Pages

Monday, July 11, 2011

Semester Baru Julai 2011

Sekarang bermulanya satu lagi episod baru dalam hidup aku.
Aku sekarang sudah bergelar pelajar akhir.
Walaupun ada ramai kawan-kawan seusia aku sudah memegang segulung ijazah dan juga ada yang sudah menyandang jawatan tinggi,
tapi aku tetap berbangga dengan diri aku.
Sekurang-kurang nya aku masih lagi mempunyai azam untuk meneruskan pengajian walaupun baru di peringkat diploma. 
Dan aku bersyukur,
sekarang aku sudah berada di semester enam.
Walaupun pada mulanya aku bertekad untuk berhenti pengajian kerana masalah kewangan yang dihadapi keluarga,
tapi syukur alhamdulillah..

Rezeki itu sentiasa ada. Terima kasih pada ibu RUSNAH BINTI OMAR dan abah YUSOF BIN RASOL yang sentiasa memberi semangat kepada aku meneruskan pengajian.

Berada di semester baru dengan suasana bilik yang baru merupakan perkara yang sudah aku alami selama hampir 3 tahun. 
Aku masih betah berada di negeri orang walaupun jauh dari keluarga.
Aku berharap aku mampu melakukan yang terbaik untuk semester terakhir ini sebagai hadiah kepada ibu bapa aku yang bakal menemani aku semasa konvokesyen aku.
Aku berdoa umur aku, umur kedua ibu bapa aku dipanjangkan supaya sama-sama dapat meraikan kejayaan aku. 
Mungkin aku bukan pelajar terbaik,
cuma aku mengharapkan dapat memberikan apa yang mampu aku lakukan untuk membuatkan mereka bangga. Setiap kepercayaan, pengorbanan yang mereka lakukan akan aku kenang hingga ke akhir hayat aku.

Blok B3, aras 2, bilik bernombor 29 menjadi titik permulaan aku bersama teman sebilik kesayangan aku merangkap insan yang sudah aku anggap seperti adik kandung aku sendiri,
SAFAWATI ZAWANAH PUTRI..
Berkongsi gelak ketawa bersama rakan-rakan DIP6,DNS6 yang lain membuatkan kerinduan aku kepada keluarga terubat.

Dan sekarang adalah masa untuk aku fokus pada semester terakhir aku. 
InsyaAllah aku akan sentiasa lebih matang dalam setiap perkara yang berlaku di depan mata aku.
Love my family, Love my love, Love my friend.
:)

No comments:

Post a Comment