Pages

Monday, December 20, 2010

Ulser Mulut

Masuk hari ini sudah dua hari aku ulser dalam mulut aku ni. Mula-mula di bawah lidah but now dah ke pipi dan juga ke tekak. Adeh.. Aku nak telan air pun aku fikir lebih dari satu kali. Sakit oooo.... Aku pun search kat internet nak tahu macam mana cara-cara yang terbaik untuk aku hilangkan ulser aku nie.

So sekarang nie, yang pertama kali dari member aku;

"kin, bagus kau makan mee soto", suggestion nie dari member aku. Belum lagi aku cuba coz kalau minum air pun aku dah rase sakit, apatah lagi kalau aku makan. Kalau mulut aku tak sakit, confirm sudah 2 bungkus aku telan mee soto tu.. hehehe

Then yang pernah aku buat kalau aku kena ulser dulu;

1) Air garam
Aku kumur air garam.Bila aku kumur rasa macam takde kesan jer. Then aku letak jer terus garam dekat ulser aku. Aduhhhhhhhhhhhhhh... automatik meleleh air liur aku non stop. Mula-mula memang rase macam ok tapi bile kesan garam tu dah abiz, mula lah sakit.

2) Colgate aka Ubat gigi
Then aku guna ubat gigi. Sama macam bila aku guna garam tapi macam beranginlah sikit bila aku letak ubat gigi dekat ulser aku. Kadang-kadang elok, kadang-kadang x elok.

3) Makan aiskrim vanilla.
Yang ni paling best. Aku ada dengar benda yang sama. Kebiasaannya aiskrim ini untuk kanak-kanak tapi bagus juga untuk mengurangkan kesakitan.

4) Oral Aid atau BOnjela
Kebiasaannya ada di farmasi dan kedai-kedai ubat. Pasaraya pun ada jual ubat ni. Tapi kalau tetap teruk, better kita bersama-sama beratur dan bersatu-padu untuk jumpa doktor. Tapi make sure doktor yang anda hendak jumpa adalah doktor yang cantik-cantik bagi pesakit lelaki dan juga doktor yang kacak-kacak bagi perempuan.

5) Bawang putih dan Asam Keping
Maklumat yang baru aku baca tadi mengatakan bawang putih dan asam keping juga berkesan untuk menangani masalah ulser ini dengan cara potong dan tekapkan bawang putih atau asam keping di tempat ulser.

6) Watermelon Frost
Ubat yang dikatakan mujarab juga untuk mengatasi masalah ulser. Cepat mengecutkan ulser dalam masa yang singkat. Tapi berapa lama singkat tidak dapat dikenalpasti. Tapi ubat ini merupakan tradisi dari orang cina dan dijual di kedai-kedai cina.

Kesimpulannya aku kena pergi beli bawang putih, garam, asam keping.. Fuh..boleh buat masak asam pedas. Tapi tidak salah untuk mencuba selagi benda dan cara-caranya adalah logik dan boleh diterima akal.

2 comments: