Pages

Tuesday, December 21, 2010

Menuding jari

Inspirasi tajuk dan cetusan idea dari member chatting...
(Mat) bukan nama sebenar..


Kadang kala bila aku fikir memang betul status ni. Kehidupan manusia secara majoriti nya sukar untuk mengakui kesalahan dan lebih suka untuk meletakkan kesalahan itu di bahu orang lain.
Kenapa?

Mungkin bagi sesetengah individu berpendapat mereka tidak pernah melakukan kesalahan sedangkan kesalahan itu telah nyata-nyata dilakukan. Ada juga yang kadang kala mereka merasakan ego mereka tercabar apabila mereka mengakui kesalahan yang mereka lakukan.

Kerana itulah sesetengah individu ini lebih suka untuk menuding jari pada orang lain. Sehinggakan orang yang tidak berkaitan terkena tempias. 
Ini realiti kehidupan. Realiti kehidupan di mana manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada di depan mata.
Tapi kenapa mesti menuding jari?
Apa yang harus dilakukan...

Tanya pada diri sendiri, 

Betulkah tindakan aku sekiranya aku menuding jari pada orang lain?
 Sempurnakah segala sifat-sifat aku sehingga aku tidak mampu menerima kesalahan orang lain?
Baikkah aku sekiranya aku tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain?
Baguskah aku jika menuding jari?
Salahkah aku memohon maaf sekiranya aku telah melakukan kesalahan?

Minta maaf tidak bererti kita tewas, kita kalah, kita pengecut. Maaf walaupun cuma dengan satu perkataan tetapi mempunyai nilai yang amat tinggi.



No comments:

Post a Comment