Pages

Wednesday, January 19, 2011

Bila aku hendak kawen?

Hehehe..
Pang....pang..kompang..kompang..kompang..pang..bung..bung...gebung..gebung..gebung....
Kihkihkihkihkih...


Pagi tadi aku post kat fb aku, hehehehe.. korang tengok tu.. 30 komen aku dapat termasuk aku..:p
Aku saja-saja post status nie sekali komen nahhhhhhhh.. bersusun... Hehehe.. Thanks pada semua yang bagi aku nasihat, pada kawan-kawan aku, pada akak aku.. Aku tahu banyak cabaran bila dah berumahtangga ni. Aku tengok pun aku takut nak kawen.. Tapi tu lah.. benda nie lumrah manusia.. Yang penting jodoh dah ditetapkan oleh Allah.. Kalau cepat jodoh aku datang, cepat lah aku kawen. Kalau lambat,lambat lah.., Hehehehe... 

Bila dah bergelar isteri nie adalah perkara yang paling mudah untuk melangkah ke syurga.. Taat pada suami, taat pada Allah.

But now, as a student the most important is aku kena abxkan dulu stdy aku. Sebab aku nak dapatkan kerja! Nak dapatkan kerja untuk aku tolong mak aku, tolong adik-adik aku sambung belajar and aku nak beli semua barang yang aku xdapat nak beli sebelum ini. Aku nak bagi adik-adik aku, anak buah aku, duit raya bila hari raya.. Best... aku suke bile dowg dapat duit dari aku. Aku suke bila dengan dowg cakap "kak iqen bagi duit raya, mak itam bagi duit raya ".. aku suke... aku suke dengar..

Aku suke layan adik-adik aku dengan anak buah aku. Ingat lagi duit ptptn yang aku dapat, aku belikan anak buah aku bajak.. Banyak.. Hehehe... Aku belikan adik aku mainan... Best tengok dowg suke bila aku bagi barang-barang macam tu..


Audio Video Punyer Citer

Aieee... Aku kunci jam pukul 6.30 tapi aku bangun pukul 7 pagi. Dengan muka yang kurang berseri, aku ambil baldi, aku ambil barang-barang mandian aku and aku terus gi tandas. Erkkkkk.. Aku rasa tandas pagi nie dah berubah menjadi kaunter pertanyaan. Ramai yang beratur. Aku dengan muka yang menunjukkan kekecewaan terus balik bilik. Nasiblah bilik aku dengan tandas tak berapa nak jauh. 4,5 langkah jer...

Terus aku masuk bilik and buka almari.. Tidur... Zzzzzzzz.. Erkk...bukan aku tidur dalam almari k. Hati aku hendak tidur tapi mana boleh tidur. Jam 8 ada kelas audio video. Emmm.. Aku pun buka almari and keluarkan baju kurung aku warna silver. Sementara ramai orang kat tandas, bagus aku iron baju aku dulu. So tak de lah aku waste time. 

Iron punye iron punye iron,adik aku (roomate) baru abix mndi. Dia nya kelas jam 730. Dia terlewat bangun ari ni. Aku bangun tidur baru dia bangun. Kesian tengok dia kelam kabut aku bagi lah dia iron dulu. Dia iron seluar and  baju kemeja dia aku tolong ironkan. Nanti lambat pula dia gi kelas and lambat pula aku siap iron baju aku. hahahaha... Ok,now akhirnya siap juga..So, hati dah puas, baju kurung siap ku iron,selendang pun siap ku  iron. Now time to mandi and aku pun ambil baldi and barang mandian dengan harapan tandas dah kosong. Emmm.. Aku nampak roomate aku masih lagi tunggu turn. Alamatnya kalau aku pun tunggu memang lambat bersiap lah jawabnya. Dah lah aku nie mandi berjam. So aku pun pergi lah tandas dekat wing sebelah.

Kosong..buka paip..fuh ada air.. apa lagi... llalalalalalalala.. siap mandi then balik bilik and bersiap. Pakai cream muka, pakai bedak.. (Wajib) then tiba-tiba ada mesej masuk

"Salam..kelas ari nie mula jam 830 boleh? bagitahu yang lain yer",pesanan dari pensyarah aku..

