Pages

Friday, January 7, 2011

07 Januari 2011

Kenapa terus 07 Jan? Mana 06 Jan? Sedih.. semalam tak sempat hendak post apa-apa dalam blog NY. 
Mana tak nya, NY rasa letih sangat buat kerja. Betul cakap orang, letih mental lagi teruk dari letih fizikal.
Apabila kita banyak berfikir, sebenarnya kita bekerja lebih banyak dari kita buat kerja
secara fizikal.
Emm..

NY kena siapkan tugasan-tugasan yang pensyarah bagi. Bukan buat kerja last minute tapi hari-hari ada kerja yang hendak disiapkan dan yang hendak dihantar. Inilah lumrah seorang pelajar. Bukan senang untuk mendapat segulung Diploma atau Ijazah.

Kalau tiada tekad yang mendalam dalam diri ini,
mungkin...mungkin NY dah lama berhenti dari pengajian.
Tapi bila NY berfikir duit yang NY dah guna, duit arwah abang NY, duit mak dengan abah, 
NY kuatkan semangat NY walaupun jauh dari keluarga NY.
InsyaAllah... Ada pingat yang NY akan bawa pulang untuk mak dan abah NY di kampung.
Pingat apa??
Tentulah pingat Anugerah Kecemerlangan Pelajar..
InsyaAllah... Sama-sama doakan NY ok?

Hari ini NY bangun pukul 230 pagi. Awalkan? NY kena bangun untuk cari maklumat dan siapkan proprosal NY. Masa-masa macam ni idea datang mencurah-curah. Senang sikit NY hendak cari idea untuk tulis proposal NY. NY hendak bangunkan Sistem Pengiraan Permarkahan HPNM Pelajar. Guna java tau.
Hebat ker?
Hahahahaha.. Macam biasa je ni. NY pun bukan pandai sangat. Buat mana yang termampu jer.

Sakit sangat kepala NY semalam. Mungkin NY tak cukup rest, tak cukup tidur.
Situasi sekarang ini, NY lapar sangat-sangat. Sebab malam tadi NY tak makan. Last NY makan pukul 430 petang semalam.
Bila dah pukul 4pagi ni
Pedih perut NY nie macam orang kena gastrik.
Perghhh...
Menggigil tangan NY hendak taip proposal. Tak dapat tahan lagi. Terus NY pergi panaskan air dan rendam mee.
Adatlah makan mee rendam. Mana ada tong gas boleh bawa masuk dalam asrama ni.
NY pun makan mee dan nestum untuk alas perut.Tapi perut ni tetap pedih. 
Mungkin sebab dah terlewat makan.
Aduh!!!!!!!!!

Terus NY teringat, 
kalau NY kat rumah tentu pemakanan NY terurus. Kalau lapar tengah-tengah malam pun NY boleh pergi makan. Boleh gi dapur.
Kat sini??
Cafe pukul 10 dah tutup.
Kalau NY lapar pukul 4pagi macam hari ini macam mana?
Kalau NY duduk luar mungkin dapatlah NY makan kat kedai.
Tapi mana mampu NY nak duduk luar.

Sakitnya perut NY sekarang!

Sakit sangat.. :(



No comments:

Post a Comment