Pages

Wednesday, March 23, 2011

Kerana janji aku turutkan

Cinta yang tidak kesampaian amat perit bagi Suhana. Menanggung rindu untuk kesekian kali mengingati setiap kenangan manis yang pernah bersarang di dalam ingatan Suhana.

Jam menunjukkan pukul 7pagi. Suhana harus bergegas ke kantin. Itulah rutin yang dilakukan oleh Suhana setiap kali hujung minggu. Mengambil upah bekerja di kantin pusat pemanduan. Di kantin itulah bermulanya detik pertemuan antara Suhana dan Iman. Tanpa disedari pertemuan pertama itu akhirnya membibitkan buih-buih cinta. Ketika sibuk berkemas, Suhana melihat Iman memberi isyarat dari jauh. Meletakkan jari di telinga sebagai isyarat meminta nombor telefon. Suhana hanya tersenyum dari jauh. Agak jual mahal pada masa itu sedangkan hati Suhana sudah berbunga-bunga keriangan. Memang sejak Iman mengikuti kuliah di pusat pemanduan itu Suhana sudah tertarik dengan raut wajah Iman. Suhana hanya mengangguk dari jauh tanda bersetuju memberi nombor telefon pada Iman. Iman tersenyum dari jauh. Sebelum berangkat pulang Suhana didatangi wakil-wakil dari Iman untuk mengambil nombor telefon Suhana. Lucu Suhana rasakan pada masa itu. Suhana menghantar kepulangan Iman dengan senyuman yang tidak henti. Begitu juga Iman. Bermula pada malam itulah Suhana mula didatangi mesej-mesej dari Iman. Dari bersahabat sehinggalah bercinta. Apabila Iman mula melanjutkan pelajaran, perhubungan mereka mula renggang dan akhirnya percintaan mereka terhenti di tengah jalan.

Suhana tersilap kerana memutuskan perhubungan mereka hanya disebabkan antara mereka kurang berhubung. Tetapi walau apa pun yang berlaku, mereka memutuskan untuk menjadi kawan agar mereka tetap dapat berhubung antara satu sama lain.Dalam masa yang sama Suhana masih mencintai Iman seperti dulu. Hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun mereka berkawan dan dalam masa itulah Suhana tidak berhenti mencintai dan menyayangi Iman. Pernah Suhana meluahkan kepada Iman tentang perasaannya kepada Iman dengan harapan percintaan mereka dapat bertaut kembali. Tetapi Iman lebih selesa apabila mereka berkawan. Suhana hampa.

Suhana mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran. Tanpa disedari hati Suhana diketuk semula oleh seorang insan yang ingin mendekati dan mengenali Suhana. Gurau senda dan sikap prihatin Fadli telah membuka pintu hati Suhana sedikit demi sedikit. Ingatan Suhana terbang mengingati Iman. Sayang Suhana tidak pernah tumpah walau sedikit. Tetapi Suhana inginkan kasih sayang dan perhatian dari insan bergelar lelaki. Suhana memberanikan diri untuk bertanyakan sekali lagi tentang hati dan perasaannya pada Iman tetapi jawapan yang diterima tetap sama. Suhana hampa dan memberi ruang kepada Fadli untuk mengisi kekosongan hatinya. Hari-hari Suhana mula terisi dengan cinta dan kasih sayang dari Fadli.

Iman mula jauh dari Suhana. Hari demi hari, bulan demi bulan. Hampir 7 tahun perkenalan mereka. Suhana perasan akan perubahan Iman sehinggakan di suatu malam Suhana menghantar pesanan ringkas kepada Iman. Bertanyakan perubahan Iman. Bertanyakan persahabatan mereka yang semakin pudar dimakan hari demi hari. Dan jawapan yang diterima amat menyentap hati dan perasaan Suhana. Iman sebenarnya masih menyayangi Suhana sama seperti dulu cuma keadaan tidak mengizinkan Iman untuk meluahkan kepada Suhana bahawa Iman juga sebenarnya menyintai Suhana. Suhana hampa mendengar pengakuan Iman. Tidur malamnya ditemani esak tangis yang tidak tahu bila hentinya. Kenapa bila cintanya sudah dimiliki orang lain baru Iman hadir untuk mengakui cintanya. Suhana tidak dapat menerima takdir yang tertulis untuk diri Suhana.

Pilu,sepi menghantui diri. Bertahun Suhana meluahkan perasaan tetapi hampa yang diterima dan bila hatinya telah dimiliki baru Iman hadir untuk mengakui cinta. Suhana tewas dengan perasaan. Tidak mungkin Suhana akan meninggalkan Fadli begitu sahaja. Iman undur diri dan meminta Suhana agar pergi dari hidupnya dengan alasan Suhana sudahpun dimiliki oleh orang lain. Dengan deraian airmata Suhana akur dengan keputusan yang diminta oleh Iman. Sekiranya itu yang dapat menolong Iman melupakan Suhana, Suhana turut dan akur. Suhana tidak dapat lagi berhubung dengan Iman walaupun hatinya meronta untuk bertanya khabar dan bergurau seperti dulu. Kerana janji yang telah dilafazkan pada Iman bahawa dia akan pergi jauh dari hidup Iman, Suhana terpaksa akur dan menerima kenyataan Iman telah pergi dari hidupnya.