Emmm.. so,aku bagitahu lah pada member-member aku and pada junior.Teruskan bersiap and jam 815 aku and the geng gi jabatan ( fakulti )... Tunggu punye tunggu punye tunggu jam 9 baru pensyarah masuk. Bagi nota sikit and terangkan pasal nota, cara-cara ambil gambar and wat video. Then dia bagi video camera untuk kitaorang buat amali. Pas tu balik.. Wahhh.. senangnya kelas macam ini. kelas yang sepatutnya 3jam jd setengah jam jer.. Tapi yang strees nye bila kena tunggu lama-lama. Sampai boleh tertidur dalam kelas. 

Aku kongsikan sedikit apa yang aku belajar ari nie berkaitan dengan "camera shot"















So,korang jangan snap sesuka hati jer.. Ade cara and ada nama bagi setiap shot yang korang ambil.. Learning from now. At least korang tahu about camera shot.. hahaha... 

Tuesday, January 18, 2011

Jangan salahkan aku

Aku tak pernah minta apa-apa selain kau faham apa yang ada dalam isi hati aku.
Aku tak pernah minta apa-apa selain ingin kau mengerti bagaimana perasaan aku.
Tolonglah sekali mengerti bahawa aku juga kadang-kala ingin menjaga kamu, ingin merasakan tanggungjawab bila bersama kamu.

Adakah kau merasakan, 
apabila aku meminta kamu melakukan sesuatu bererti aku memerintahkan dirimu? 
Adakah kau merasakan,
apabila aku menegur kamu bererti aku memarahi kamu?
Sukarkah untuk menerima teguran aku seperti mana diri aku yang boleh menerima positif teguran kamu?

Tolonglah..
Salahkah sekiranya aku menegur kamu demi kebaikan kamu?
Salahkah aku melakukan sesuatu demi kebaikan kamu?

Jika kau tidak dapat menerima semua ini..
OK...Tapi 
Adakah kau suka sekiranya aku tidak menerima pendapat kamu?
Adakah kau mahu aku tidak mengikut nasihat kamu?
Adakah kau terima sekiranya aku mengatakan aku tidak mahu dijaga oleh kamu?
Bolehkah kamu terima sekiranya aku mengatakan
"aku boleh jaga diri aku sendiri"
Bolehkah kamu?

Bila aku merenung ketempat lain, bukan bererti aku memarahi kamu
Bila aku memandang ketempat lain, bukan bererti aku tidak ada selera melihat kamu
Tolonglah faham
Dan
Tolong hentikan kata-kata sebegitu..
Kadang-kala aku memandang tempat lain,
banyak persoalan yang bermain di benak fikiran ini..

Adakah aku tak layak menasihatkan kamu?
Adakah aku tak layak menegur kamu?
Tapi aku tolak jauh-jauh semua persoalan ini bila melihat kau sihat di depan aku...
Aku tolak jauh-jauh semua tanda tanya ini bila lihat kau di depan aku..

Biar aku sakit,
Biar aku lapar,
Biar aku dahaga,
Biar aku terluka,

Aku gembira bila melihat kamu sihat walaupun aku tidak menzahirkan kegembiraan aku,
tapi jauh dilubuk hati aku,
aku tersenyum setiap kali melihat kau berada di depan aku...


Rindu my Hometown

Assalammualaikum..

Mood NY sekarang rindu dengan hometown NY dekat jasin tu..
Rindu to mom, rindu to everything..
Bila NY ada masalah atau ada something yang mengganggu fikiran NY bila NY kat sarawak nie,
perkara pertama yang NY akan rindu adalah hometown NY.
Bila kat kampung and setiap kali NY sedih, NY rasa nak menangis,
NY akan masuk bilik and nangis sepuas hati NY.
Ataupun bila fikiran NY terganggu,
NY akan masuk bilik juga.


NY boleh rest mind NY dengan suasana yang sunyi.
Tapi kat sini tak dapat NY buat macam tu.
NY berkongsi bilik dengan 3rakan yang lain. So,faham-fahamlah...
Masing-masing ada hak masing-masing and NY kena hormat setiap seorang.
NY tak biasa nangis depan orang.
Nangis dalam hati jer lah jawabnya.

