Pages

Wednesday, February 23, 2011

Luka Perempuan

Manusia dibezakan antara lelaki dan perempuan. Berbeza juga dari sifat semulajadi yang telah dianugerahkan pada lelaki dan perempuan. x payah aku nak jelaskan apa perbezaannya. Korang pun tahu sendiri aku rasa.
Jadi kat sini aku nak celoteh tentang luka perempuan. Bukan sebab luka kena pisau, kena kaca ker, tapi luka dengan perbuatan seseorang. Aku jeniskan perempuan nie pada 2 kategori lah. Satu kategori yang jenis cepat pemarah dan satu jenis lagi jenis yang suka berdiam. 

Kalau korang kenal dengan orang yang jenis pemarah nie, nasib malang korang lah. Memang kalau korang buat salah sikit pun, kategori nie akan cepat melenting x kiralah apa pun. Kalau korang kenal dengan yang suke berdiam nie masalah malang korang lagi terok. Bila korang dapat yang marah at least dia akan luahkan apa semua yang dia x puas hati. So dari situ korang boleh nilai apa keburukan yang korang dah buat. Apa yang menyebabkan dia x puas hati dengan korang. Tapi bila dapat yang pendiam nie macam mana? Korang x kan tahu apa yang ada dalam hati dia. Korang x kan dapat baca.

Sebenarnya orang yang pendiam nie, dia simpan semua rasa sakit hati dia. Dia jenis x suka nak meluahkan. Sakit hati tu semakin lama akan semakin lukakan hati dia tanpa korang sedari. Luka yang sikit tu makin lama akan menjadi semakin dalam, semakin parah. Walaupun dia cuba dan tetap bertahan dengan korang, tapi jangan terkejut bila satu hari sifat pendiam tu akan berubah menjadi ganas. Dekat situlah baru korang akan rasa sakit macam mana rasa sakit hati yang korang pernah wujudkan pada kategori nie dulu.

Jadi bila tibanya saat tu, x guna lagi korang nak salahkan perempuan kategori nie. Dah terlambat. Bila korang jumpa kategori nie, pertama sekali korang kena faham dia. Bila dia berdiam, tak semestinya dia marah tak semestinya juga dia suke. So, korang sendiri kenalah jaga perlakuan korang. Kenapa aku bercerita nie semua? Sebab aku adalah kategori perempuan yang lebih suka berdiam diri. Tapi diam aku tak bererti aku nie xde perasaan. Diam aku tak bererti aku kalah, tak bererti aku tewas.

Aku mudah memaafkan tapi aku tak mudah untuk melupakan.. Itu adalah aku...

No comments:

Post a Comment