Pages

Tuesday, July 12, 2011

Sengsaranya tiada makanan :-(

Hari ni adalah hari kedua aku di poli. Aku bangun jam 650. Guling nyer guling jam 710 baru aku bangun mandi dan mencuci pakaian aku. Hari pertama aku menyuci pakaian dengan tangan setelah 2bulan aku menggunakan mesin basuh di rumah. Haha... Dari tingkat dua kena turun ke tingkat satu menjemur pakaian. Beratnya rasa angkat baldi tu. Fuhhhhhhhh....

Bila habis menyuci aku terus masuk ke bilik. Perut aku mula berbunyi. Aduhhh..laparnya aku rasa. Tiada satu pun makanan yang ada di dalam bilik aku nie. Sengsara betul. Nak seterika baju pun kena pinjam bilik sebelah. Dugaan. Jadi petang nie aku akan ke pekan dan membeli makanan. InsyaAllah kalau ada rezeki aku hendak beli seterika baju. Tidak perlulah aku susah-susah hari-hari hendak ke sebelah meminjam seterika. 

Jadi, aku pun suruhlah teman sebilik aku menyediakan senarai keperluan bilik yang hendak dibeli. Aku nak beli tapi sayang aku suruh kongsi-kongsi duit untuk beli barangan keperluan dalam bilik nie. Aku OK saja lah. Kalau aku beli nanti dia segan nak guna plak. So dengan berkongsi dapat lagi mengeratkan aku dengan teman sebilik aku. Korang pun kena juga berfikiran macam ni. Jangan berkongsi suami dah lah yer.... 

Sekarang masa untuk bersiap-siap. Nak pergi ke jabatan dan daftar modul. Harap-harap hari nie belum ada kelas. So perancangan untuk hari nie akan berjalan dengan lancar. Untuk membeli BARANGAN KEPERLUAN, MAKANAN dan lain-lain. :-)

Ingat satu perkara,
SENYUM :-) tak perlu kata apa-apa.
Love u all...

No comments:

Post a Comment