Pages

Wednesday, May 4, 2011

Tanah Air

Akhirnya aku sampai juga kat kampung aku.. dah lama juga aku tinggalkan blog aku nie tanpa cite ape2 pun. Maklumlah sejak dua menjak nie aku busy skit dengan final exam aku. fuh... akhirnya aku berjaya juga menghadapi exam aku. Tapi aku nak cakap soklan final aku sem nie memang killer berhabis. Aku sendiri pun tak dapat nak target sangat untuk sem nie. Just sekarang nie aku redha jer lah dengan result yang aku dapat nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki aku, penat lelah aku selama nie akan menghasilkan keputusan yang baik. Doakan aku k..

Skrg nie aku ada kt kampung. Aku sampai 30hb ari tu. Flight aku sampai lcct jam 8.00pm. Aku tggu family aku amk aku dalam kol 8.40 mlm bru smpai. Punyer ler lama aku tnggu. Tp aku dah biasa dah. Janji aku dah smpai umah sekarang. Masa kt asrama lyn smua member2. Dah tiba jer kt umah aku kena mlyan plak ank2 buah aku nie.. aduh,,,giler.... 3orang nyer perangai sampai wat kan aku giler. sorang nak tu, sorang nak nie... fuhhh... 

Tapi best layan dowg nie.Cuma kadang-kadang kalau tak tahan sangat aku wat tak tahu jer lah.. Hahahaha.. Rindu plak dengan member2 DNS. Mmg sempoi giler... Perangai memang giler2. Sekarang nie tgh heboh berita berkaitan kematian osama. Ada plak gambar yang diedit untuk menunjukkan tu lah gambar osama masa dia kena tembak. Aku no komen lah. Just follow jer berita arwah macam mana. 

Sebut jer pasal arwah aku  teringat arwah abg aku. Sehari sebelum aku balik kampung, aku mimpi arwah. Lain betol perangai dia dalam mimpi aku tu. Panas baran.. Muka dia pun lain semacam. Aku sedekahkan al-Fatihah pada arwah. Harap2 roh dia tenang kat sana. Mungkin salah aku dah leka dengan pelajaran, dengan kekasih hati sampai aku lupa sedekahkah Yaasin dgn al-Fatihah pada arwah.. :-( 

Pada semua yang sudi baca blog aku nie, sekiranya korang ada kehilangan ahli keluarga korang, 
rajin2 lah sedekah kan pada arwah k. Jangan lupa dunia hanya sementara. Akhirat yang kekal abadi.
Bersama-samalah kita membantu antara satu sama lain.. 
InsyaAllah

No comments:

Post a Comment