Kenapa NY mesti menangis?
Bila NY merasakan ada beban yang NY tidak dapat hendak tanggung,
perkara  yang akan NY lakukan adalah menangis.
Menangis dan terus menangis sehinggalah NY rasa lega.



Halaman rumah NY. Tenang bila waktu pagi. Miss sangat-sangat. Sekarang bulan 1, bulan 5 nanti baru NY akan balik kampung.. Lama sangat nak tunggu.. 


Korang pernah rasa ke apa yang NY rasa bila korang jauh dari family korang. Walaupun umur NY tahun ini dah mencecah 23 tahun tapi NY tetap pentingkan family walau apa pun yang berlaku.
Bagi NY, family NY lah sumber inspirasi NY sehingga sekarang 
and
InsyaAllah sampai bila-bila...

Sunday, January 16, 2011

Gara-gara Salah Tengok Tarikh

Uwarrrrrrrrrrrr...
Excited NY dengan tajuk and hendak masuk contest,
sampaikan NY salah tengok tarikh. 
Uwarrrrrrrrrr.

Dengan line yang slow, NY nak upload poster lagi wat jantung NY dagdugdagdug takut tak sempat hantar..
Tapi gupenye tarikh last 15 haribulan 2 jam 11.59pm lah. Bukan 15 haribulan 1..
Adoiiiiiiii...

Rasa geram pun ada, nak nangis pun ada. Malu pun ada sebab tuan punye blog yang buat contest nie dah tengok.
Eeeeeeeeeeeeeeeeee...
Uwarrrrrrrrrrrrrrrr...

Xpe..xpe.. NY hendak cari maklumat and edit gambar untuk NY buat entri terbaru untuk join contest ni.
Mana tahu kot2 rezeki NY.
heheheh

Kalau korang berminat hendak join contest ini, korang klik jer gambar kat sidebar NY nie. NY dah siap2 link kan url pemilik blog tersebut kat gambar sebelah nie..
Tajuk contest ni berkaitan kitar semula ok..
Hehehehe

(^_^)

Pertandingan : Apa Itu Kitar Semula


Menyertai Pertandingan : Apa Itu Kitar Semula untuk mengasah kembali minda dan pengetahuan am yang hampir berkarat nie.. 
Lebih lanjut sila klik tajuk di bawah :

Satu entri yang mampu mengubah persepsi dan pandangan semua peringkat usia berkaitan isu kitar semula.
Cerita yang aku hasilkan merupakan apa yang aku ingin kongsikan berkaitan dengan kitar semula.

Bab 1


Bab 2


Bab 3

Kalau seorang anak kecil mengerti apa itu kitar semula, bagaimana dengan kita...? Renung-renungkan dan selamat beramal... (^_^)

Bab Terakhir

___________________________________________________________________________
Sekian.....

Thursday, January 13, 2011

Jangan Pergi Seandainya Aku Masih Di sini

Aku selalu bertanya kepada malam,
Adakah malam akan merindui siang?
Aku selalu bertanya kepada siang,
Adakah siang akan merindui malam?

Tapi kenapa aku harus bertanya dan terus bertanya
Sedangkan aku tidak akan mendapat sebarang jawapan
Kenapa aku mesti bertanya

Cinta indah bersulamkan kasih sayang
Indah berselangkan keikhlasan
Seperti malam bersama siang
Seperti bulan bersama bintang

Lalu ku bertanya kepada bulan,
Adakah tenang bersama bintang?
Berpaling ku kepada awan,
Adakah bahagia membawa hujan?

Cintai aku selagi aku bernyawa,
Kasihi aku selagi termampu,
Kerana selamanya aku tetap bersama

Jangan pergi seandainya aku masih bernyawa
Jangan pergi seandainya aku masih ada


_____________________ Aku ada jika kau ada___________________


Hujan Jam 3pagi

Jam NY sekarang nie pukul 3.22pagi.
Kenapa NY tidak tidur lagi?
Macam mana NY hendak tidur..
Terlalu banyak tugasan,latihan, dan kajian yang hendak disiapkan..

