Pages

Tuesday, July 12, 2011

First Day "SENYUM" :-)

Hari Isnin pertama di Politeknik Mukah Sarawak. Hari Ahad selesai pendaftaran asrama. Hari Isnin dalam kol 900 aku dengan member DNS6 pergi daftar untuk pengajian dan juga yuran koperasi. Member aku cakap di politeknik lain tak ada pun dikenakan yuran koperasi. Cuma bayar yuran pengajian rm200 dan juga yuran asrama rm60. Aku tak tahu lah kenapa kat sini dikenakan yuran koperasi. Tapi tak payahlah nak pikir sangat. Dah bayar dah pun rm150 untuk yuran koperasi.

Kakitangan yang jaga untuk kaunter student IT memang sombong. Bukan aku nak mengutuk tapi sekurang-kurangnya cara percakapan tu biarlah bersopan. Senyum dengan student pun susah. Tak ingat ke lagu yang selalu dalam TV tu. "SENYUM,TAK PERLU KATA APA-APA". Kalau nak tegas memang boleh tapi tegasnya biar kena pada tempat. Most of member-member aku tadi merungut dengan cara kakitangan tu menguruskan kaunter. Hampir jam 1130 baru selesai semua pendaftaran. 

Hari Selasa mendaftar untuk modul. Harap-haraplah pensyarah ada. Boleh tahu jadual pembelajaran sekali macam mana. Mudah sikit kerja student. Bukannya apa, aku malas nak naik pejabat banyak kali. Kalau semua hal dah selesai barulah aku rasa lega. Belajar pun tenang.

Teman sebilik aku kurang sihat. Aku punya kesihatan pun agak kurang memuaskan. Selesema dah beransur pulih. Cuma pening-pening dan batuk masih lah bersisa dari Melaka. Tapi harap-harap semua berjalan dengan lancar esok. Sekarang aku tengah cari lirik lagu SENYUM khas untuk kakitangan yang terasa susah untuk beramah mesra dengan pelajar. Jangan pandang hina kepada kami golongan pelajar-pelajar. Walaupun anda sudah bekerjaya tapi insyaAllah ada juga di antara kami yang bakal seiring dengan anda satu hari nanti. Hidup ini memang ditakdirkan ibarat roda. Seandainya kita berada di atas, jangan sesekali merasa takbur atau riak kerana di satu saat nanti kita pasti akan jatuh juga di bawah.

Mungkin ramai yang dah tahu or mungkin juga ramai yang sudah hafal lirik lagu ni, tapi aku masih lagi belum hafal. Jadi sama-samalah kita hayati lirik lagu SENYUM nie. Tak susah pun nak senyum. Duit pun tak perlu keluar. Advance lagi dengan dapat pahala. Beruntungkan :-)

Enjoy......................

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia pun tiada penyakit

Senyum tak perlu kata apa-apa (4x)

Sikit je lah yang aku taip. Yang penting SENYUMMMMMMMM :-) 
Selamat malam semua...
Salam sayang dari cik iqenz...
Love u all...


No comments:

Post a Comment