Pages

Sunday, February 27, 2011

Biar ku simpan cintaku

Biarlah orang nak berbicara mengenai aku. Aku dah letih. Letih untuk hidup dalam perkataan cinta. Dulu aku terlalu agungkan cinta. Tetapi cinta yang aku agungkan itu adalah cinta yang memakan diri aku sendiri. Cinta yang aku agungkan dulu adalah cinta yang menyakitkan aku sendiri. Mungkin ini adalah balasan kepada aku kerana lebih mengagungkan cinta sesama manusia daripada mengagungkan cinta aku kepada tuhan.

Aku tidak mahu terluka lagi untuk yang kesekian kali. Perit hati aku. Meskipun berjuta maaf telah kau lafazkan, tapi aku tak mampu lagi untuk bertahan. Aku tidak terdaya apabila tubuh badan aku menjadi bahan permainan orang untuk disakiti. Dan aku lagi tidak berdaya untuk bermain dengan perasaan. Perasaan sakit hati, perasaan sedih, perasaan terkilan.. Terlalu perit, terlalu sakit. Aku bertanya kepada diri aku sendiri. Kenapa aku tidak memaafkan sahaja perbuatan dia. Kenapa tidak aku lupakan sahaja perbuatan dia? Kenapa? 

Aku tidak mampu. Sudah berkali aku beri peluang. Sudah berkali aku menitis air mata. Sudah berkali aku mengeluh sakit setiap kali aku diperlakukan sebegitu rupa. Dan setiap kali itulah perkataan maaf akan keluar dari mulut dia. Dan setiap kali itulah kerana cinta, kerana sayang, aku terus memberi peluang. Tapi maaflah sayang.. Meskipun aku terlalu sayangkan kamu, aku tak terdaya lagi nak memikul bebanan ini. Aku tidak terdaya lagi mengalir airmata kerana sifat panas baran kamu. Kerana hormat aku terus bertahan selama ini. Tetapi tidak pada kali ini. Cukuplah di atas segala-galanya. 

Aku mampu untuk hidup sendiri. Aku mampu berdikari sendiri. Masih mengalir airmata aku setiap kali teringat semua perbuatan kamu. Maafkan aku. Aku tidak berdaya. 

Ku masih lagi teringat

Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya
Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Aku perlu membuat keputusan aku sendiri. Cinta aku pada siapa, sayang aku pada siapa, biarlah aku simpan sendiri di dalam lubuk hati aku. Sekarang aku cuma berserah kepada tuhan untuk menentukan perjalanan hidup aku. Walaupun perit, walaupun sakit yang terpaksa aku tempuh, aku redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan. 

Kepada insan bergelar lelaki, bimbinglah wanita yang kamu sayang, jagalah wanita yang kamu sayang. Meskipun kamu telah kata, kamu telah menjaganya, tapi bukanlah setakat menjaga makan,minum, kesihatan.. Jagalah dari segi tingkah laku kamu. Jagalah dari segi perlakuan kamu. Jagalah hati dan perasaan pasangan kamu sebaik mungkin. Kamu tidak akan menyesal melakukan itu semua sekiranya percintaan kamu berakhir dengan kebahagiaan. 

2 comments:

  1. wlupun kak ayu x tau pe yg terjadi..tp kak ayu hrp ikin byk2 sbr k..tumpukan pd study ikin.gud luck n take care.

    ReplyDelete
  2. Thanks kak...insyaAllah... do my best....

    ReplyDelete