Pages

Friday, February 25, 2011

Aku tak kuat

Blog aku malam nie berbaur sedih dan terkilan. Fikiran aku kosong melayang-layang tak tentu haluan. Mungkin terlalu banyak kesalahan yang aku lakukan dulu sehingga aku mengalami nasib yang macam nie. Puas aku renung diri, puas aku bertanya pada diri. Kesalahan apa yang aku lakukan? Kekurangan apa yang aku miliki?

Aku masih mampu bertahan selagi mana aku termampu. Tapi sampai bila? Bila teruskan aku sakit,bila lepaskan aku sayang. Aku tiada pilihan. Aku perlu diam dan biarlah takdir yang menentukan segala-galanya. Tapi sampai bila? Puas aku menangis sendiri.. Puas aku merenung diri sendiri. Tiada kekuatan dalam diri aku untuk melawan. Tiada kekuatan dalam diri aku untuk mempertahankan diri aku sendiri. Adakah aku haya layak untuk diperlakukan sedemikian rupa. Adakah hati aku untuk dicalar? Adalah tubuh aku untuk disakitkan? Kenapa aku tak mampu nak melawan? Semua adalah kerana cinta. Benar cakap orang cinta itu buta.. Aku buta dalam perjalanan aku sendiri menerima cinta. Aku buta dalam perjalanan aku sendiri mengejar cinta..

Kuatkah aku? Mampukah aku? Mampukah aku untuk bersabar dengan semua ini. Mungkin dugaan bagi aku...

No comments:

Post a Comment