Letih sangat badan ini.
NY rasa hendak tidur sekejap hilangkan letih NY nie.
Tapi sebelum tu NY hendak jengah-jengah blog,
update cerita NY.

Sekarang nie musim hujan di tempat NY belajar.
Dah hampir seminggu NY batuk-batuk, selsema.
Sekarang masih lagi batuk dan selsema.
Macam-macam ubat NY makan.
Adalah beransur pulih.
Kalau masih tidak pulih,
NY tetap kena cakap NY dah pulih.
Kalau tidak...........
MSF akan beli ubat dan beli ubat terus.
adehhhhhhh...
Tak sanggup NY hendak habiskan semua ubat yang MSF bagi.
Shhhhhhhhhhhhh..
Jangan bagitahu MSF..

Hujan yang turun bagaikan mutiara

NY menggigil kesejukkan nie.Tak dapat nak taip apa-apa dah nie....
sorryyyyyyyyyyyyyyyyyyy.....
bye...
muahhhhhhhhhhhhh...

Sunday, January 9, 2011

Hanya keluarga NY.

Pagi tadi baru story about my mom.. tup2 tadi mom ada telefon NY. Hehehehehe.. Lama NY tidak berborak dengan mak. Terima kasih pada my sis yang meminjamkan telefon pada mom. 
Saja mom call tanya khabar. Macam tau-tau jer my mom nie NY tidak sihat. My mom pesan pagi-pagi banyakkan minum air suam. My mom pun kurang sihat juga. My mom baru balik dari memotong. 
Cian my mom kan.. 

Tunggulah NY dah kerja nnti, NY akan tolong my mom. NY gantikan tempat arwah abang NY tu. Tolong mom dan adik-adik yang lain. Biar mereka belajar pandai-pandai.Jangan jadi macam NY ni.
InsyaAllah.. Cuma NY berdoa panjangkan umur NY untuk NY ada kesempatan balas budi mom and dad NY yang tolong NY sambung belajar ni. 
Ada kesempatan pada NY untuk balas jasa Kak Siti yang bagi duit pada NY masa mula-mula NY sambung belajar.
Ada kesempatan pada NY untuk balas jasa abang bond, abg ayie, abang aied yang pernah ambil dan hantar NY pergi airport awal-awal pagi setiap kali NY kena mulakan kuliah.
Ada kesempatan pada NY untuk balas jasa kak ain, kak yati yang selalu tolong NY, bagi pinjam duit,pinjam kereta pada NY, bagi semangat pada NY.
Ada kesempatan pada NY untuk balas jasa abg mamat yang pernah pinjamkan motor dia pada NY.
Ada kesempatan pada NY untuk balas jasa adik ila yang terpaksa tunggu untuk NY abis belajar.
Ada kesempatan pada NY untuk NY bantu adik-adik NY yang lain, adik syira, adik ika, adik efa, adik alun, adik dendong sekolah tinggi-tinggi.

Doakan untuk kesihatan NY agar NY ada kesempatan untuk balas semua jasa-jasa keluarga NY.
InsyaAllah.
Tidak lupa juga pada kakak ipar NY, kak ayu yang selalu tolong belikan tiket kapal terbang NY guna duit dia sendiri. InsyaAllah, ada rezeki NY ganti duit kak ayu. InsyaAllah.. Doakan kesihatan NY.
Pada kak shida juga yang terpaksa pergi kerja bawa motor bila abg ayie kena hantar NY pergi airport. Terima kasih.. Doakan kesihatan NY. InsyaAllah setiap pengorbanan korang NY akan balas jika ada rezekinya.
Doakan NY ok...

Sayang Family NY tau!

Januari 9

Semalam sehari-hari NY tidur. Kurang sihat. Ada kelas dari jam 8 sampai jam 12 tengahari. Hari sabtu. Walaupun tidak sihat, NY melangkah juga pergi ke kelas. Bila dalam kelas, dengar NY batuk-batuk jer. NY lambat masuk kelas pagi semalam sebab NY memang tidak sedar hari dah pagi. Nasib kawan NY yang tolong kejutkan. Bila masuk kelas lambat NY pun kena marah, tapi apa boleh buat. NY terima je lah. Dah nama pun hendak belajar.