Sinaran mata cerita segala
Duka lara terpendam Memori semalam
Tinggal segala cinta Tiada kembalinya
Abadi kasih kita kau bawa bersama
Impi indah mekar saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita dikalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

Monday, March 21, 2011

Aku Menang Juga

Entri aku petang nie just nak bgthu korang semua yang aku menang 
mase join contest GR. Aku dapat no2 dalam kategori pernceritaan 
menarik and aku akan dapat isian semula rm8. 

Hehehe.. alhamdulillah.. Xpyh aku topup2 lg nie.. 
Kalau korang tak percaya, korang gi tengok kat link nie

Aku tak tipu tau. Aku cakap benar sebenar benarnye. Hahaha.. 
Terima kasih pada anak buah aku yang jadi inspirasi aku dan juga pada kaklong aku yang sudi
 meminjamkan diri untuk cerita aku tu. Huhuhuhu

So sekarang nie aku just wait untuk topup aku masuk.
 Agak-agak biler yer.. hehehe
Kalau korang nak tgk ape isi cerita aku, korang klik kat sini
[Klik sini]

Selamat Beramal
(^_^)

Sunday, March 20, 2011

Ada kepala tak ade badan

Adeh... Smlm member aku nie cite dia ade dengar something kt luar blok kitaorang nie. Dowg ckp tu bunyi B kuasa 2. Aku tnye lah ape benda binatang nama mcm tu. 
Gupenye kt kg aku benda tu dipanggil penanggal. Dowg ckp ade dengar bunyi macam kakak tua. Tapi familiar jugak lh benda tu dengan bunyi yang mcm tu. Mlm td aku ade dgr jgk ar bunyi mcm burung kakak tua tu.

Tetibe jer srm sjuk aku di buatnye. Tkut jgk mne ar thu dia sprintest kt tepi tgkp bilik aku nie. Tp stahu aku bnda tu dia trbang tinggi-tinggi. Dia x leh nk trbg rndah2 sgt lg. Lg stu dia x blh nk lalu2 kat pokok nie. Tkut trsngkut. Tapi pokok2 kt tepi blok aku nie plak dh kena ptong ari tu. 

Emm.. mmg best lh benda nie nk sprintest tiap2 mlm.Adehhh.. kecut perut aku.. Bnda nie nk percaya sgt pn xblh, x prcya pn xblh. Sbb makhluk2 halus nie mmg dh nyata dlm Al-Quran. Mmg ada antara2 kita nie yg mnjadikn jin, syaitan, iblis sbahagian dlm hdup mnusia2 yg berfikiran singkat nie.

Ok..kite smbung crite td. Mgikut kata orang-orang tua, bnda nie dia nk cari orang yang pregnant cos dia nk kn darah. Tp kn klu dia x blh nk trbg rndh, mcm mne plak dia nk isap drh org yg pregnant nie yer?
emmm...

Bile bnda nie nk kn habuan dia, dia akn kuar dari badan and akan masuk smula dlm badan sblm azan subuh. Tapi org tua2 ckp kalau nk perangkap dia nie, pasang jerat yang ada banyak-banyak duri supaya kepala and sluruh usus-usus dia tu tersangkut kat duri-duri tu.

Lagi satu orang tua-tua slalu pesan jangan gulung tikar and letak scara menegak. Aku pun x thu knp. Coz dowg ckp jgn terkejut nnti kalau kat ats tikar yg korang tgk kn tu tetiber jer korang tgk ade kepala tu. Nauzubillah.. Aku x thu lh. Kdg2 petua org2 dulu nie ade bnda trsirat di sbaliknyer. Ok dah..ckup cite bnda2 nie.. Nnti ade cite trbaru aku story lg.. HUHU

Hiduplah dengan kekuatan

Aku tahu bila kita jatuh cinta kita akan rasakan bahawa cinta kita itu yang akan kekal untuk kita selamanya. Tapi kita silap. Aku pernah bercinta dulu. Bertahun aku bercinta. Dan aku rasakan aku dengan dia akan kekal selamanya. Aku rasakan dia akan jadi suami aku. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Cinta aku putus di tengah jalan walaupun aku dan dia telah berjumpa keluarga masing-masing. Setelah bertahun aku hidup sendiri, Dan kini aku bertemu cinta baru. Dah bertahun aku bersama. Aku juga merasakan cinta kami akan kekal smpai bila-bila. Tapi adakah apa yang aku rasakan adalah benar? Adakah cinta kali ini akan kekal buat selamanya?

