Pages

Wednesday, February 9, 2011

Melaka Negeri Kelahiran Aku Ok

Korang bangga dengan negeri tempat kelahiran korang?
Wow...
Aku?? Korang tanya aku? Mestilah aku bangga. OK,besarkan mata korang baca post aku nie betul-betul. Jangan miss satu word pun.
Good...

Aku lahir kat Hospital Melaka.
Aku sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Merlimau Melaka atau lebih dikenali sebagai SKSM. Walaupun sekolah jauh di pedalaman,tapi sekolah nie bermulanya karier aku sebagai seorang pencerita. Hahaha.. Korang tak percaya ke? Kalau korang tak percaya, korang tanya kawan-kawan aku yang lain. Dari darjah tiga bakat aku diasah sehinggalah ke darjah enam. Semua pertandingan bercerita mesti ada muka aku. Dan aku rasa agak popular juga lah aku masa tu. Haahaha...

Aku sekolah menengah pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yakub, Merlimau Melaka atau lebih dikenali sebagai SDARY. Waktu sekolah menengah tak ada apa yang terlalu menarik aku nak kongsikan. Aku pernah masuk pertandingan bersajak dan pertandingan menyanyi masa ada aktiviti kat sekolah. Dua-dua pertandingan tu aku dapat no3. Hehehehe... Pas tu ada gak aku join pertandingan pidato piala diraja. Wow.. First time aku join pertandingan nie. Peringkat daerah aku johan. Bila tiba peringkat negeri, tettttttttttttt... hehehe... Faham-faham sudah..


Nie lah namanya kapal samudera. Best masuk dalam nie kalau korang dah penat-penat berjalan. Leh duduk sambil ambil aircond. Sejukkan badan yang dah berpeluh. Haha..


Korang bezakan bomba dahulu dengan bomba sekarang. Emm.. Menarik kan..


"dik,tolong jangan panjat yer". Nanti jatuh siapa yang susah. Haa.. Nia adalah keretapi tanah melayu dulu-dulu punyer.. Landasan pun original. Bukan ciplak ok. Tu lah sampai ada yang sanggup nak panjat. Hahaha..


Kalau korang yang berasal dari Melaka, memang korang tahulah macam mana bandar Melaka, macam mana negeri Melaka. But pada sesiapa yang belum nak tahu and belum lagi tahu-tahu macam mana rupa Melaka nie, jom ramai-ramai kita datang Melaka. Orang selalu cakap, dan sejarah pun ada menerangkan Melaka nie banyak tempat-tempat bersejarah. Ye..memang betul. Hospital Melaka pun merupakan sejarah bagi aku sebab kat sana lah aku dilahirkan. Hahaha.. tapi tu sejarah untuk aku je lah. Takde kena mengena dengan korang pun.

Penat aku membebel. Nanti sambung yer.... Wassalam

No comments:

Post a Comment