Pages

Monday, December 27, 2010

Jangan selalu menyalahkan wanita

Aku sebagai seorang wanita ingin bersuara bagi pihak wanita. Aku ada terbaca satu blog ( biarlah rahsia ) yang selalu menyalahkan wanita di dalam sesebuah perhubungan. Wanita memang telah dijadikan sebagai satu dari makhluk Allah atau hamba Allah yang mempunyai sifat terlalu sensitif, terlalu lembut, dan terlalu halus. Kerana sifat ini lah telah maka muncullah kaum Adam untuk melengkapkan sifat yang ade pada seorang wanita. Untuk memudahkan bicara, hitam lawannya putih.

Ada sesetengah wanita apabila lahirnya perasaan cinta dalam diri dia, dia merasakan diri terlalu istimewa. Istimewa kerana disayangi dan dihargai. Kesan dari perasaan yang wujud kadang kala mendorong wanita untuk berkongsi kepada semua bahawa dia telah dimiliki. Walaupun mungkin sekadar CINTA tetapi sifat wanita terlalu unik. 

Salahkah jika seorang wanita mengaku yang dia memang telah dimiliki atau dalam bahasa sekarang "aku dah couple dengan si polan " ? Adakah dengan luahan ini sahaja perempuan telah dilabelkan sebagai seorang yang tidak tahu malu dalam bercinta? Tetapi bagaimana pula sekiranya lelaki sendiri yang meluahkan "aku dan couple dengan si minah " ? Kenapa tiada yang mengatakan lelaki ini tidak mempunyai perasaan malu?

Pertanyaannya : Salahkah luahan ini??

Perempuan dilabelkan tidak tahu malu sekiranya meletakkan gambar bersama kekasihnya di mana-mana laman sosial. Mungkin benar. Tetapi sebagai seorang lelaki yang merangkap kekasih kepada si wanita kenapa tidak menegur sekiranya mengetahui kekasihnya (si perempuan) meletakkan gambar di laman sosial? Kenapa terus melabelkan perempuan sebagai golongan yang tidak tahu malu? 

Sebagai seorang wanita, anda harus menjaga batas-batas anda. Benar.. dan sebagai seorang lelaki juga anda perlu mengetahui tanggungjawab anda untuk membimbing wanita. Bukan terus melabelkan wanita sedemikian. Walaupun aku bukan mempunyai sifat-sifat seperti di atas tetapi aku bersuara bagi pihak wanita. Sudah terlalu banyak isu yang selalu menuding kepada wanita.


Kepada wanita-wanita di luar sana..
Renung-renungkan agar kita tidak terus menjadi cemuhan orang lain.



2 comments:

  1. blog mna tu cuba bgtau Bdk Botak, nk tgk jgk, he3...

    ReplyDelete
  2. hehehehe...secretttttttttttt.... silap2 kwn budak botak.. mati cik iqenz nanti.. haha

    ReplyDelete