Walau apa pun yang berlaku, janganlah kita lupa apa setiap apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Mungkin aku tidak ditakdirkan bersamanya kerana aku akan menemui dengan insan yang mampu menjaga aku dengan sebaik yang mungkin. Mungkin aku tidak ditakdirkan bersamanya kerana aku akan menemui insan yang mampu membimbing aku seadanya.

Jadi aku tidak perlu meraung seandainya cinta aku kecundang di tengah jalan. Aku hanya akan menjaga cinta yang aku miliki sebaik mungkin.Tapi seandainya takdir masih tidak menyebelahi, mungkin ada hikmah disebaliknya. Tak ada manusia yang tidak akan menitiskan airmata kehilangan cinta, tapi percaya dengan setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah adalah satu kemestian. 

Jadi jangan kamu jatuh bila kamu ditinggalkan. Jangan kamu menangis bila kamu diabaikan. Menangislah kerana syukur yang tuhan memberi kita peluang untuk mengenali insan yang lebih baik dari sebelumnya. Hiduplah kamu dengan kekuatan bahawa suatu hari nanti kamu akan bahagia untuk selamanya..

Thursday, March 17, 2011

Untuk yang putus cinta

Angin menyapa telinga
seolah hembusan nafasmu
mengatakan kau Cinta padaku
Hujan menitis ke bumi
seolah airmatamu
merayu supaya aku jangan tinggalkanmu

Kini semua itu hanya kenangan
kau tetap pergi
tanpa kata
ke mana pergi rayuanmu dulu
ke mana hilang kasih sayangmu dulu
ke mana hilang cinta kau lafazkan dulu
ke mana hilang janji dan sumpah setia mu

Begitu rapuh cinta yang kau lafazkan
hanya kerana seorang insan 
yang baru hadir dalam hidupmu
Teganya engkau meninggalkan aku
Teganya engkau membiarkan aku
tenggelam dalam janji-janji mu
Karam dalam sumpah setiamu


tergamaknya engkau
Menabur duri di dalam hati aku
Menabur racun di atas kesetiaanku
Menabur sembilu pada cintaku

Pergilah kenangan
Hapuskan ingatanku pada dirinya
Kini aku berdiri
Untuk meneruskan perjuangan
mencari cinta sejati
lebih murni dan suci
dari mu yang hanya pandai menabur janji...


Ape pendapat korang?

Sekarang dah pukul 03.52 pagi. Aku belum tido lagi. Tengah buat nota SAD atau nama penuhnya system analysis bin design. Pagi nie nanti aku ada kuiz. So dah alang2 buat nota aku buatlah sekali nota untuk exam nanti. Exam pun tinggal sebulan jer lagi. So, x boleh dah nak main-main. Sekarang adalah waktu untuk fokus OK. Aja2 fighting... Tu kan ayat yang slalu ada kat cerita korea. Yang perempuan-perempuan cnfirm lah biasa denagn ayat nie coz kaum-kaum nie jer yang sanggup download cerita-cerita korea kat internet nie.

Nasib ada gak geng aku yang sama-sama buat nota dengan aku. So kiranya malam aku tak sepi lah. Dia tido jer aku kasi kejut dia. Hahaha.. Padan ar muka dia x dapat tido. Tapi pas nie nota aku pun aku dah siap buat, so aku tido ar. HAhahaha.. habis madu sepah dibuangkan? jahat aku nie.. hehehehe... Kesianlah ko kawan tinggal sowang2. Aku as kakak nie tido dulu yer..

Aku nak minta pendapat korang lah pada sapa-sapa yang intai blog aku nie. Rajin-rajinlah luahkan pendapat korang. Terutama pada yang perempuan. Korang nak ker bila korang dah berkahwin nanti laki korang kerja jauh-jauh dari korang? 2 minggu baru balik umah? Sanggup ker korang? Kalau aku, bila aku dah kawen nanti, biarpun laki aku tak hensem ker, yang penting aku nak dia ada dengan aku.. Bukan sebab takut dia jumpa perempuan lain, sebab benda-benda macam tu bila dekat dengan kita pun boleh juga jumpa perempuan lain kan? Manusia sekarang semua bijak-bijak. Pandai cari alasan untuk buat benda-benda macam tu. Walaupun depan mata susah kita nak syak dia ada buat something belakang kita.

Tapi aku taknak bila dah kawen nanti laki aku kerja jauh2 dari aku.Masa aku dah bersuami nanti, aku nak sediakan sarapan untuk dia setiap pagi sebelum dia pergi kerja, aku nak sediakan pakaian dia setiap pagi sebelum dia pergi kerja. Aku nak buat semua tu setiap hari. Aku nak dinner sama-sama everyday dengan husband aku. Aku nak malam-malam aku dapat tido dengan husband aku. Aku nak dia ada sebelah aku masa aku tido. Aku taknak husband aku pergi jauh2 dari aku.