Sekarang ni tekak NY memang perit sangat-sangat. NY batuk terus. Macam batuk kering. NY selsema lagi. Nasib badan NY berpeluh-peluh. MSF bg sweater kt NY untuk hilangkan sejuk NY. NY pakai je lah. NY teringat masa NY demam di rumah, tekak NY sakit dan NY batuk tak henti-henti. Mak NY bangun dari tidur. Masa tu jam kalau tak silap NY pukul 2 lebey.. Waktu pagi... Mak terbangun bila dengar NY batuk x henti-henti. Mak pergi dapur dan mak hiris sepotong halia dan suruh NY letak kat leher NY. Letak dekat kerongkong NY. Lega NY rasa... Lepas tu mak sapukan minyak angin kat badan NY. Muliakan hati seorang ibu. Sanggup bangun awal-awal pagi demi anak-anak walaupun anak-anak dan besar and boleh manage diri sendiri.

Sebab tu NY sayang sangat dengan mak NY.

Thanks mak.. :)

Friday, January 7, 2011

07 Januari 2011

Kenapa terus 07 Jan? Mana 06 Jan? Sedih.. semalam tak sempat hendak post apa-apa dalam blog NY. 
Mana tak nya, NY rasa letih sangat buat kerja. Betul cakap orang, letih mental lagi teruk dari letih fizikal.
Apabila kita banyak berfikir, sebenarnya kita bekerja lebih banyak dari kita buat kerja
secara fizikal.
Emm..

NY kena siapkan tugasan-tugasan yang pensyarah bagi. Bukan buat kerja last minute tapi hari-hari ada kerja yang hendak disiapkan dan yang hendak dihantar. Inilah lumrah seorang pelajar. Bukan senang untuk mendapat segulung Diploma atau Ijazah.

Kalau tiada tekad yang mendalam dalam diri ini,
mungkin...mungkin NY dah lama berhenti dari pengajian.
Tapi bila NY berfikir duit yang NY dah guna, duit arwah abang NY, duit mak dengan abah, 
NY kuatkan semangat NY walaupun jauh dari keluarga NY.
InsyaAllah... Ada pingat yang NY akan bawa pulang untuk mak dan abah NY di kampung.
Pingat apa??
Tentulah pingat Anugerah Kecemerlangan Pelajar..
InsyaAllah... Sama-sama doakan NY ok?

Hari ini NY bangun pukul 230 pagi. Awalkan? NY kena bangun untuk cari maklumat dan siapkan proprosal NY. Masa-masa macam ni idea datang mencurah-curah. Senang sikit NY hendak cari idea untuk tulis proposal NY. NY hendak bangunkan Sistem Pengiraan Permarkahan HPNM Pelajar. Guna java tau.
Hebat ker?
Hahahahaha.. Macam biasa je ni. NY pun bukan pandai sangat. Buat mana yang termampu jer.

Sakit sangat kepala NY semalam. Mungkin NY tak cukup rest, tak cukup tidur.
Situasi sekarang ini, NY lapar sangat-sangat. Sebab malam tadi NY tak makan. Last NY makan pukul 430 petang semalam.
Bila dah pukul 4pagi ni
Pedih perut NY nie macam orang kena gastrik.
Perghhh...
Menggigil tangan NY hendak taip proposal. Tak dapat tahan lagi. Terus NY pergi panaskan air dan rendam mee.
Adatlah makan mee rendam. Mana ada tong gas boleh bawa masuk dalam asrama ni.
NY pun makan mee dan nestum untuk alas perut.Tapi perut ni tetap pedih. 
Mungkin sebab dah terlewat makan.
Aduh!!!!!!!!!

Terus NY teringat, 
kalau NY kat rumah tentu pemakanan NY terurus. Kalau lapar tengah-tengah malam pun NY boleh pergi makan. Boleh gi dapur.
Kat sini??
Cafe pukul 10 dah tutup.
Kalau NY lapar pukul 4pagi macam hari ini macam mana?
Kalau NY duduk luar mungkin dapatlah NY makan kat kedai.
Tapi mana mampu NY nak duduk luar.

