Pages

Thursday, February 10, 2011

SpotCheck

Malam tadi ada spotcheck kat blok kamsis pelajar perempuan.
Pehh... Time tu aku baru jer tido. 
Memang aku letih juga masa tu.
Sedap-sedap aku tido tup2 ada pengumuman
"Kepada semua pelajar perempuan, sila berkumpul di hadapan blok masing-masing"
Sikit lebih kuranglah macam tu pengumuman dia.
Member aku pun kejut aku suwuh aku bangun.
Bangun jer dari tido terus aku tanya dia
"Spotcheck ka?"
Dia pun angguk kepala, aku pun bergegas bangun.

Sebelum nie bilik kitaorang memang kena aim. Ada perempuan busuk hati aka musuh aku sendiri pergi mengadu kat felo (warden kamsis) yang bilik kitaorang nie "bermasalah". Tu lah yang aku geram sangat-sangat.
Kenapa dia tak puas hati? Sebab pakwe aku sekarang pernah terjalin hubungan dengan perempuan tu.
Tapi belum sempat couple lagi. Konon masa-masa nak berkenal-kenallah kot.
Kebetulan pula waktu tu dia pegang jawatan AJK JPK(Jawatankuasa Pengurusan Kamsis)
Kiranya ada "pangkat" juga lah tu.
Dia berdendam dengan pakwe aku sampai dia nak cari jalan supaya pakwe aku nie kena buang dari kamsis.
Dia pun ada bagi mesej mengutuk-ngutuk aku.
Dia cakap aku nie hitam macam negro. Sabar je lah.
Hahahaha...

OK,nantilah aku cerita pasal musuh aku nie.
Now berbalik pada spotcheck kitaorang malam tadi.
Dalam pukul 11lebey kitaorang pun berkumpullah depan blok masing-masing.
Dah macam pendatang asing pun ada aku rasa time tu.
Tapi emosi aku masa tu more pada marah and takut gak apa yang jadi masa spotcheck nanti.
Sampai pukul 12lebey nak dekat pukul satu baru tiba giliran bilik kitaorang. 4 orang dalam satu bilik.
Mula-mula felo lain yang masuk. Periksa sikit-sikit jer. Then clear dia pun keluar dari bilik.
Fuh..lega kitaorang masa tu tak ada apa yang kena.

Berceritalah aku dengan member-member seroomate aku nie tadi. Tup-tup jer ada lagi felo yang masuk bilik kitaorang nak buat spotcheck. Sampai 4 orang lak tu yang masuk.
Adehhh...
Memang diorang spotcheck habis-habisan sebab diorang dah tahu bilik kitaorang ada "story" gara-gara mulut musuh aku nie tadi yang gi mengadu pada felo. Tapi felo tak dapat apa-apa bukti dalam bilik kitaorang.
Tu lah, caya lagi cakap musuh aku tu. Last-last bilik aku gak yang kena aim.
Tapi sayangnya barang-barang untuk memasak kena rampas coz memang peraturan kat sini pelajar di larang masak dalam bilik. Just boleh makan maggi jer.
Rendamlah dalam air panas. 
Pada yang belajar tu memang dah familiar kot dengan cara nie. Kecuali pada pelajar yang memang boleh memasak di dalam bilik. Bawa rice cooker and dapur gas. Yang kitaorang nie bawa rice cooker jer.
Masak dalam rice cooker. Hehehe.. Tapi layan jugalah. Best....

Cuma aku jaranglah join geng-geng aku dalam bilik nie. Sebab aku selalu makan di cafe dengan buah hati aku.
Dekat 20minit aku rasa bilik kitaorang kena geledah sebab nak cari "bukti" tu. Almari,katil,kotak kecil sampai ke kotak semua kena kambur. 
Sampaikan belacan pun diaorang nak ambil. Adeh....
Tapi sempat diselamatkan belacan tu. Felo kasihan dengan kitaorang kot. Member aku suka makan belacan tu. Yang aku nie kalau makan belacan confirm selsema tak pandai nak berhenti. Sebab tu aku kurang sikit dengan belacan nie.

Dah tak dapat "bukti" felo pun frust aka kecewa. 
Keluarlah mereka dari bilik kitaorang yang ternyata bersih dari "story" yang dibawa oleh musuk aku nie tadi..
Macam nie punya perempuan pun ada..

No comments:

Post a Comment