Aku nak  setiap hari aku ada kenangan dengan husband aku. Mati ar aku kalau akak2 aku baca blog aku nie. Confirm aku kena cop "gatal sudah".. Hahahaha.. Aku bukan gatal kak.. Nie cuma perancangan pada masa depan. Kita kan diberi hak untuk merancang. Yang penting kita tahu setiap perancangan kita ada Dia yang menentukan. Jadi tak salah untuk kita merancang. Yang selebihnya kita serahkan kepada takdir DIA, ketetapan, Qada dan Qadar.

p/s : sapa tak sayang laki oiii... gigi tak ade pun aku ttp syg.. aku suwuh pasang gigi palsu lah.. hahahahaha... dunia sekarang.. yg pnting ada duit.... tol kan?? aja2 fighting....

Tuesday, March 15, 2011

Presentation

Owhhhh BG.. Aku baru balik kelas nie. Aku balik jer terus aku jumpa kau. Kau tengok betapa sayang aku dengan kau. Aku ada presentation BI tadi BG.. Hehehe.. Starting aku yang mulakan. Mula-mula nebes juga aku tapi terpaksa cool demi kawan-kawan kan.. Hehehe...

Kau tau BG, yang bestnye walaupun xberapa nk highest markah presentation kitaorang tapi kitaorang is the second highest mark dalam kelas tu. Thanks pada komitmen kawan-kawan semua. Markah kita kongsi sama-sama k. Tapi aku rasa macam boleh do better dari tu. 

Member aku baru balik dari pasar. Dia ada bawa KFC balik. Hehehe.. Aku minta sikit tadi. Tak malu aku nie kan BG. Biarlah. Orang dah bagi aku terima lah.. Rezeki jangan di tolak. Celaka jangan dicari. Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Lepas abix presentation nie, lega sudah hati aku nie. Sekarang fokus on exam BI jer. Harap-harap dapat score. Lecturer yang mengajar pun sporting juga. Thats y aku epy juga dalam kelas BI tu. Ketawa-ketawa jer.. Bebudak plak tadi present macam buat sarkas jer aku tengok. Ada yang serius, ada yang present dari awal sampai akhir buat lawak jer.  Hahahaha...

Monday, March 14, 2011

Cerita aku BG

Hai blog. Dah berapa hari aku tak dapat jenguk kau dalam nie. Confirm kau rindu dengan tuan kau nie kan? Ye lah, kalau tak ada aku, tak adalah kau dapat makan input-input dari aku kan? Tentu kau dahaga and cemburu bila tengok perut-perut member-member kau yang lain lebih banyak makanan(input) kan? Kesian kau.. Maaf yer sayang. Aku sibuk betul sejak dua menjak tiga menjak nie. Banyak sangat assignment, lab yang kena siapkan. Lom campur mini projek lagi. Adehhh.. Kalau kau ada magic, aku nak suwuh kau tolong aku buat kerja semua nie. Hehehehe...

Aku sedih sangat sekarang nie blog. Tak best plak nama kau blog. Kau nak aku panggil kau apa yer? Kau ada jantina ke? Hehehehe.. Aku panggil ko BG boleh? "BlogGer".. Bestkan? Hehehehehe.. Aku cerita kenapa aku sedih pun bukannya kau tahu pun kan? Aku nak story pun aku tak tahu nak story macam mana. Tapi memang aku sedih sangat-sangat. Aku sayang dia sangat-sangat BG. Tapi ntuh lah. Susah aku nak cakap. Aku kena jaga banyak hati. Kalau aku cuma fikirkan hati aku, aku akan buat keputusan drastik  tanpa aku pedulikan perasaan orang lain. Tapi aku bukan macam tu.

BG, aku tak tahu nak luahkan pada sapa. Kalau kau boleh keluar, aku tarik kau dari laptop nie. Biar kau keluar and aku boleh story semua cerita aku dengan kau. Then kau taip sendiri apa yang aku cerita pada kau. Kan best macam tu. Hahaha.. Thanks BG. Kalau tak ada kau, aku tak tahu nak cerita pada siapa.

Hari ni kan BG, aku buat satu keputusan sampai aku mati. Teruk aku kan BG.Tapi kalau tu yang diperlukan, tulah yang mampu aku buat. Walau macam mana aku sayang sekalipun, aku harap aku dapat pegang kata-kata aku tu sampai bila-bila. Biarlah orang tak tahu tapi sekurang-kurangnya aku dah lafazkan perasaan aku.