Sakitnya perut NY sekarang!

Sakit sangat.. :(



Wednesday, January 5, 2011

05 Januari 2011

Hari ini NY bangun pukul 6stgh. Malam tadi NY kunci jam pukul 5.30. Nak bangun awal siapkan assignment yang melambak-lambak. MSF tipon NY pukul 5.30 suwuh bangun. Tapi disebabkan mata yang terlalu mengantuk, NY pun sambung tidur. Tiba-tiba NY mimpi ada seorang lelaki tua suka dekat NY. Nak NY jadi isteri dia. Aduh... Sampai sanggup masuk bilik NY nie. What??? Terus NY terbangun and tak sanggup NY tidur balik. Hahahaha..

Pas NY bangun NY terus buka laptop and mengadap laptop. Cari-cari maklumat untuk siapkan assignment.
Lebih kurang pukul 7.15 NY bangun gi bilik air mandi and bersiap-siap untuk pergi kelas. Kuliah Audio Video start pukul 8.00 am. So,pas mandi NY bersiap-siap. Pakai krim muka Safi Rania Gold yang NY baru beli, pakai bedak sikit, pas tu NY calitkan sikit lipbalm kat bibir NY nie. Haaaa... Done!! 

Jam pukul 7.50 am.. Alamak!! lambat! Cepat-cepat NY dengan roomate gi kelas. Bahaya masuk lambat. Nanti kena denda menyanyi dalam bilik kuliah. Haaa... Nak ker?? Hahahaha

Then bila tiba dekat jabatan, tunggulah pensyarah datang. Nasib tak lambat. Fuhhhh.... Pas tu nampaklah pensyarah comel turun dari office dia. Datang senyum-senyum dekat kitaorang. Pas tu?????
Pas tu dia cakap " Hari ini tiada kelas yer. Saya nak bawa anak saya pergi klinik"
??????

Horrayyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tapi ?????????????????????????

"Nanti kita buat kelas ganti yer"

Erkkkkk...  Hahahahahahahaha......... 

Dah tak ada kelas, apa lagi... Aku dengan kawan-kawan pergi kantin makan bubur. Sempat lagi ambil gambar dekat pokok kelapa. Hahahaha... Love my Friend...

Sunday, January 2, 2011

Giliran Kereta Pula

Sekarang giliran kereta. Korang berminat dengan kereta. Of course lah kan. NY pun berminat juga dengan kereta. Tapi kalau kereta yang pelik-pelik muncul depan mata NY, NY akan fikir lebih dari 10 kali sama ada NY hendak memandu atau tidak. 

Lagi membezakan Malaysia dengan negara luar. Terlintas terus di fikiran NY kenapa tiada benda-benda 
seperti ini di negara NY. Tapi di luar negara, 
bersusun-susun.
Adakah designer-designer di Malaysia tidak berfikiran jauh seperti negara luar.
Tapi apabila berbicara tentang sosial..
EMmm...
No komen...

Bagus lagi NY kongsikan gambar-gambar ini pada semua.. JOmmmmm ikut NY....

Di mana pemandu??

Mampukah kereta ini bergerak?

Women taste.. Ahaksss

Macam kapal terbang

 " Help me from this monster " car said.. hahaha

Rumah Unik

Sebelum ini NY post berkaitan sinki-sinki yang unik. Jadi sekarang NY hendak berkongsi gambar-gambar rumah yang unik dan aneh. Best juga bila kta dapat lihat inspirasi dari orang lain. Hasilnya, nahhhhh... macam-macam rekabentuk yang ada dalam dunia ini. Malaysia bila lagi hendak ada rekabentuk yang pelik-pelik ini? Tapi apa pun Malaysia tetap no1 dalam hati NY.

Berhenti membebel. Jom layan gambar-gambar di bawah..... 

Korang berani ke duduk dalam ni?

Unik.. Macam kapal selam pun ada.

Macam mana agaknya orang dalam rumah ini?

