Pages

Wednesday, September 7, 2011

Gara-gara duit raya

Tengah-tengah best aku baca on9 news nie, ada satu berita yang menarik perhatian aku untuk aku kongsikan kat blog aku nie. Tajuk news tu "Berang duit raya RM1". Nak gelak pun ada. Ye lah, aku dulu dapat 50sen pun punyalah happy satu badan. Ok, kita kongsi dulu berita nie. Cerita dia macam nie,

Ada seorang warga emas nie (lelaki) marah bila dia dapat tahu cucu-cucu dia cuma dapat duit raya rm1 dari mak dia sendiri (tapi berlainan bapa ok). Dia mengamuk sampai rosakkan barang-barang campur maki-maki pada dua adik perempuan dia, kononya adik perempuan dia nie yang control duit mak dia. 

ROSAK...Noleha menunjukkan pagar rumahnya yang dirosakkan abangnya kerana tidak berpuas hati cucunya kerana memperoleh duit raya RM1.
Sampai pagar pun bengkok-bengkok.. Dasyat.
Kejadian nie berlaku di Kuala Terengganu. Memang orang kata kerana duit nie kadang-kala manusia sanggup berbunuh. Tapi kalau gara-gara rm1 nie..emmm... entahlah.. Kesian kat adik-adik dia terpaksa tanggung akibat. Sedangkan kat cucu-cucu yang lain pun, anak-anak mereka pun dapat rm1 juga. Kepada warga emas tersebut, rm1 tu pun rezeki juga kan. Jadi kita kena lah bersyukur seadanya. Jangan sampai nikmat dunia kita ditarik oleh Allah SWT gara-gara manusia yang tidak tahu bersyukur. Sama-samalah kita renungkan OK...
Senyum..tak perlu kata apa.. keep it up!.

No comments:

Post a Comment