Hey BG, kenapa kau murung nie? Cemburu yer.. Hahahaha... tu pun nak cemburu. Aku tetap sayang kau lah BG. Kau kan tempat aku meluahkan segala coretan dan isi hati tambah isi perut aku nie. Aku sekarang tengah bergiat nak buat sajak and lirik lagu lah BG. Aku ambil and buat sajak tentang apa yang ada berlaku di persekitaran aku. OK ke BG? Kau nak dengar sajak pertama aku? Cepat je kau angguk yer. Pandai juga kau angguk dalam laptop nie. Hehehehe.. Thanks BG.. Jap yer...

walau aku melangkah pergi
tapi hatiku masih di sini
masih terpahat kukuh namamu
walau kau mengatakan
sayang hanya di bibirku
tapi sayang dihatiku
amat kukuh untuk dirimu
tiada janji terlafaz antara kita
walau pernah aku bertanya
tiada jawapan yang ku terima

tanpa kupinta dia hadir
membawa janji sehingga ke mati
apalah daya untuk ku menolak
seandainya takdir tersurat
begini untuk diriku
aku pasrah
aku akur

ku lihat kau dibelakang
sesekali ku menoleh
memandang sayu wajahmu
agar kau mengerti isi hatiku
agar kau menarik tanganku
dari pergi
hanya pandangan
mengirim perjalanan
lantas ku toleh ke hadapan
memandang sayu insan di depan
insan yang setia menanti
mempertaruhkan nyawa sebagai ganti
seandainya aku pergi

menitis sayu air mata
mohon diambil nyawa
biar hilang semua duka
hingga di satu saat
nanti..

Lantas ku paut tangan dihadapan
Ku sambut dengan harapan
agar cinta dapat diteruskan
walau duri kadangkala
menghiris hati dan sanubari

Janji ku lafazkan
Untuk kutinggalkan segala kenangan


 Macam mana BG? hehehehe....Ada bakat tak aku nie nak berpuitis? Kalau kau ada apa-apa idea, ko bagitahu jer aku. Nanti aku hasilkan untuk kau k. Lepas sajak aku nak buat cerpen pula. Ada member-member aku kat sini cadangkan aku untuk buat cerpen. Hahaha.. Lain bidang aku ambil, lain pula minat aku nie BG. Macam mana nie..:p

Monday, March 7, 2011

Jom intai rantai keluarga Aku

Hari nie aku nak share semua mengenai ahli keluarga aku. Supaya korang semua mengenali aku dengan lebih rapat. Ini adalah keluarga aku.. Keseluruhan kami adik beradik adalah 13 orang. Aku lupa yang sulung umur berapa. Yang aku tahu umur abg bond aku sampai adik aku yang bongsu. Maaf yer.. Aku keliru kadang-kadang dengan umur. Hehehehe..

Bawah nie adalah keluarga aku. Abah, emak dan adik beradik aku yang lain. Dapat cari tak aku anak no berapa? Tak dapat?? Emmm.. usaha lagi yer... Dapat?? Wow.. pandainya.. 
Hehehehehe...
Bawah aku semua perempuan.
So sesiapa yang hendak jadi adik ipar aku, kena pandai-pandai ambil hati aku k. 
Hehehehehe...

Family Aku...




Yang bawah nie pula adalah family kak long aku. Ada 3 anak buah aku kat sini. Aidil adalah anak buah aku yang pertama. Umur dia? Hehehehe..
Maaf yer... Aku kurang ingat.. Bukan lupa tau..
Ahaks...

Sekarang kita tinjau family abg ayie aku pula. Abg aku nie baru kawen 2 tahun lepas. Anak dia baru sorang. Anak buah aku yang paling bongsu setakat nie. Umur dia?? IShhh.. Jangan lah asyik tanya umur. Adehh... Tu kelemahan aku tu.. Cuba korang tanya perangai dia macam mana. Confirm aku dapat jawab. Hahahahaha...
Perangai dia memang lasak. Aku pun tak tahan bila kena jaga dia nie..



Di bawah nie pula keluarga abg bond aku. Isteri kesayangan dia adalah kawan masa sekolah rendah, couple masa sekolah menengah samapai sekarang. Ada juga lah masa couple putus-putus sekejap. 
Tapi jodoh tu kuatkan. Sampai sekarang kekal beb...
Alhamdulillah...
Anak diaorang pun baru sorang.
Zafira namanye....
Nie pun lasak juga. Kalau berjalan tak nak dipegang. Tapi kalau penat tahu minta dukung.. 
Hahahahaha...

Yang kat bawah nie family kak Ain aku. Yang aku selalu dengar, sebelum kahwin laki akak aku nie ugut akak aku supaya kahwin dengan dia. Hahaha.... betol atau tak, wallahualam..
Nie kes peras ugut namanye.. Bahaya... Last-last kahwin juga korang yer.. 
Dari sorang dah dapat dua anak.. Lepas nie nak tambah lagi ker?
Adehh.. tapi kalau dah rezeki
Alhamdulillah...
ye dak?


Apa korang nie senyum-senyum dengan aku.. Aku bila lagi? Hehehehehe...
Korang nie.. Malulah aku.. Kalau boleh sok aku nak kahwin. Tapi lom ada jodoh..
So korang kena sabarlah yer..
Toing..toing...toing......


