Pages

Thursday, May 19, 2011

Masih merindu?

Kosong blog aku sekarang. Adakah orang masih merindui kata-kata dari aku? tapi apa yang aku hendak kongsikan? apa yang ingin aku coretkan?  Tiada kata... Kenapa tajuk blog aku nie masih merindu? apa yang aku rindukan? siapa yang aku rindukan?

Kadang-kala orang mengatakan luahkanlah segala apa yang terkandung di dalam hati supaya anda akan rasa lega..tapi kadang-kala apabila kita mencurahkan ada insan lain yang akan merasa salah faham. Apabila kita berbalik kepada hikmah mengapa manusia dipilih menjadi khalifah di muka bumi, antara salah satu hikmahnya adalah kerana manusia memahami apa yang manusia inginkan. Naluri manusia adalah sama. Itulah sebab manusia dilantik menjadi khalifah di muka bumi Allah..

Cuma perasaan manusia nie berbeza. Bila kita fikir lain, orang lain akan mentafsirkan lain. Untuk mencari insan yang benar-benar memahami apa yang cuba kita luahkan memang sukar..

Jadi disebabkan isu-isu ini adalah lebih baik isu-isu sensitif seperti ini, aku simpan je dalam hati. Orang tidak akan tahu dan tidak ada siapa yang akan kecil hati.. Tapi yang pasti, aku masih merindui..dan akan sentiasa merindui....

No comments:

Post a Comment