Pages

Tuesday, January 18, 2011

Jangan salahkan aku

Aku tak pernah minta apa-apa selain kau faham apa yang ada dalam isi hati aku.
Aku tak pernah minta apa-apa selain ingin kau mengerti bagaimana perasaan aku.
Tolonglah sekali mengerti bahawa aku juga kadang-kala ingin menjaga kamu, ingin merasakan tanggungjawab bila bersama kamu.

Adakah kau merasakan, 
apabila aku meminta kamu melakukan sesuatu bererti aku memerintahkan dirimu? 
Adakah kau merasakan,
apabila aku menegur kamu bererti aku memarahi kamu?
Sukarkah untuk menerima teguran aku seperti mana diri aku yang boleh menerima positif teguran kamu?

Tolonglah..
Salahkah sekiranya aku menegur kamu demi kebaikan kamu?
Salahkah aku melakukan sesuatu demi kebaikan kamu?

Jika kau tidak dapat menerima semua ini..
OK...Tapi 
Adakah kau suka sekiranya aku tidak menerima pendapat kamu?
Adakah kau mahu aku tidak mengikut nasihat kamu?
Adakah kau terima sekiranya aku mengatakan aku tidak mahu dijaga oleh kamu?
Bolehkah kamu terima sekiranya aku mengatakan
"aku boleh jaga diri aku sendiri"
Bolehkah kamu?

Bila aku merenung ketempat lain, bukan bererti aku memarahi kamu
Bila aku memandang ketempat lain, bukan bererti aku tidak ada selera melihat kamu
Tolonglah faham
Dan
Tolong hentikan kata-kata sebegitu..
Kadang-kala aku memandang tempat lain,
banyak persoalan yang bermain di benak fikiran ini..

Adakah aku tak layak menasihatkan kamu?
Adakah aku tak layak menegur kamu?
Tapi aku tolak jauh-jauh semua persoalan ini bila melihat kau sihat di depan aku...
Aku tolak jauh-jauh semua tanda tanya ini bila lihat kau di depan aku..

Biar aku sakit,
Biar aku lapar,
Biar aku dahaga,
Biar aku terluka,

Aku gembira bila melihat kamu sihat walaupun aku tidak menzahirkan kegembiraan aku,
tapi jauh dilubuk hati aku,
aku tersenyum setiap kali melihat kau berada di depan aku...


No comments:

Post a Comment