Jeng..Jeng..Jeng... 
Hehehehehe...

Sunday, March 6, 2011

Haruskah Cintaku Kerana Kawan

"Aku tak suka kau bercinta dengan dia!!".

Andaikan ayat di atas adalah ayat yang keluar dari seorang rakan karib anda yang selalu bersama anda apabila mendapat tahu anda bercinta dengan seorang lelaki atau perempuan yang kawan anda tidak suka? Apa yang harus anda lakukan? Adakah anda harus meninggalkan cinta anda kerana sahabat anda? Adakah anda kekal bersama cinta anda dan membiarkan sahabat anda? Tentu rumitkan? Bagaimana harus membuat keputusan. Tersepit di antara sahabat dan kekasih..

Aku pernah mendengar situasi ini. Kadang-kala aku hanya mampu ketawa dengan situasi ini. Kenapa manusia tidak berfikiran positif dan matang dalam mengendalikan sesuatu hubungan cinta. Kenapa kita harus meninggalkan cinta yang ikhlas hadir di dalam hati kita kerana sahabat tidak sukakannya. Adakah dia yang menentukan jodoh dan pertemuan kita. Adakah kita harus mempercayainya? Ya Allah... Setiap jodoh dan pertemuan yang wujud di dunia adalah dengan takdir Allah SWT. 

Islam tidak melarang umatnya untuk bercinta. Tetapi bercintalah pada landasan Islam yang sebenar. Sekiranya kamu yakin cinta yang terbentuk adalah cinta yang ikhlas dan tidak lari dari landasan agama Islam, maka teruskanlah. Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menyokong kita di dalam apa jua bentuk keadaan. Bukan sahabat yang menentukan dengan siapa kita harus bercinta. Bukan sahabat yang membuang kita kerana kita bercinta dengan orang yang dia tidak suka.

Kenapa kita harus menyembunyikan cinta kita?

"Aku sembunyikan kerana aku tidak mahu kawan aku marah, aku tidak mahu dia dapat tahu aku bercinta dengan orang yang dia tidak suka, aku mahu jaga hati kawan baik aku"

Kenapa kita harus menyembunyikan semua ini? Kenapa harus menyembunyikan cinta? Kerana mahu menjaga hati kawan? Indahnya...... Mulianya hati kau... Tapi bila kantoi dengan kawan kita tu macam mana?

"Kan dah kantoi.. Kau perempuan bodoh..Putus kawan..".


Inikah jawapan yang kita dapat. Jadi untuk apalah kita sembunyikan cinta kita. Yang akhirnya persahabatan yang kita jaga bersama putus kerana sebuah cinta yang suci. Perlukah semua ini berlaku? Di mana teguhnya sebuah persahabatan yang kita jalinkan selama bertahun ini?  Semuanya hancur kerana cinta. Kita terpaksa membawa diri.

Aku kasihan. Aku simpati. Matanglah dalam bercinta. Positiflah dalam bercinta. Bagaimana sekiranya situasi ini berlaku pada diri kita sendiri.. " aku tak suka kau bercinta or kawan dengan dia".. So apa jawapan kamu? Apa reaksi kamu? Setiap insan akan wujud dan lahir dalam cinta. Kita sebagai manusia tidak berdaya untuk menghalang sesuatu yang hadir di dalam hati kita. Kita sebagai manusia tidak mampu untuk menetapkan siapa jodoh kita. Setiap yang berlaku, setiap yang tersurat ada yang tersirat. Hanya Allah SWT yang tahu di sebalik setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku di atas bumi. 

Pengetahuan kita sebagai manusia, walaupun kita sudah berada di menara gading, walaupun kita telah mengkaji beribu kitab, adalah terlalu sedikit. Celupkan jari anda di laut. Air di hujung jari kita adalah ilmu kita. Air di lautan adalah ilmu Allah SWT. Adakah kita harus mempercayai kawan dari mempercayai takdir Allah SWT. Aku juga lemah dalam agama. Aku juga insan biasa. Aku menasihati diri aku sendiri.. Sama-samalah kita renungkan. Tidak salah kita membuang ego dan meminta maaf sesama kita. Sesama Islam...

Wallahualam...

Saturday, March 5, 2011

Kesusahan hidup dahulu (Part2)

Masa aku jual jambu kat sekolah, aku tidak kenal erti perasaan malu. Apa yang aku tahu, aku ingin kumpulkan duit untuk persekolahan aku. Biarlah orang ketawakan aku, biarlah orang mengejek aku. Tapi aku gembira bila hasil jualan aku memuaskan. Setiap hari jambu yang aku jual di sekolah habis. Aku gembira sangat. Aku berpindah ke kampung lanchang setelah bapa berhenti bekerja di estate. Berbulan aku rasa kehidupan kami sekeluarga tanpa elektrik. Hanya pelita yang menemani malam-malam kami. Aku dan kakakku akan curi-curi pergi ke surau untuk tumpang seterika baju sekolah. Waktu tu aku di sekolah menengah. Kadang-kadang baju sekolah aku hitam kerana asap pelita. Aku terpaksa tahan malu bila pergi ke sekolah.

