Pages

Wednesday, February 23, 2011

Takziah

Semalam akak aku call aku. First soalan dia."kenapa kau deactived fb?" susah juga kan bila tiada facebook nie. Dia call semalam nak bagitahu anak sedara aku meninggal sabtu ari tu. Terkejut aku dengar. Anak dia baru satu tahun lebih akak aku cakap semalam. Aku pun kurang kenal sangat and tak tahu pun sedara aku tu dah dapat anak no 3. Dia meninggal sebab lemas dalam bekas air (tong air). Dia terjatuh dalam tong air..

Aku memang tak boleh dengar benda-benda macam nie. Sayu hati aku kalau bab-bab yang berkaitan dengan bayi nie. Macam mana anak dia lemas pun aku tak tahu. Bukannya dia dapat menjerit pun minta tolong. Bayi baru nak pandai berjalan. Kepada saudara aku nie, aku ucapkan takziah yer.. Kita tak minta benda-benda macam nie berlaku. Tapi kalau dah ajal, mana-mana boleh terjadi. Cuma kepada semua, lepas nie awasi lah anak korang yang masih kecil walau mana pun diaorang pergi.

Sedih sangat-sangat.

1 comment:

  1. Takziah..abg bond pun ada bgtau aritu..slalu dgr kes mcm tu..budak2 memg suke main dlm blk air.fira pun same..tu yg risau tu.

    ReplyDelete