Pages

Tuesday, February 8, 2011

Cukup-cukuplah

Korang pernah bercinta ke? Korang pernah putus cinta?
Apa yang korang rasa bila korang putus cinta, orang yang pernah korang sayang dulu cerita yang bukan-bukan tentang korang bila korang dah putus?
Korang rasa geram? Sakit hati? Marah?

Kadang-kadang aku tak faham. Masa bercinta sayang bukan main. Bak kata orang kentut pun wangi. Tapi bila dah putus, mula cerita tentang keburukan ex pada orang lain. Masa korang bercinta,korang tak pernah nak nampak keburukan tu.Korang tak pernah nak tegur. Bila dah putus baru korang nak sebarkan satu dunia yang ex korang mempunyai 1001 keburukan. Dari satu cerita ke satu cerita. Kalau cerita tu benar boleh juga dipertimbangkan. Nie cerita yang memang boleh mengaibkan dan menjatuhkan air muka ex itu sendiri.
Janganlah macam tu. Setiap orang ada keburukan. Tak semua dalam dunia nie perfect.

Aku pun bercinta juga. Aku pun pernah putus cinta juga. Tapi aku tak pernah nak burukkan ex aku pada orang lain sebab aku tahu semua orang ada buat kesilapan dan semua orang tak sempurna. Pakwe aku sekarang pun ada juga ex-ex lama. Dan ada juga ex-ex lama nie yang bawa cerita bukan-bukan tentang pakwe aku ni merangkap ex diaorang.

Aku tak boleh nak judge dia ikut cerita korang sebab aku tak tahu sejauh mana kebenaran cerita korang. Tapi sepanjang bertahun aku kenal dia, aku tahu sape dia. Aku tahu macam mana dia. Apa yang aku tak suka dari segi cara dia,perbuatan dia, aku tegur. Macam yang aku cakap tadi, tak semua orang dalam dunia ni sempurna termasuklah korang. Benda yang dah lepas tu, aku tak boleh nak jadikan penyebab untuk aku hukum orang. Setiap manusia ada hak dan boleh berubah. Dan aku yakin dengan cinta aku.






No comments:

Post a Comment