Itulah kesusahan hidup yang amat menguji kesabaran kami sekeluarga. Setiap kali hujan lebat, kami terpaksa ke dapur mengambil baldi untuk menadah hujan. Bumbung rumah yang bocor. Dan selepas hujan berhenti, perkara wajib yang akan kami lakukan adalah menyapu air yang dah bertakung di dalam rumah. Makanan seharian kami adalah sambal. Bapaku pernah bekerja sebagai konduktor bas. Awal pagi dia sudah bekerja dan balik pada lewat malam. Semuanya adalah demi mencari rezeki kami sekeluarga. Siapa kata abah tak pikirkan kami?

Kadang-kala abah pergi memancing. Dapat ikan betok(puyu). Tu favourite ikan aku. Kadang-kala abah yang rajin nak siang ikan tu. Kitaorang just tolong masak jer.  Walaupun hidup susah, walaupun kadang-kala tiada makanan, tapi mak sentiasa berusaha supaya kami tak kebuluran. Adik beradik aku ramai. Adik-adik aku ramai yang masih bersekolah. Emak tak cukup duit. Kadang-kadang terpaksa pinjam dengan jiran. Bila dah ada duit baru mak ganti. Tapi aku bersyukur, walaupun adik beradik ramai dan hidup yang susah, mak dengan abah tak pernah nak pisahkan kami adik beradik. Kami sentiasa bersama. Dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke zaman remaja, aku pernah melalui saat kesusahan.

Bagilah semangat dan kekuatan kepada aku sehingga aku mampu memberi kebahagiaan kepada keluarga aku.
Sampaikan satu hari, nenek belah abah datang dan memujuk kitaorang supaya tinggal dengan dia. Mungkin nenek kesian dengan kitaorang. Ada rumah bantuan pprt untuk kami. Aku tak malu untuk sebut rumah tu rumah bantuan. Kerana rumah itulah yang memberi perlindungan kepada kami dari hujan dan panas. Rumah itulah yang kami tinggal sehingga sekarang. Aku pernah mendapat tawaran ke tingkatan 6. Aku cuma datang selama seminggu. Minggu kedua aku tak datang dengan alasan aku dah tak sekolah. Tapi sebenarnya aku takut nak minta duit yuran pada mak. Cikgu dan minta duit yuran pada masa tu. Aku tak nak mak susah hati bila aku minta duit. Kalau aku meneruskan pengajian aku di tingkatan 6, mungkin sekarang aku sudah menjejakkan kaki ke U. Tapi aku tak pernah merungut. Aku tahu semua yang berlaku ada ketentuan.

Setiap doa aku hanyalah untuk kesejahteraan kedua ibu bapa ku dan adik beradik aku.
Dan sekarang rezeki aku kembali untuk aku melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. Ada kawan-kawanku yang lain bakal bergelar guru, ada yang bakal menggulung ijazah. Walaupun pada usia ini aku dalam perjalanan mengejar segulung diploma, tapi aku tak malu. Aku cuba untuk buktikan kepada keluarga, aku mampu menolong mereka satu hari nanti. Aku inginkan pekerjaan yang baik-baik. Aku ingin setiap kali musim perayaan, aku membeli persalinan untuk ibu bapa dan adik-adik aku yang lain menggunakan duit hasil titik peluh aku sendiri. Setiap saat aku berdoa supaya aku diberi kesempatan, diberi nafas sehingga aku mampu membahagiakan mereka.

 Seandainya satu hari nanti nafas aku terhenti
 tanpa aku sempat menunaikan apa yang sepatutnya aku lakukan 
sebagai seorang anak, 
maafkan aku. 

Aku cuba yang terbaik untuk keluarga kita.
Hanya doa restu yang aku inginkan.

Kesusahan hidup dahulu (Part1)

Aku nak berkongsi pada semua kesusahan zaman kanak-kanak aku dulu. First aku menjejakkan kaki ke sekolah adalah tahun 1995. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Merlimau. Keluarga aku pernah menumpang  di rumah nenek aku di chinchin. Jauh perjalanan aku dari rumah ke sekolah. Boleh dikatakan satu jam. Bapa aku tiada kereta. Hanya berbekalkan motor honda lama pada masa ini, dia menghantar dan menjemput kami adik beradik pergi dan balik sekolah. Perbezaan umur kami tidak begitu ketara. Abg mamat darjah 2, abg bond darjah 5 dan seorang kakak ku darjah 4 pada waktu ini. Satu motor kami adik beradik naik sehingga lima orang. Bapa ku tambah kusyen di bahagia belakang moto untuk keselesaan kami. Siapa kata bapa tak sayang kami??

