Pages

Sunday, March 6, 2011

Haruskah Cintaku Kerana Kawan

"Aku tak suka kau bercinta dengan dia!!".

Andaikan ayat di atas adalah ayat yang keluar dari seorang rakan karib anda yang selalu bersama anda apabila mendapat tahu anda bercinta dengan seorang lelaki atau perempuan yang kawan anda tidak suka? Apa yang harus anda lakukan? Adakah anda harus meninggalkan cinta anda kerana sahabat anda? Adakah anda kekal bersama cinta anda dan membiarkan sahabat anda? Tentu rumitkan? Bagaimana harus membuat keputusan. Tersepit di antara sahabat dan kekasih..

Aku pernah mendengar situasi ini. Kadang-kala aku hanya mampu ketawa dengan situasi ini. Kenapa manusia tidak berfikiran positif dan matang dalam mengendalikan sesuatu hubungan cinta. Kenapa kita harus meninggalkan cinta yang ikhlas hadir di dalam hati kita kerana sahabat tidak sukakannya. Adakah dia yang menentukan jodoh dan pertemuan kita. Adakah kita harus mempercayainya? Ya Allah... Setiap jodoh dan pertemuan yang wujud di dunia adalah dengan takdir Allah SWT. 

Islam tidak melarang umatnya untuk bercinta. Tetapi bercintalah pada landasan Islam yang sebenar. Sekiranya kamu yakin cinta yang terbentuk adalah cinta yang ikhlas dan tidak lari dari landasan agama Islam, maka teruskanlah. Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menyokong kita di dalam apa jua bentuk keadaan. Bukan sahabat yang menentukan dengan siapa kita harus bercinta. Bukan sahabat yang membuang kita kerana kita bercinta dengan orang yang dia tidak suka.

Kenapa kita harus menyembunyikan cinta kita?

"Aku sembunyikan kerana aku tidak mahu kawan aku marah, aku tidak mahu dia dapat tahu aku bercinta dengan orang yang dia tidak suka, aku mahu jaga hati kawan baik aku"

Kenapa kita harus menyembunyikan semua ini? Kenapa harus menyembunyikan cinta? Kerana mahu menjaga hati kawan? Indahnya...... Mulianya hati kau... Tapi bila kantoi dengan kawan kita tu macam mana?

"Kan dah kantoi.. Kau perempuan bodoh..Putus kawan..".


Inikah jawapan yang kita dapat. Jadi untuk apalah kita sembunyikan cinta kita. Yang akhirnya persahabatan yang kita jaga bersama putus kerana sebuah cinta yang suci. Perlukah semua ini berlaku? Di mana teguhnya sebuah persahabatan yang kita jalinkan selama bertahun ini?  Semuanya hancur kerana cinta. Kita terpaksa membawa diri.

Aku kasihan. Aku simpati. Matanglah dalam bercinta. Positiflah dalam bercinta. Bagaimana sekiranya situasi ini berlaku pada diri kita sendiri.. " aku tak suka kau bercinta or kawan dengan dia".. So apa jawapan kamu? Apa reaksi kamu? Setiap insan akan wujud dan lahir dalam cinta. Kita sebagai manusia tidak berdaya untuk menghalang sesuatu yang hadir di dalam hati kita. Kita sebagai manusia tidak mampu untuk menetapkan siapa jodoh kita. Setiap yang berlaku, setiap yang tersurat ada yang tersirat. Hanya Allah SWT yang tahu di sebalik setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku di atas bumi. 

Pengetahuan kita sebagai manusia, walaupun kita sudah berada di menara gading, walaupun kita telah mengkaji beribu kitab, adalah terlalu sedikit. Celupkan jari anda di laut. Air di hujung jari kita adalah ilmu kita. Air di lautan adalah ilmu Allah SWT. Adakah kita harus mempercayai kawan dari mempercayai takdir Allah SWT. Aku juga lemah dalam agama. Aku juga insan biasa. Aku menasihati diri aku sendiri.. Sama-samalah kita renungkan. Tidak salah kita membuang ego dan meminta maaf sesama kita. Sesama Islam...

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment