Pages

Friday, February 18, 2011

Untuk Mencintaimu

Ok.
Sekarang nie aku ada masa untuk tulis entry jiwang. Sesuai pada mat-mat bunga dan minah-minah cintan yang datang jengah blog aku nie sekali sekala.
Tapi tak ada kena mengena dengan hidup aku k.
Just aku nak berkongsi apa yang ada di sekeliling aku.

Kadang-kadang bila kita dah bercinta
kita kurang yakin dengan cinta kita..
Kadang-kadang bila kita yakin dengan cinta kita
kita susah nak gapai..
Kita susah hendak pertahankan...
Terutama bila ada salah faham...

Bab nie memang aku dah lali lah.. coz aku pun pernah bercinta. Bab2 bergaduh nie memang kadang-kadang sakit dan lagi bertambah sakit bila terlalu cemburu, terlalu mudah salah sangka, dan terlalu mudah ikut perasaan..
Last-last baru menyesal,baru nak minta maaf. Nasib pasangan korang masih lagi nak maafkan korang.
Kalau dia dah give up, sape yang menyesal.. 
Korang juga yang gigit jari.
So sebelum apa2 yang korang nak cakap, nak tuduh, better korang fikir dulu.

Apa yang harus aku lakukan
Untuk membuat kau mencintaiku
segala upaya telah kulakukan untukmu

apa yang harus aku temukan
untuk membuat kau menyayangiku
inilah aku yang memilih kau untukku


Ok..untuk dua rangkap pertama nie memang puitis. Memang kadang-kadang bila orang bercinta semua benda sanggup dilakukan. Korang faham-faham je lah. Tapi korang kena ingat, kalau betul orang yang korang sayang, sayang korang juga, so korang jangan susahkan diri korang sampai sanggup berhujan,berpanas semata-mata untuk dapatkan cinta korang. 

Pada yang Islam, kita percaya jodoh pertemuan semua dah ditentukan. Jadi janganlah sampai korang nak menyusahkan diri korang. Bercinta biar berpada-pada. Berkorban jangan sia-sia. Bagus lagi korang berkorban pada parents yang dah besarkan korang dari korang xpandai cuci kencing sendiri sampai korang dah berjambang, dah berjanggut...

Apa-apapun, as a human kita memang tak dapat nak lari dari cinta. Tapi korang kena lah berpada-pada. Jangan sampai ada yang nak bunuh diri, ada yang nak membunuh gara-gara cinta. Benda nie semua pernah terjadi. Jangan korang kata mustahil. Tapi yang aku hairan,pelik dan ajaib, walaupun benda-benda nie semua dan ada depan mata, dah pernah terjadi tapi tetap ada juga yang buat.
Pada yang Islam tu faham-fahamlah hukum bunuh diri tu berdosa besar.

Dari korang nak bunuh diri, bagus korang jumpa aku.
Aku leh bagi cadangan, bagi sokongan pada korang..
Kalau setakat nasihat-nasihat bab-bab cinta nie kawan-kawan korang pun boleh.
Kalau korang x luahkan tu lah yang menjadi masalah pada diri korang sendiri sebenarnya.
Sebab tu lah korang rasa tertekan and buat perkara-perkara BODOH.

Sekian leteran aku untuk kali nie.




No comments:

Post a Comment