Pages

Wednesday, July 13, 2011

Insan Berjaya

Insan yang ingin berjaya adalah insan yang yakin dengan setiap apa yang dilakukan dan juga harus bijak untuk membuat keputusan dalam hidup. Insan yang gagal pula adalah insan yang sering mengikut kata dan tindakan orang lain. Insan seperti ini dikategorikan sebagai insan yang tidak yakin dengan apa jua yang perlu dilakukan dalam hidup. Sebagai seorang manusia, kita telah dikurniakan sebaik-baik akal fikiran untuk kita mampu berfikir dan juga berpijak di atas kaki kita sendiri.

Ini adalah kata-kata yang aku pegang dari aku mula menjejakkan kaki di pengajian tinggi kerana aku tidak mahu kegagalan yang aku hadapi di suatu masa dulu merantai dan membelenggu hidup aku sampai bila-bila. Aku juga ingin menjadi insan yang berjaya seperti orang lain. Biar lambat asalkan ada matlamat.

Hari ini aku sudah masuk kelas. Dan macam biasa pensyarah cuma menerangkan perkara-perkara berkaitan pengenalan serba-sedikit dengan modul yang akan dipelajari kelak. Untuk semester akhir ini aku mengambil 5 modul. Java Programming, Web Programming, Network Security, English Purposes dan juga untuk modul untuk final projek kami nanti. Agak mencabar dan jam kredit untuk setiap modul juga tinggi. Jadi jalan mudah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik adalah SKOR.

Rutin harian aku berjalan seperti biasa. Bila pensyarah tanya berkaitan perkembangan projek akhir, aku hanya mampu tersenyum. Sebab aku masih lagi belum mulakan langkah pertama. Terlalu banyak benda yang perlu difikirkan untuk projek akhir sehinggakan aku tidak tahu untuk bermula dari mana. Aku berharap semuanya berjalan dengan lancar. 


No comments:

Post a Comment