Pages

Thursday, January 13, 2011

Jangan Pergi Seandainya Aku Masih Di sini

Aku selalu bertanya kepada malam,
Adakah malam akan merindui siang?
Aku selalu bertanya kepada siang,
Adakah siang akan merindui malam?

Tapi kenapa aku harus bertanya dan terus bertanya
Sedangkan aku tidak akan mendapat sebarang jawapan
Kenapa aku mesti bertanya

Cinta indah bersulamkan kasih sayang
Indah berselangkan keikhlasan
Seperti malam bersama siang
Seperti bulan bersama bintang

Lalu ku bertanya kepada bulan,
Adakah tenang bersama bintang?
Berpaling ku kepada awan,
Adakah bahagia membawa hujan?

Cintai aku selagi aku bernyawa,
Kasihi aku selagi termampu,
Kerana selamanya aku tetap bersama

Jangan pergi seandainya aku masih bernyawa
Jangan pergi seandainya aku masih ada


_____________________ Aku ada jika kau ada___________________


1 comment: