Pages

Wednesday, March 23, 2011

Kerana janji aku turutkan

Cinta yang tidak kesampaian amat perit bagi Suhana. Menanggung rindu untuk kesekian kali mengingati setiap kenangan manis yang pernah bersarang di dalam ingatan Suhana.

Jam menunjukkan pukul 7pagi. Suhana harus bergegas ke kantin. Itulah rutin yang dilakukan oleh Suhana setiap kali hujung minggu. Mengambil upah bekerja di kantin pusat pemanduan. Di kantin itulah bermulanya detik pertemuan antara Suhana dan Iman. Tanpa disedari pertemuan pertama itu akhirnya membibitkan buih-buih cinta. Ketika sibuk berkemas, Suhana melihat Iman memberi isyarat dari jauh. Meletakkan jari di telinga sebagai isyarat meminta nombor telefon. Suhana hanya tersenyum dari jauh. Agak jual mahal pada masa itu sedangkan hati Suhana sudah berbunga-bunga keriangan. Memang sejak Iman mengikuti kuliah di pusat pemanduan itu Suhana sudah tertarik dengan raut wajah Iman. Suhana hanya mengangguk dari jauh tanda bersetuju memberi nombor telefon pada Iman. Iman tersenyum dari jauh. Sebelum berangkat pulang Suhana didatangi wakil-wakil dari Iman untuk mengambil nombor telefon Suhana. Lucu Suhana rasakan pada masa itu. Suhana menghantar kepulangan Iman dengan senyuman yang tidak henti. Begitu juga Iman. Bermula pada malam itulah Suhana mula didatangi mesej-mesej dari Iman. Dari bersahabat sehinggalah bercinta. Apabila Iman mula melanjutkan pelajaran, perhubungan mereka mula renggang dan akhirnya percintaan mereka terhenti di tengah jalan.

Suhana tersilap kerana memutuskan perhubungan mereka hanya disebabkan antara mereka kurang berhubung. Tetapi walau apa pun yang berlaku, mereka memutuskan untuk menjadi kawan agar mereka tetap dapat berhubung antara satu sama lain.Dalam masa yang sama Suhana masih mencintai Iman seperti dulu. Hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun mereka berkawan dan dalam masa itulah Suhana tidak berhenti mencintai dan menyayangi Iman. Pernah Suhana meluahkan kepada Iman tentang perasaannya kepada Iman dengan harapan percintaan mereka dapat bertaut kembali. Tetapi Iman lebih selesa apabila mereka berkawan. Suhana hampa.

Suhana mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran. Tanpa disedari hati Suhana diketuk semula oleh seorang insan yang ingin mendekati dan mengenali Suhana. Gurau senda dan sikap prihatin Fadli telah membuka pintu hati Suhana sedikit demi sedikit. Ingatan Suhana terbang mengingati Iman. Sayang Suhana tidak pernah tumpah walau sedikit. Tetapi Suhana inginkan kasih sayang dan perhatian dari insan bergelar lelaki. Suhana memberanikan diri untuk bertanyakan sekali lagi tentang hati dan perasaannya pada Iman tetapi jawapan yang diterima tetap sama. Suhana hampa dan memberi ruang kepada Fadli untuk mengisi kekosongan hatinya. Hari-hari Suhana mula terisi dengan cinta dan kasih sayang dari Fadli.

Iman mula jauh dari Suhana. Hari demi hari, bulan demi bulan. Hampir 7 tahun perkenalan mereka. Suhana perasan akan perubahan Iman sehinggakan di suatu malam Suhana menghantar pesanan ringkas kepada Iman. Bertanyakan perubahan Iman. Bertanyakan persahabatan mereka yang semakin pudar dimakan hari demi hari. Dan jawapan yang diterima amat menyentap hati dan perasaan Suhana. Iman sebenarnya masih menyayangi Suhana sama seperti dulu cuma keadaan tidak mengizinkan Iman untuk meluahkan kepada Suhana bahawa Iman juga sebenarnya menyintai Suhana. Suhana hampa mendengar pengakuan Iman. Tidur malamnya ditemani esak tangis yang tidak tahu bila hentinya. Kenapa bila cintanya sudah dimiliki orang lain baru Iman hadir untuk mengakui cintanya. Suhana tidak dapat menerima takdir yang tertulis untuk diri Suhana.

Pilu,sepi menghantui diri. Bertahun Suhana meluahkan perasaan tetapi hampa yang diterima dan bila hatinya telah dimiliki baru Iman hadir untuk mengakui cinta. Suhana tewas dengan perasaan. Tidak mungkin Suhana akan meninggalkan Fadli begitu sahaja. Iman undur diri dan meminta Suhana agar pergi dari hidupnya dengan alasan Suhana sudahpun dimiliki oleh orang lain. Dengan deraian airmata Suhana akur dengan keputusan yang diminta oleh Iman. Sekiranya itu yang dapat menolong Iman melupakan Suhana, Suhana turut dan akur. Suhana tidak dapat lagi berhubung dengan Iman walaupun hatinya meronta untuk bertanya khabar dan bergurau seperti dulu. Kerana janji yang telah dilafazkan pada Iman bahawa dia akan pergi jauh dari hidup Iman, Suhana terpaksa akur dan menerima kenyataan Iman telah pergi dari hidupnya.

Sinaran mata cerita segala
Duka lara terpendam Memori semalam
Tinggal segala cinta Tiada kembalinya
Abadi kasih kita kau bawa bersama
Impi indah mekar saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita dikalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

No comments:

Post a Comment