Pages

Saturday, December 25, 2010

Rokok ooo Rokok

Aku pandang bibir dia, habis satu rokok satu lagi rokok dinyalakan. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku pandang bibirnya yang dulu merah kini ada warna-warna hitam yang menutupi seri bibir itu. Aku terus diamkan diri.

Orang yang terhidu asap rokok lebih berisiko untuk terkena penyakit berbanding orang yang hisap rokok. Sekiranya anda sayangkan orang lain, jangan musnahkan mereka dengan ini. Anda juga mampu selamatkan mereka.

Asap rokok berbahaya kepada orang lain kerana kandungannya yang merbahaya. Mungkin segelintir daripada kita hanya memandang remeh terhadap perkara ini.


Nikotin merupakan salah satu dadah yang bertindak terhadap pusat saraf di otak yang menyebabkan perokok terangsang pada peringkat awal tetapi diingatkan bahawa perokok akan disusuli dengan  kemurungan. Corak penagihan terhadap dadah berat sama seperti Cocaine, Amphetamine, dan Morphine. Nikotin meningkatkan penghasilan bahan kimia yang dinamai dopamine. Nikotin menyebabkan perubahan-perubahan berikut di dalam tubuh antaranya;

  • Peningkatkan kadar denyutan jantung.
  • Pengecilan salur darah dan kenaikan tekanan darah.
  • Peningkatan kepekatan asid lemak di dalam badan yang menyebabkan alteri tersumbat.


Kebanyakan kematian akibat tabiat merokok adalah berpunca daripada tar. Bahan tar apabila memasuki sistem tubuh secara automatiknya akan berubah menjadi suatu bahan yang dikenali sebagai Epoksida. Epoksida berbahaya kerana akan mencetuskan pertumbuhan sel yang tidak normal pada organ dalaman.

Karbon monoksida ialah gas yang tidak berbau dan tidak berwarna serta lebih mudah bercantum dengan hemoglobin darah berbanding oksigen. Keadaan ini tentu akan menjejaskan keupayaan darah untuk membekalkan oksigen kepada tisu-tisu tubuh. Bagi menampung kekurangan ini, jantung dan paru-paru terpaksa bekerja kuat. Karbon Monoksida juga boleh merosakkan dinding alteri menyebabkan berlakunya sakit jantung di kalangan perokok.



Kepada semua, katakan tidak pada rokok. ^_^

No comments:

Post a Comment