bagi pelajar semester akhir di Politeknik Mukah Sarawak. Projek akhir akan dibentangkan. Aku berasa gelisah setiap kali aku memikirkan berkaitan dengan sistem yang aku bangunkan. Aku tidak mampu untuk berfikir sendiri tapi itulah yang harus aku tempuh. Aku tiada tali untuk aku bergantung, Aku tiada dahan untuk aku berpaut. Sehinggakan aku rasa beban yang aku pikul berlipat kali ganda. Ya Allah.Sesungguhnya setiap ujian yang Kau berikan kepada hambaMu mempunyai hikmah. Kau kuatkanlah semangat aku ya Allah. Amin...

Hanya doa yang memberikan aku ketenangan. Kerana aku yakin Allah itu sentiasa mendengar setiap apa jua yang keluar dari mulut aku mahupun yang tersirat di dalam hati aku.

Bertambah lagi beban aku dengan masalah duit yang aku hadapi. Walaupun begitu, aku tetap akan cuba bertahan dan tidak akan menyusahkan sesiapa sahaja. Walaupun kadang-kala secara tidak langsung airmata akan menitis keluar apabila mengenangkan semua ujian Allah, aku tetap bertahan dan bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada aku. Sungguh aku cemburu apabila melihat persekitaran keliling yang mewah bila dibandingkan dengan aku, makan tidak tentu, cuma air peneman setia. Semua ini meningkatkan kematangan aku dalam mengenali erti hidup yang sebenar. Kepayahan dan kesusahan yang aku alami sekarang akan berakhir dengan kejayaan di masa hadapan. Itulah yang aku harap-harapkan.

Dan impian aku adalah untuk berkongsi kejayaan aku bersama-sama kedua ibu dan bapa aku. Kerana mereka lah sumber kejayaan aku. Dan aku tidak akan mensia-siakan setiap sen, titik peluh, tangisan yang mereka keluarkan untuk membesar dan melihat aku berjaya. 

Ibu, Ayah...
Tiba masanya untuk membalas jasa kalian membesarkan aku, ketahuilah setiap saat aku hanya berfikir untuk memberi kesenangan hidup untuk kalian. Betapa susahnya membesarkan aku dan adik beradik yang lain dari kecil sehingga sekarang dalam keadaan susah, terpaksa meminjam wang untuk persekolahan kami.

Ibu,Ayah..
Berdoalah agar Allah memanjangkan umur ku. Untuk aku membalas setiap titik peluh yang membesarkan aku. Airmata ini akan menjadi saksi dan sumpah bahawa aku akan menjaga kalian hingga ke akhir nafasku.

Ibu, Ayah..
Ketahuilah..aku ingin merasai nikmat dan kasih sayang dari kalian. Aku ingin kalian sentiasa berasa gembira dan bahagia antara satu sama lain. Setiap malam, sebelum aku melelapkan mata, aku berdoa semoga Allah memberi kebahagiaan kepada kalian. Allah itu Maha Mengasihi.

Cuma tinggal sebulan sahaja lagi aku di sarawak ini. Dan aku akan pulang ke kampung halaman. 6 bulan memberi kerinduan yang amat mendalam kepada ahli keluarga aku. Dan seperti biasa, setiap kali aku pulang ke rumah, nekad aku cuma ingin menjadikan keluarga aku sentiasa dipenuhi dengan sifat kasih dan sayang antara satu sama lain.

Emak.. Kaulah yang sentiasa membakar semangat kami, yang sentiasa menangis kerana kami. Yang sanggup berlapar kerana kami. Begitu besar pengorbananmu ibu.
Ayah.. Sungguhpun kau tidak menzahirkan kasih sayang kepada anak-anakmu, tetapi aku tahu kau sebenarnya mengasihi kami dengan setiap kemarahanmu.
Abang, Kakak, Adik... Kamulah yang sentiasa menemani aku, bersama-sama waktu susah dan senang aku.