Pages

Wednesday, February 23, 2011

Kalau cinta kata cinta

Nie aku nak membebel sekejap. Lantak koranga lah nak baca ke tak nak. Sape yang tak nak baca tu korang tutup ar lubang hidung korang sendiri k. Aku nak cakap sikit nie, Korang baca tak tajuk aku kat atas tu? Apa yang aku tulis?? Apa yang aku taip?? Kalau cinta kata cinta kan? Korang tahu ker apa maksud dia tu? Senang cite macam nie lah. Kalau korang pergi ke kedai mamak ker, kedai roti canai ker, kalau korang nak pesan makanan, korang akan minta kan makanan apa yang korang nak?

Haaa... tu lah salah satu contoh dia. Kalau korang dah betul-betul syok kat seseorang nie, korang kenalah berani nak luah kan. Takkan tu pun aku nak ajar macam mana nak luahkan. Sama ada orang yang korang minat tu akan bagi respon ataupun tidak tapi sekurang-kurangnya korang dah luahkan apa yang korang rasa. Korang pk perasaan kita nie macam asam jeruk ker? Boleh dipendam jer lama-lama. Stokin pun boleh berbau tau tak kalau korang biarkan jer..

Aku bukan ape. Aku tak suka korang nak tipu perasaan korang sendiri. Cinta tu kan sesuatu yang indah. Kenapa korang nak tipu-tipu.. Last-last korang yang sakit hati sendiri. Mana tahu kot-kot orang yang korang syok pun suka kat korang juga. Haaa.. Kan dah satu perkara yang best tu.. Korang juga yang bahagiakan? Kalau korang lambat nak bagitahu tup2 orang yang korang suka tu dah terima orang lain?? Haaa... Siapa yang rugi.. Jangan malu nak luahkan perasaan korang. Terutama yang lelaki nie.. Chill man... Korang kan lelaki.. Apalah salahnya mulakan dulu..Apa salahnya mengalah.. emm...

Dah2..korang pk lah sendiri apa yang aku membebel nie...

No comments:

Post a Comment