Pages

Wednesday, December 22, 2010

Marah????

Rehatkan minda..
Tanya pada diri sendiri..

Adakah anda pernah bertanya kepada diri anda setelah anda melepaskan kemarahan?
Benarkah tindakan yang aku lakukan tadi?
Atas kesalahan apa aku marah?
Patutkah aku marah?
Berbaloikah aku marah?



Pelbagai emosi yang menguasai fikiran manusia sehingga kadangkala manusia sendiri
tidak dapat untuk memikirkan baik atau buruk setiap kelakuan.

Sebagai contoh situasi di mana Seseorang terlanggar anda

Anda terus marah dan melemparkan kata-kata kesat. Pernahkah anda berfikir
kemungkinan orang yang melanggar anda itu tidak sengaja. Kenapa harus marah?
Kenapa harus melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya sedangkan sekiranya
kita merenung kedalam diri kita, tidak mustahil anda juga pernah atau akan
mengalami situasi yang sama satu hari nanti. Jadi kenapa harus marah?

Bagaimana untuk meredakan kemarahan?

Sekiranya anda berada dalam emosi yang tidak stabil, cuba ambil masa untuk
tenangkan diri anda.

Cara yang terbaik untuk diri sendiri.

1) Basuh muka dan leher anda ataupun adalah lebih baiknya anda mandi bagi meredakan
kemarahan anda.

2) Bagi yang Islam, anda boleh mengambil wuduk dan melakukan solat sunat ataupun
membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

3) Tidur juga merupakan salah satu cara yang terbaik bagi mengawal emosi ketika anda
berada dalam keadaan yang marah.

4) Lakukan aktiviti yang anda gemari bagi melupakan kemarahan anda.

1 comment: