Pages

Sunday, December 19, 2010

Update Blog Wit M.E.R.A.N.T.A.U

Wah akhirnya aku berjaya jga update blog aku.. Rindu gile2 dgn blog aku nie walaupun xde org yg nk baca.. hahaha.. Aku nak kongsi skit dgn korang satu cerita nie. Sama ada korang dh tgk atau belum tu aku x thu lh. Tp klu korang lom tgk korang gi lh cari crita nie.. Mmg best, aksi yg menarik dan byk pengisian yg blh kita ambil dr crite nie..


Ceritanya bermula dengan satu tradisi daripada orang minangkabau yang mana setiap anak lelaki harus merantau dari kediaman untuk mencari hidup yang baru dan rezeki yang baru. Yuda meninggalkan kampung halaman untuk meneruskan tradisi nenek moyang mereka. Dan Yuda berniat untuk mengajar ilmu silat di kota jakarta.

Sepanjang perjalanan Yuda ke kota Jakarta, Yuda di temani seorang lelaki yang juga mempunyai salasila keturunan yang sama dengan Yuga. Harus merantau demi tradisi orang kampung. Setibanya di kota Jakarta, Yuda menumpang teduh di salah satu tempat pembinaan kerana rumah yang harus diinap oleh Yuga telah dirobohkan. Pada keesokkan harinya, ketika Yuda sedang menikmati sarapan pagi di salah sebuah gerai kecil, dompet Yuda telah dicuri oleh seorang anak kecil yang bernama Adit. Di sinilah bermulanya perkenalan antara Yuda dan Astri (kakak kepada Adit) dan konflik-konflik yang aku suka.... Jeng..jeng..jeng....

Konflik yang menarik perhatian aku sebenarnya adalah apabila Yuda sanggup mengorbankan diri untuk mempertahankan seorang wanita yang ditindas oleh lelaki. Walaupun tanpa pertalian darah, tanpa adanya ikatan cinta tapi demi tanggungjawab Yuda sanggup bertempur sehingga akhirnya Yuda meninggal di tempat pertarungan. Tapi pemergian Yuda penuh bermakna kerana Astri dan Adit berjaya diselamatkan dari menjadi mangsa lelaki yang tidak berperikemanusiaan.

Aksi aku : ( tibe part Yuda meninggal tu sbb kena tikam dek mat saleh, aku dah nanes dah.. uwarrr.. sedey youuuuuuuuuuuuu )

Komen aku : ( kan bgus klu Yuda tu hidup, leh dia kawen dgn Astri.. eeeeeee.. grm )

Kata-kata aku : ( Kan best kalau dalam dunia nie masih ade lelaki yang macam Yuda.. )

*jap lh.. bg aku lyn cite nie lg skali... best oooo.. hahahahahahaha...

No comments:

Post a Comment