Pages

Saturday, March 5, 2011

Kesusahan hidup dahulu (Part1)

Aku nak berkongsi pada semua kesusahan zaman kanak-kanak aku dulu. First aku menjejakkan kaki ke sekolah adalah tahun 1995. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Merlimau. Keluarga aku pernah menumpang  di rumah nenek aku di chinchin. Jauh perjalanan aku dari rumah ke sekolah. Boleh dikatakan satu jam. Bapa aku tiada kereta. Hanya berbekalkan motor honda lama pada masa ini, dia menghantar dan menjemput kami adik beradik pergi dan balik sekolah. Perbezaan umur kami tidak begitu ketara. Abg mamat darjah 2, abg bond darjah 5 dan seorang kakak ku darjah 4 pada waktu ini. Satu motor kami adik beradik naik sehingga lima orang. Bapa ku tambah kusyen di bahagia belakang moto untuk keselesaan kami. Siapa kata bapa tak sayang kami??

Kedatangan kami tidak pernah penuh. Kadang-kala bila tiba waktu ujan, kami terpaksa tidak datang kelas. Ada laluan kami melalui satu terowong dan terowong itu pasti akan banjir setiap kali hujan lebat. Pernah suatu ketika, kami terpaksa berteduh di kebun getah sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Gara-gara hujan lebat. Tapi mungkin waktu itu aku masih kecil, aku tidak mengerti erti kesusahan. Ada suatu masa bapa lambat datang untuk menjemput kami. Kami adik beradik ambil keputusan untuk jalan kaki. Bayangkan pada waktu itu kami masih kanak-kanak. Abg aku tolong angkat beg aku pada masa tu. Memang letih. Jauh kami berjalan. Di setengah perjalanan baru bapa datang. Motor rosak pada masa tu kalau tak silap aku. Tapi aku bersyukur, keputusan peperiksaan aku semuanya memberansangkan. Setiap tahun aku akan mendapat hadiah berdasarkan keputusan aku.Dan setiap tahun itu juga bapa ada untuk melihat aku mengambil hadiah. Aku juga mewakili sekolah untuk bertandingan bercerita Kisah Dari Al-Quran dari darjah 3 sehingga darjah 6.

Aku juga pernah menjual jambu di sekolah ketika aku tingkatan satu. Pada waktu ini aku duduk di estate. Tidak lagi menginap di rumah nenek aku. Semuanya kerana ingin mengumpul duit untuk tambang ke sekolah. Ibu dulu bekerja di sebuah kilang papan. masuk pukul 3 dan akan pulang jam 11 malam. Aku dan kakak ku akan menunggu ibu pulang dari kerja. Ibu membawa jambu yang dibeli secara borong untuk kami berjual di sekolah. Kadang-kala bila aku tertidur, akak aku akan memotong dan membungkus jambu-jambu sendirian. Bila aku bangun aku just tahu aku bawa jambu and berjual gi sekolah. Duit belanja kami pada masa itu rm2. Tambang pergi dan balik rm1.20. Cuma ada balance rm0.80 dalam tangan kami. Kadang-kala bila ibu tiada duit, kami tidak dapat datang ke kelas. Kami tiada duit untuk bayar tambang. Pernah suatu hari aku tanya kepada akak aku macam mana dia simpan duit. Macam mana dia boleh ada duit. Dia simpan setiap baki rm0.80 setiap hari. Dia tak belanja di kantin macam aku. 

Start pada hari tu Aku ikut cara dia. Aku tak belanja rm0.80 aku. Aku simpan untuk membayar tambang bas sekiranya ibu tidak dapat memberi kami duit belanja. Walaupun cemburu dengan rakan-rakan yang lain, tapi demi persekolah, kami harus melakukan pengorbanan ini. 

* Aku berhenti setakat ini. Aku akan sambung kemudian perjalanan hidup aku...

No comments:

Post a Comment