Kedatangan kami tidak pernah penuh. Kadang-kala bila tiba waktu ujan, kami terpaksa tidak datang kelas. Ada laluan kami melalui satu terowong dan terowong itu pasti akan banjir setiap kali hujan lebat. Pernah suatu ketika, kami terpaksa berteduh di kebun getah sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Gara-gara hujan lebat. Tapi mungkin waktu itu aku masih kecil, aku tidak mengerti erti kesusahan. Ada suatu masa bapa lambat datang untuk menjemput kami. Kami adik beradik ambil keputusan untuk jalan kaki. Bayangkan pada waktu itu kami masih kanak-kanak. Abg aku tolong angkat beg aku pada masa tu. Memang letih. Jauh kami berjalan. Di setengah perjalanan baru bapa datang. Motor rosak pada masa tu kalau tak silap aku. Tapi aku bersyukur, keputusan peperiksaan aku semuanya memberansangkan. Setiap tahun aku akan mendapat hadiah berdasarkan keputusan aku.Dan setiap tahun itu juga bapa ada untuk melihat aku mengambil hadiah. Aku juga mewakili sekolah untuk bertandingan bercerita Kisah Dari Al-Quran dari darjah 3 sehingga darjah 6.

Aku juga pernah menjual jambu di sekolah ketika aku tingkatan satu. Pada waktu ini aku duduk di estate. Tidak lagi menginap di rumah nenek aku. Semuanya kerana ingin mengumpul duit untuk tambang ke sekolah. Ibu dulu bekerja di sebuah kilang papan. masuk pukul 3 dan akan pulang jam 11 malam. Aku dan kakak ku akan menunggu ibu pulang dari kerja. Ibu membawa jambu yang dibeli secara borong untuk kami berjual di sekolah. Kadang-kala bila aku tertidur, akak aku akan memotong dan membungkus jambu-jambu sendirian. Bila aku bangun aku just tahu aku bawa jambu and berjual gi sekolah. Duit belanja kami pada masa itu rm2. Tambang pergi dan balik rm1.20. Cuma ada balance rm0.80 dalam tangan kami. Kadang-kala bila ibu tiada duit, kami tidak dapat datang ke kelas. Kami tiada duit untuk bayar tambang. Pernah suatu hari aku tanya kepada akak aku macam mana dia simpan duit. Macam mana dia boleh ada duit. Dia simpan setiap baki rm0.80 setiap hari. Dia tak belanja di kantin macam aku. 

Start pada hari tu Aku ikut cara dia. Aku tak belanja rm0.80 aku. Aku simpan untuk membayar tambang bas sekiranya ibu tidak dapat memberi kami duit belanja. Walaupun cemburu dengan rakan-rakan yang lain, tapi demi persekolah, kami harus melakukan pengorbanan ini. 

* Aku berhenti setakat ini. Aku akan sambung kemudian perjalanan hidup aku...

Friday, March 4, 2011

Masa anda aku hargai

Walaupun blogger lain lebih banyak pengikut dari aku, aku tak pernah rasa kecewa. Blog aku adalah untuk luahan hati aku. Luahan hati yang aku ingin kongsikan kepada semua. Luahan hati yang kadang-kala membuat aku hilang pertimbangan. Di blog inilah aku curahkan segala-galanya. Tiada lagi rahsia antara aku dan kalian. Walaupun yang jenguh blog ini mungkin adalah dari kalangan insan yang tidak mengenali aku, tapi aku berasa lega. Lega apabila aku dapat juga kongsikan segala luahan aku dengan semua.

Terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi mengikuti setiap luahan hati aku nie.

Dari kalangan blogger

Dari kalangan fb
  • Sobirin
  • Tengku Mohd

Aku tiada wang ringgit untuk aku kongsikan, aku tiada harta kekayaan untuk aku curahkan. Tapi aku bersyukur, bersyukur kerana korang sudi meluangkan masa untuk terus membaca dan mendalami isi hati aku. Mungkin di setiap coretan aku ada mengguris hati, tapi aku cuma luahkan apa yang bersarang di hati aku. Kadang-kala aku mampu untuk menahan setiap duka aku, tapi sehingga di satu tahap aku perlu kalian untuk terus bersama aku.

Masa kalian aku terlalu hargai. Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. Bagilah semangat di saat aku jatuh. Bagilah dorongan di kala aku resah. Bagilah aku kegembiraan di waktu aku duka. Terima kasih..

Walaupun mulut membisu seribu bahasa, tetapi hati bergolak seribu bicara.

Mampukah aku seandainya satu hari nanti aku harus menghadapi segala kerumitan seorang diri? Berilah tangan untuk aku berpaut, untuk aku gapai di saat aku kelemasan. Berilah aku bahu untuk aku bersandar di saat aku kejatuhan..