Pages

Sunday, January 9, 2011

Januari 9

Semalam sehari-hari NY tidur. Kurang sihat. Ada kelas dari jam 8 sampai jam 12 tengahari. Hari sabtu. Walaupun tidak sihat, NY melangkah juga pergi ke kelas. Bila dalam kelas, dengar NY batuk-batuk jer. NY lambat masuk kelas pagi semalam sebab NY memang tidak sedar hari dah pagi. Nasib kawan NY yang tolong kejutkan. Bila masuk kelas lambat NY pun kena marah, tapi apa boleh buat. NY terima je lah. Dah nama pun hendak belajar.

Sekarang ni tekak NY memang perit sangat-sangat. NY batuk terus. Macam batuk kering. NY selsema lagi. Nasib badan NY berpeluh-peluh. MSF bg sweater kt NY untuk hilangkan sejuk NY. NY pakai je lah. NY teringat masa NY demam di rumah, tekak NY sakit dan NY batuk tak henti-henti. Mak NY bangun dari tidur. Masa tu jam kalau tak silap NY pukul 2 lebey.. Waktu pagi... Mak terbangun bila dengar NY batuk x henti-henti. Mak pergi dapur dan mak hiris sepotong halia dan suruh NY letak kat leher NY. Letak dekat kerongkong NY. Lega NY rasa... Lepas tu mak sapukan minyak angin kat badan NY. Muliakan hati seorang ibu. Sanggup bangun awal-awal pagi demi anak-anak walaupun anak-anak dan besar and boleh manage diri sendiri.

Sebab tu NY sayang sangat dengan mak NY.

Thanks mak.. :)

No comments:

Post a Comment