Comel  bagi pendapat NY. Hahaha

Rumah or what??? Menakutkan. Rasa macam akan direnyuk-renyuk
bila ada di dalam rumah ni..
Korang rasa rumah terbalik ni perabot dalamnya terbalik juga or what??? tidak??
Kalau anda kata tidak, lihat gambar di bawah.

Hehe.. terbalik atau tidak?? 
Unik.. Kalau rumah NY seperti ini, korang berani masuk?



Sinki Yang Unik

Hehe.. NY tadi tengah buat assignment yang NY kena hantar esok. Tapi disebabkan NY berasa penat dan NY terpanggil-panggil untuk membuat blog. Bila NY mengadap blog NY dari pagi sampai ke malam pun NY tidak pernah berasa penat. Tapi bila NY buka buka, adehhh.. terus layu mata NY. Hahaha..

Lupakanlah. Dah bersih pun sinki tadi NY kemaskan. So sekarang kita layan sinki-sinki unik dalam dunia ni. Tak tahulah di Malaysia ini ada atau tidak.. Layannn...

Ok sekarang NY hendak berkongsi gambar-gambar unik dan aneh. NY mulakan dengan gambar sinki. Kenapa NY pilih gambar sinki? Sebab pagi tadi NY cuci sinki deka tandas. Geram dengan perangai pelajar lain yang membuang sampah dan sisa makanan sesuka hati di dalam sinki. Tidak tahu menjaga kebersihan. 

Menarik. NY kalau cuci tangan kat sini macam zaman purba..

Mewah kan? Nie pendapat NY

Simple macam permainan kanak-kanak

Jangan salah ye antara sinki dan dapur memasak. Haha

Korang rasa sinki ini ada di tandas lelaki atau wanita?

Saturday, January 1, 2011

Wakaf.. Bercumbu??? Aksi lebih dari itu???

Apa cerita??
Dekat mana?
Bila? Siapa??

Aku baca dalam metro tentang remaja, diulang semula "remaja" ok! Bukan orang tua. Remaja yang menjadikan wakaf sebagai tempat mereka bercumbu dan ada yang melakukan aksi yang lebih daripada itu. Di mana? Berdekatan dengan Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai. Aduh... Melaka lagi tu..

Kenapa nie dik. Tempat orang best-best gi makan ikan bakar, korang tunjuk aksi pula sayang. Tu tempat orang beristirehatlah sayang. Bila ada orang tegur korang dengan tidak malu dan tidak segan bercium depan orang tua yang tegur korang, diulangi "orang tua" yang menegur. Kenapa dik non oiii... Hormatlah sikit orang tua tu dik oiii....

Nak baca berita penuh... klik link ini..
Wakaf Remaja Bercumbu

Tahun Baru. Aku, kawan-kawan, berita?

Boom..boom.. Meriah? Teruja? Selamat tahun baru semua. Kawan-kawan aku semalam duduk berborak-borak sampai ke pagi tahun baru. Maaflah kawan. 
Aku tak dapat nak join korang sebab aku mengantuk 
dan aku kena tidur awal. Aku kena bangun pagi untuk kemas kini blog aku, basuh baju, mandi.. hahahaha... Tengok tu, korang masih lagi tidur.. 4 orang atas dua katil. 
Yang aku pula 2 katil aku sorang. Hahaha... Tapi aku tidur atas katil aku sendiri walaupun katil sebelah aku kosong.

Sekarang sudah bulan satu dan jangan terkejut sekiranya bulan 10 nanti ada berita akan menyusul hari demi hari. Itu realiti. Berita apa??? Kalau hendak tahu berita apa, tunggu bulan 10 nanti ok sayang-sayang semua.
Wah..sekarang dah tahun 2011. 
Kalau mengikut tahun umur aku dah 23 sekarang.
Tapi kalau ikut bulan, umur aku baru 22. Hahaha... 
Dulu masa aku berumur 17 tahun aku terasa terlalu muda. Tapi sekarang aku macam tidak percaya.

Tidak percaya dengan umur aku yang hampir mencecah 23. Wahhhhh.... Tapi kalau kawan-kawan zaman sekolah dulu tengok aku, tiada apa-apa perubahan fizikal pun badan aku. Tetap sama macam dulu.
Hahahaha...